Terima kasih buat empunya resepi Kek Lumut yang sangat sedap ini : DAYANG JACK, dari Dapurku Sayang. Ini merupakan kali pertama Amie cuba resepi Kek Lumut dari dapur beliau, dan entah kali keberapa Amie cuba pelbagai resepi kek yang lain dari dapurnya. Terima kasih banyak-banyak DJ! Moga DJ kembali aktif berkongsi resepi dengan kami ye....
Mmmmm.... rasa tak sabar nak makan Kek Lumut ini tau!
Gambar pun simple dimple saja ni, kek posing atas redai aje, tanpa sebarang aksesori. .... sebab dah ada yang sedang menunggu, tak sanggup nak tunggu lama-lama nak makan Kek Lumut yang orang kata sangat sedap! Jadi, jamu mata sajalah dengan gambar yang sempat Amie ambil ini yea....
Berbaloi-baloi sangat rasanya walaupun dah lama tak mengukus kek. Amie gunakan separuh adunan dari resepi asal, dan dapat jimatkan masa yang sepatutnya kukus selama 4 jam untuk satu adunan. Jadinya, Amie hanya perlu tunggu 2 jam 1/2 sahaja sehingga kek ini masak sempurna. Biar pun hanya 1/2 adunan tapi banyak pulak hasilnya... dapat pula hantar ke kampung, dan bawa ke tempat kerja!
Semua memuji keenakan Kek Lumut ini... tak seorang pun yang kata tak sedap! Baik di kampung... ipar duai dan anak buah, mahu pun rakan-rakan di tempat kerja! Istimewanya Kek Lumut ini tidak menggunakan sebarang agen penaik! Tapi.... teksturnya lembut, gebu.... lembap! Rugi rasanya tak cuba dari dulu-dulu.... ini kes ketinggalan keretapilah nih!
Kata Dayang Jack, Kek Lumut ini ada banyak versi mengikut citarasa masing-masing. Apa pun resepi asalnya sudah tentunya menggunakan bahan-bahan seperti serbuk horlicks, seri kaya dan nestum. Katanya lagi, sesetengah resepi Kek Lumut menggunakan tepung Samolia atau tepung Almond, tapi penggunaan tepung gandum pun masih dapat mengekalkan kelazatannya! Untuk resepinya, Amie panjangkan dari dapur Dayang Jack di bawah ini:
Bahan-bahan untuk 1/2 adunan : loyang 7 " x 7 "
- 1 cawan tepung gandum (diayak)
- 1 cawan horlicks - Amie tambah 1/2 cawan nestum
- 3/4 cawan gula halus
- 250 g mentega
- 4 biji telur A
- pewarna hijau secukupnya (dyg guna 1 sb pandan paste Cap Kopoe-Kopoe)
- 4 sudu besar seri kaya
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2009/10/kek-lumut.html#ixzz3QJ5kIXKY
Under Creative Commons License: Attribution
- Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dengan sedikit tepung.
- Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
- Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
- Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dengan horlicks dan gaulkan sebati.
- Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
- Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
- Kukuskan selama 2 1/2jam. (tambah air panas jika hampir kering)
Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2009/10/kek-lumut.html#ixzz3QJ5kIXKY
Under Creative Commons License: Attribution
Masih terasa-rasa betapa sedapnya Kek Lumut ini.... tapi dah habis! In shaa Allah akan buat lagi....
Mengukus kek sampai ke pagi,
Lupakan bantal, lupakan selimut,
Lupakan bantal, lupakan selimut,
Tak cukup sepotong nak makan lagi,
Itulah bahayanya resepi Kek Lumut!