Assalamualaikum. Putera kesayangan kami ini hadir dalam hidup kami bersamaan dengan tarikh kelahiran Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee pada 22 Mac 2013, dan sudah berusia 8 hari. Encik Suami memilih nama Mohamad Firdaus untuknya. Alhamdulillah, petang tadi kami telah menyempurnakan majlis 'guntingan' - merujuk kepada istilah Melayu Cocos di sebelah Encik Suami, dan juga kenduri aqiqah. Tidak lupa... juga majlis kesyukuran sempena...
Assalamualaikum. Selamat datang ke dunia sayang...... Putera Bongsu ini belum diberi nama. Lahir lebih awal dari jangkaan, kerana sepatutnya pada 4 April 2013 tetapi disebabkan pecah air ketuban lebih awal, jadi sudah tersurat dia datang ke dunia pada pukul 10.30 pagi bersamaan hari Jumaat, 22 Mac 2013 seberat 2.54 kg. Sihat walafiat. Terima kasih Allah! Syukur yang tidak terhingga di atas anugerah ini...
Assalamualaikum. Pertama kali Amie makan Opor Ayam resepi paling ringkas ini, rasanya memang sangat sedap! Waktu itu makcik Amie di Kampung Melayu Ampang membuat rumah terbuka Aidil Fitri pada tahun 1988, dah lama tu! Dan salah satu hidangan yang disajikan selain nasi tomato ialah Opor Ayam bersama lemang! Amie terus terpikat terutama dengan aroma dan rasa kuahnya yang tidak muak dan menjemukan. Memang...
Assalamualaikum. Selamat mengakhiri hujung minggu. Oleh kerana sepanjang hari ini seisi keluarga berada di rumah dan seperti biasa membuat kerja gotong-royong membersihkan rumah, jadi Amie sediakan menu kegemaran anak-anak iaitu Nasi Lemak. Kali ini Amie gandingkan dengan lauk Ayam Goreng Kampung.... bukan ayam kampung ye, sebab kalau Amie paparkan resepi Ayam Goreng Kampung ramai sangka Amie goreng ayam kampung! Ikut tatabahasanya, dimulakan dengan...
Assalamualaikum. Bertemu lagi di pagi Ahad yang nyaman dan redup ini. Alhamdulillah, sekali lagi kita diberi kesempatan untuk menghidup udara segar di bumi Allah. Amie paparkan satu lagi resepi Kek Kelasi Mabuk, antara kek kukus yang menjadi kegemaran Amie dan keluarga. Tahun lepas Amie pernah paparkan Kek Kelasi Mabuk yang sangat sedap ini. Amie perolehi resepi ini dari dapur MADIHA, manakala Madiha mendapat sumber...
Assalamualaikum. Selamat pagi, dan salam sayang buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen dan tidak ketinggalan selamat datang buat follower baru Amie yang bertambah dar semasa ke semasa. Pagi ini Amie kongsikan bingka ubi kayu yang diolah bersama krim cheese, hasil kreativiti dari dapur Roz Home Kreation. Amie siapkan Cheesy Tapioca Kuih ini petang kelmarin, dan sepanjang proses pembakarannya, setelah setengah jam di dalam oven,...
Assalamualaikum. Jemput makan malam bersama kami. Tiba-tiba Encik Suami teringin makan sayap @ kepak ayam dan memang dibawanya pulang 10 ketul sayap ayam untuk dimasak! Dulu memang Amie selalu goreng sayap @ kepak ayam, tapi lama-kelamaan Amie hentikan kebiasaan ini. Untuk memenuhi permintaannya Amie gorengkan juga beberapa ketul, di samping lauk lain termasuk Kerabu Pucuk Paku Dengan Taugeh dan tidak ketinggalan untuk anak-anak,...
Assalamualaikum. Hidangan tengahari merangkap makan malam kami sekeluarga.... maklumlah makan tengahari pun hampir pukul 3 petang! Amie sempat sediakan Ikan Unga Masak Taucu, Terung Goreng Berlada dan hidangan berkuah, iaitu Sup Ayam ala Cina. Resepi : Ikan Unga Masak Taucu Olahan: Amie's Little Kitchen Bahan-bahan: 4 keping ikan unga - lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit - goreng hingga masak - ketepikan...