~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes)
Menyeberangi Selat Gibraltar - Dari Benua Afrika ke Benua Eropah
Bismillahirrahmanirrahim.
Tidak sabar rasanya hendak menyeberangi Selat Gibraltar, menelusuri sejarah kegemilangan tamadun Islam yang bertapak sekitar 750 tahun di bumi Andalusia. Namun begitu di hati berasa sedikit terkilan kerana tidak membuat persediaan dengan membuat ulang kaji dan mempelajari sejarah tamadun Islam di Andalusia. Apa pun, dengan izin Allah dapat jejakkan kami di sini biar pun sekadar mengutip sisa-sisa kenangan yang sudah menjadi lipatan sejarah.
Sebelum itu, Amie kongsikan maklumat berkaitan Selat Gibraltar dari DETIK TRAVEL:
Pada titik tersempit selat ini, Sepanyol dan Morocco di Afrika Utara hanya berjarak 13 kilometer sahaja. Selat Gibraltar juga menghubungkan Laut Mediterranian dengan Lautan Atlantik. Berdasarkan catatan sejarah, nama Selat Gibraltar berkait dengan peristiwa penaklukan pasukan Islam ke atas Semenanjung Iberia yang terjadi pada awal abad ke-8M.
Asal-usul nama Selat Gibraltar diambil dari nama panglima perang Bani Umayyah iaitu Thariq bin Ziyad.
Sumbet : Asal-Usul Nama Selat Gibraltar
Thariq bin Ziyad merupakan salah seorang panglima perang paling terkenal dalam sejarah Islam. Ketika Bani Umayyah berada di bawah kekuasaan Al-Walid I (705-715), beliau memimpin seramai 7,000 pasukan dari pantai utara Morocco untuk menakluk Al-Andalus (bagian Semenanjung Iberia yang meliputi Sepanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar, dan sekitarnya). Sesampainya di daratan Sepanyol, Thariq mengumpulkan pasukannya di selat yang berdampingan dengan bukit karang yang sekarang dikenal dengan nama Bukit Gibraltar. Di bukit inilah, Thariq memerintahkan pasukannya untuk membakar kapal mereka.
Perintah ini membuatkan angkatan tenteranya tidak mempunyai jalan selain bertempur hingga meraih kemenangan atau mati syahid. Hanya dalam waktu sekitar dua tahun, seluruh daratan Sepanyol berhasil dikuasai pasukan Islam pimpinan Thariq dan penaklukan berterusan hingga ke Portugal. Thariq kemudian diangkat menjadi gabenur Al-Andalus.
Untuk meneladani kisah kepahlawanannya, bukit tempatnya berpidato kemudian dinamai Jabal Thariq (Bukit Thariq). Nama Gibraltar adalah derivasi Sepanyol dari bahasa Arab, Jabal Tariq, yang diambil dari nama Thariq bin Ziyad. Umat Islam menduduki Gibraltar selama sekitar 750 tahun, hingga akhirnya terusir pada tahun 1462. Hingga kini, perairan sempit yang memisahkan negara Sepanyol dan Morocco dikenal dengan nama Selat Gibraltar.
Opppss!
Terlebih cerita pula. Belum lagi sampai ke Sepanyol, sudah buat mukadimah.
Terlebih cerita pula. Belum lagi sampai ke Sepanyol, sudah buat mukadimah.
| Di Tanger Med, Port Center. |
Kami meninggalkan Gotel Tanger Med lebih awal memandangkan perlu berada di pelabuhan untuk daftar masuk feri. Seperti biasa, sempatlah rakam sekeping dua gambar dari dalam Majorel Voyage. Suasana masih pagi benar. Matahari pun belum sempat memancar terang, apalagi dalam suhu dingin dengan kepalan awan yang melindungi sinarnya.
| Selamat tinggal bumi Morocco. |
| Selamat datang ke Tanger Med Port Center. |
| Sempat bergambar dengan tour guide dan pemandu Majorel Voyage sebelum daftar masuk. |
Sewaktu di dalam bas, sempat melihat pemandangan sepanjang pelabuhan Tanger. Semuanya warna putih bersih, luas saujana mata memandang. Sayangnya kedudukannya di sebelah kiri bas, sedangkan Amie duduk di bahagian kanan bas. Pandang sahajalah dari jauh dan rakam dalam ingatan sahaja.
Sebelum daftar masuk sempat meninjau-nijau kawasan sekitar.
Kereta yang tersusun ini ialah kereta elektrik. Tidak pastilah samada kereta untuk dieksport atau kereta import.
Seperti menaiki pesawat, peraturan yang sama perlu dilalui untuk menaiki feri termasuk proses imbas bagasi dan juga pemeriksaan passport di pintu imigresen.
Ketika hendak melepasi pintu imigresen, tiket kami diambil . Kebetulan sebelum itu Amie sempat ambil gambar tiket. Jadi, ini sahajalah gambar tiket kenangan menyeberangi Selat Gibraltar.
Beberapa minit berada di ruang menunggu, kami diarahkan untuk membawa beg masing-masing untuk menaiki bas menuju ke jeti.
| Beginilah keadaan di dalam bas, dengan beg masing-masing. |
Bersama-sama kami, seorang penumpang yang sangat peramah bercerita tentang dirinya yang ulang-alik selama 35 tahun menaiki feri menyeberangi Selat Gibraltar kerana bekerja. Katanya, beliau bekerja di Tarifa, Sepanyol dan rumahnya di Tanger, Morocco.
| Membawa beg masing-masing menuju ke jeti. |
Sebelum menaiki feri, sekali lagi passport kami diperiksa.
Alahai! Terlupalah pula hendak melihat nama feri yang kami naiki.
Kami menaiki tangga bertingkat-tingkat! Tak larat hendak angkut beg sendiri. Syukurlah ada insan gagah perkasa dalam kalangan kami yang membantu angkat beg ke tingkat empat.
Naik tangga dan terus naik tangga sehinggalah ke lantai tujuh!
| Lantai 7. |
Selat Gibraltar tidaklah begitu panjang, sekitar 13 atau 14 kilo meter sahaja. Perjalanannya memakan masa lebih kurang sejam dari Pelabuhan Tanger untuk sampai ke Pelabuhan Tarifa.
Feri mula bergerak meninggalkan bumi Morocco.
Ketika berada di dalam feri, tak perasan pula mana satu Laut Atlantik dan mana satu Laut Mediterranean. Nampak warna air laut yang biru tua menandakan betapa dalamnya Selat Gibraltar.
| Rakan-rakan rombongan sedang membeli makanan di restoran. |
| Tempat duduk untuk berehat pun banyak disediakan. |
| Kerusi dan meja makan kelihatan tersusun kemas. |
9
Suhu sangat sejuk! Malam semalam sempat bersembang melalui WhatsAap dengan Leong, seorang rakan yang sedang mengembara bersama anak dan isterinya ke Sepanyol dan Portugal. Katanya, suhu di Sepanyol pada waktu malam mencecah 0'C.
Banyak bentuk awan yang seolah-olahnya tidak sama dengan awan di tempat kita! Adakah suhu di satu-satu tempat turut mempengaruhi rupa bentuk awan?
Amie suka-suka saja ambil gambar awan yang kelihatan sedang melindungi bukit / gunung di sanun. Sekejap-sekejap Amie masuk dalam feri, sekejap-sekejap buka pintu dan berdiri di tepi untuk ambil gambar. Apabila angin laut bertiup, itu yang rasa sejuk sangat, dan masuk semula ke dalam feri.
Menjelang pukul 12 tengah hari, feri merapat ke pelabuhan Tarifa, Sepanyol.
Setelah selesai urusan pemeriksaan imigresen dan beg, sekarang kami sudah bersedia untuk menuju ke bas yang akan membawa kami ke Algeciras.
| Selamat datang ke Sepanyol! |
Amie belanja beberapa keping gambar di sekitar Algeciras.
Tempat pertama yang hendak dituju sudah tentulah ke restoran!
Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan 06 Februari 2025 bersamaan pada hari Khamis.
Amie tidak buat catatan lengkap sebagaimana kebiasaannya dalam kembara ke luar. Jadinya sewaktu menulis entri ini, hanya satu sahaja yang Amie ingat iaitu jus oren yang pekat dan sedap! Maklumlah, jus yang disediakan oleh negara pengeluar oren ini tiada campuran gula atau ais. Memang sudah sedia sejuk.
Dan pagi itu, tak berapa rajin untuk merakam gambar-gambar hidangan pagi.
| Antara pilihan roti yang sentiasa panas. |
| Seperti biasa, mesti ambil salad. Ada telur rebus! |
Ada msemen @ m'lawy. Ambil sekeping, dan ambil juga butter.
| Roti bentuk bulat : Harcha. |
Oleh kerana makan roti cepat mengenyangkan, jadi ambil lagi sekeping roti bentuk bulat yang dipanggil harcha. Harcha ialah roti Maghribi tradisional yang diperbuat daripada semolina, sejenis tepung gandum durum dengan warna keemasan dan rasa manis.
Entah bila lagi akan berkunjung ke Morocco untuk menikmati rotinya yang sedap-sedap ini. Kita tidak dapat menjangkakan rezeki untuk datang ke sini. Tahun 2017, sewaktu Amie jejak kaki ke Bosnia memang tidak terfikir untuk datang lagi memandangkan perjalanan yang begitu jauh dan memakan masa yang lama. Dengan izin Allah, tahun 2024 dapat pula berkunjung buat kali kedua.
Mana tahu, ada umur panjang dan rezeki Allah boleh jejak Morocco buat kali kedua!
Amie memakai baju sejuk tradisional Morocco yang dibeli di Pasar Tradisional Chafchaouen pada petang kelmarin.
Majorel Voyage, bas yang akan membawa kami ke pelabuhan sudah menunggu untuk berangkat. Jami dijangkakan menyeberangi Selat Gibraltar pada pukul 10:30 pagi dan tiba di Algeciras, Sepanyol menjelang tengah hari.
Jadinya, pagi sarapan di Morocco, benua Afrika dan makan tengah hari di Sepanyol, benua Eropah.
.png)
.png)