Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
In syaa Allah Abang Farid akan melangsungkan penikahannya pada 30 Oktober 2021 bersamaan hari Sabtu di Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak, Batu Caves Selangor.
Mohon doa daripada rakan-rakan dan pengunjung setia Amie's Little Kitchen agar segala urusan dipermudahkan.
Kad undangan ini sekadar untuk kenang-kenangan walimatulurus di musim wabak Covid -19 masih melanda dan tidak menentu, juga barangkali SOP akan terus berubah dari semasa ke semasa. Hanya keluarga terdekat sahaja dengan kapasiti yang dibenarkan akan menghadiri majlis yang dirancang pada 4 November 2021.
Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui dan sebaik-baik perancang.