Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.
5:35 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Pernah tak melihat lebihan makanan yang menimbun di atas pinggan?
Selera melihat pelbagai jenis makanan memang tidak dapat dikawal. Kalau boleh hendak ambil semua jenis makanan yang terhidang. Sayangnya apabila tidak kena dengan selera, tidak dihabiskan pula! Perkara ini selalu berlaku di tempat kenduri, dan juga di hotel yang menyajikan menu secara buffet. Rasanya lebih beradab kalau kita ambil sedikit makanan sahaja dahulu dan makan. Kalau sedap kita boleh tambah. Jadi, tidaklah membazir.
Patutlah emak-emak kita dahulu pernah menyebut, nasi akan menangis kalau tidak dihabiskan. Maksudnya nasi tersebut dibuang. Walaupun nampak tidak masuk akal, tetapi kita boleh bayangkan andainya nasi tersebut mempunyai roh, sudah tentu nasi akan berasa sedih kerana disia-siakan. Hal ini kerana sebelum menjadi hidangan, nasi telah melalui proses yang panjang untuk berada di dalam pinggan kita!
Makan tengah hari : Nasi Bukhari |
6 comments
bersederhana itu indah...semoga kita terhindar drpd menjadi sahabat sy**t**n...
BalasPadamBiasa nampak... ambil makanan seperti tiada hari esok!
BalasPadamSelalu pesan kat anak2.. kalau ambil makanan, ambik yang nak makan je. Kalau tak cukup baru tambah.
kat kenduri org kawen esp yg buat bufet adehhh rasa nak mrh je yg amik byk2 end up mkn sejemput je😤
BalasPadamsebab tu kalau kat rumah dana masak nasi cukup2 je untuk 2 orang, kalau makan kt kenduri ambil sikit dulu kalau sedap baru tambah sikit
BalasPadamTeringat kekhilafan zaman kanak-kanak .
BalasPadamPergi beraya nampak halwa maskat cantik kuning berkaca.Bantai ambil seketul besar terus gigit.Aduiii..manis yang amat.Nak buang takut tuan rumah marah.Sudahnya pegang la
sampai tengah bendang baru buang..Rupanya orang tak makan seketul macam tu sebaliknya hanya cubit sikit demi sikit..Jadi pengajarsn sampai tua..hihihi
Kat Malaysia ni lagi la..especially bila tiba buffet ramadhan...ambil makanan macam takde hari esok..tak habis membazir je..selalu nampak...
BalasPadam