Tawaf & Sa'i

9:01 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Rukun Umrah:
  • Ihram
  • Tawaf Tujuh Keliling
  • Sa'i Tujuh Kali
Wajib Umrah:
  • Berihram dari Miqat
  • Halq (bercukur) atau Taqsiir (Menggunting rambut).
Tawaf Tujuh Keliling Kaabah:
  1. Setelah tiba di Masjidil Haram, menuju terus pada Kaabah untuk Tawaf.

  2. Semasa memulakan Tawaf, hentikan talbiyah dan mulai idtibaa' iaitu menampakkan bahu sebelah kanan bagi lelaki.

  3. Tawaf dimulai dan berakhir di Hajar Aswad.

  4. Semasa melalui Rukun Yamani, kita memegangnya. Jika tidak boleh, berlalu tanpa melakukan apa pun.

  5. Di antara Rukun Yamani dan Hajar Aswad membaca: Rabbana atina fiddunia hasanah, wafil akhirati hasanah waqina azabannar. (Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka).

  6. Selepas tujuh kali keliling, mengembalikan ibtidaa' dan menuju pada makam Ibrahim dengan membaca: Wattahizu mim maqami Ibrahima musolla. (Dan jadikan oleh kamu Makan Ibrahim itu tempat sembahyang. Surah Al-Baqarah:125).

  7. Solat 2 rakaat di belakang makam Ibrahim. Pada rakaat pertama membaca Surah Al-Fatihah dan Al-Kaafirun dan pada rakaat kedua membaca Surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas.

  8. Kembali ke Hajar Aswad dan mengusapnya, lalu menuju ke Safa dari pintu Safa.
  • Lakukan perkara nombor 3 dan nombor 5 untuk setiap kali keliling Tawaf.

  • Khusus buat lelaki, disunatkan mempercepatkan langkah pada 3 keliling yang pertama Tawaf.
Cara Tawaf:
Setiap kali mengelilingi Tawaf, sentiasa dimulakan dengan:
  1. Mengusap dengan tangan kanan, mencium dan sujud di atas Hajar Aswad, jika tidak;

  2. Memegang alu mencium tangan, jika tidak;

  3. Menyentuh Hajar Aswad dengan selain tangan misalnya tongkat, dan mencium objek tersebut, jika tidak;

  4. Mengadap dan memberi isyarat dengan tangan kanan ke Hajar Aswad dan membaca Allahu Akbar sambil berlalu, dan tanpa mencium tangan.
Kami melakukan perkara yang ke-4. Memberi isyarat dengan melambaikan tangan kanan lalu membaca: Bismillah Allahu Akbar.

Kami telah dibekalkan dengan earphone setiap seorang. Segala bacaan sewaktu Tawaf diketuai oleh Ustaz Ali Amin. Jadi kami mengucapkannya secara serentak beramai-ramai. Selepas solat, kami terus menuju ke pintu Safa. Kami tidak kembali ke Hajar Aswad. Manusia terlalu ramai ketika itu dan kami mendengar nasihat Ustaz Ali Amin supaya tidak berasak-asak untuk mengusap Hajar Aswad sehingga menyakiti jemaah yang lain.


Bergambar ramai setelah selesai melakukan Tawaf.
Sumber : Makkah Towers Group 271222

Sumber : Panduan Haji, Umrah dan Ziarah




Jam menunjukkan hampir pukul dua pagi.


Kami menuju ke pintu Safa untuk melaksanakan Sa'i pula.
  1. Semasa mendekati bukit Safa, hendaklah membaca: Innasofa walmarwata min syaa'irillah. ( Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada syiar agama Allah. Surah Al-Baqarah:158)
    Seterusnya membaca: 'Abda'u bima bada'allahu bihi. (Aku memulakan dengan apa yang dimulakan Allah.)

  2. Mengadap kiblat setelah naik di Safa, lalu berzikir dengan membaca: Laailahaillahu wahdahu lasyarika lahu, lahul mulku, walahu hamdu, wahua a'la kulli syai'in qadir, lailahaillallahu wahdahu, anjaza wa'dahu, wanasoro 'abdahu, wahazamal ahzaba wahdah. ( Tidak ada yang benar disembah kecuali Allah, Tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan, bagi-Nya segala pujian. Dia atas segala sesuatu Maha Berkuasa. Tidak ada Tuhan yang benar disembah kecuali Allah yang Esa. Dia memenuhi segala janjinya. Dia menolong hamba-Nya dan hanya Dia sendiri yang menghancurkan tentera musuh.)
    Zikir ini dibaca tiga kali diselangi doa di antara zikir tersebut dan mengangkat kedua tangan semasa berdoa.

  3. Selesai zikir dan berdoa turun menuju ke bukit Marwah.

  4. Semasa sampai di tanda hijau (ditandakan dengan lampu neon warna hijau yang digantung di dinding dan langit-langit tempat Sa'i) mula berjalan dengan cepat (raml) sehingga tanda hijau seterusnya. Ini khusus untuk lelaki.

  5. mengadap kiblat setelah naik di Marwah, lalu berzikir membaca Lailahaillallah sebanyak tiga kali diselangi doa di antara zikir tersebut dan mengangkat kedua tangan semasa berdoa.

  6. Sa'i tujuh kali. Dari Safa ke Marwah dikira satu kali. begitu pula sebaliknya. Sa'i berakhir di Marwah.


Setelah selesai Tawaf dan Sa'i adakah sudah sempurna umrah kami? Belum lagi....

Setelah selesai Sai berakhir di Bukit Marwah
Kami bermaaf-maafan di antara satu sama lain, di antara suami dengan isteri, dan di antara sesama jemaah.
Sumber video : Makkah Towers Group 271222.


Halq atau Taqsiir:
  • Selesai Sa'i tujuh kali, hendaklah bertahallul dengan halq (mencukur rambut kepala) atau taqsiir (menggunting seluruh rambut). Lelaki mencukur lebih utama (Nabi Muhammad SAW mencukur rambut kepalanya dimulai dari bahagian kanan).

  • Wanita memotong rambut sepanjang kuku. Caranya: genggam seluruh rambut pada bahagian belakang).
Dengan selesainya halq atau taqsiir bermakna manasik umrah telah selesai.


Rakam kenangan sewaktu bertahallul.

Ibadah umrah kami selesai menjelang pukul tiga pagi.
Semoga Allah menerima ibadah kami. Amin.

5 comments

  1. waktu begini pn ramai jg kan kak yg buat umrah

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah... sebak baca... semoga saya pun dimurahkan rezeki utk ke sana

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah terasa sebak sayu tengok gambar2 ni kak....

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. selesai ibadah umrah.

    BalasPadam
  5. Syukur alhamdulillah selesai ibadah umrah...sayu plak hati SA..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pahang Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Selangor Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe