Bismillahirrahmanirrahim.
Perjalanan dari Tirana ke Republik Macedonia menyajikan pemandangan yang sungguh menyejukkan mata. Walaupun sepanjang perjalanan cuaca mendung dan gambar banyak kabur, tetapi dapat dilihat dengan jelas sungai berair jernih warna kebiruan. Ketika bas berada di atas lereng bukit, terlihat sungai cetek dengan batu-batu yang ingdah di bahagian tepi dan tengahnya. Masya Allah! Subhanallah!

Namun begitu Albania masih terlihat mundur. Di sana-sini kelihatan kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan di kiri kanan jalan. Pemandangan begini tidak menghalang mata dari terus menyaksikan keindahan alam yang luas terbentang. Selain gunung-ganang yang tinggi berbalam-balam dan air sungainya yang jernih memukau, kelihatan kambing biri-biri dan lembu sedang meragut rumput di padang. Sudah tentu kawasan yang kami lewati ini merupakan perkampungan yang dipenuhi dengan ladang buah-buahan serta rumah-rumah penduduk tempatan.
Rugi rasanya kalau mata terlelap!
| Pemandangan yang memiliki pesonanya yang tersendiri. |
| Peta Eropah Tenggara |
Negara yang sudah dijejaki sehingga 20 Februari 2014:
- Italy
- Slovenia
- Croatia
- Bosnia and Herzegovina
- Montenegro
- Albania
dan seterusnya:
- Republik Macedonia
- Bulgaria
- Turkiye
Gambar yang dirakam sebaik sahaja bas meninggalkan Tirana.
Antara pemandangan yang sempat dirakam dari tingkap bas.
Euro 1.30 di sini mungkin sama dengan Kedai RM2 di negara kita.
Cat bangungan warna merah jambu, zebra cross pun warna merah jambu juga.
Kadang-kadang keliru antara kubah masjid dengan kubah gereja kalau tidak diperhatikan betul-betul.
Bas berhenti di stesen minyak. Kami keluar dari perut bas dan berbaris di pintu tandas.
Walaupun di stesen minyak, sempat juga tangkap gambar di sekitar.
Jalan raya kelihatan sunyi dan lengang. Hanya sekali-sekala lalu kenderaan seperti kereta dan lori.
Setelah selesai urusan di stesen minyak, bas bergerak meneruskan perjalanan.
Selepas melepasi pemeriksaan imigresen di pintu keluar Albania, urusan masuk melalui imigresen ke Republik Macedonia berjalan lancar. Alhamdulillah.
Selamat datang ke Republik Macedonia.