Kunafa : Pencuci Mulut Tradisional Timur Tengah yang Sedap!
8:35 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Pukul 09:25 minit malam kami sampai ke Al-Fahyaa Restoran, tempat makan kami di Makkah Hotel & Towers. Ketika ini dewan makan sudah lengang. Banyaklah tempat duduk kosong di sana-sini. Dari pintu masuk kelihatan beberapa jenis pencuci mulut di atas meja. Ada pelbagai jenis, tetapi kita hanya kenal kunafa sahaja. Di bahagian sebelah (tidak ada dalam gambar, bermangkuk-mangkuk dessert seperti puding turut dihidangkan). memang kita hendak ambil gambar, tetapi setiap kali datang segala jenis puding sudah tidak ada rupa sebab sangat lembut dan 'terusik' oleh banyak sudu!
Kunafa, di hadapan sekali. |
Antara makanan yang masih ada. |
Kalau tidak mahu makan nasi, boleh makan roti. |
Encik Suami mengambil nasi arab, lauk daging masak kari.
Setelah dua hari di sini, inilah kali pertama kita ambil kunafa. Itu pun sebab pernah makan kunafa di tempat kita. Teringat-ingat rasanya yang sangat manis. Adakah manisnya sama dengan kunafa di sini? Mula-mula kita ambil sepotong. Apabila kita makan, kenapa rasanya tidak manis leting seperti yang biasa kita makan? Sedang-sedang manisnya, dan rasanya pula membuatkan kita ingin menambah lagi!
Kita pun menambah tiga keping lagi!
Kunafa ialah sejenis pencuci mulut tradisional Timur Tengah yang diperbuat daripada pastri berputar dipanggil kataifi, direndam dalam sirap manis berasaskan gula yang dipanggil attar, dan biasanya dilapisi dengan keju, atau dengan bahan lain seperti krim beku (kaymak) pistachio atau kacang, bergantung pada kawasan pembuatannya. Air mawar turut digunakan untuk menambah aroma kunafa. Kunafa sangat popular di dunia Arab, terutamanya Mesir dan Levant. Kunafa juga terkenal di Palestin, Turki, Greece dan Balkan.
Kunafa juga disebut sebagai:
Kunafa juga disebut sebagai:
- Kanafeh
- Kunafeh
- Knafeh
- Konafi
Malam itu kita tidak makan nasi. Kita perasan, kami berdua ada masalah penghadaman pula semenjak datang ke Madinah dan Mekah. Perut rasa agak sebu. Kita hanya minum jus mangga sahaja, tapi banyak gelas! Dengan harapan esok pagi dapat qada' hajat dengan sempurna. Kemudian kita tambah lagi minum teh panas. Biarlah panas dan sejuk bergaduh dalam perut! Mudah-mudahan meragamlah perut malam ini, supaya lebih mudah untuk dikeluarkan esok pagi.
Dua tiga kali datang ke sini menambah jus mangga dalam gelas. |
Sekarang sudah pukul 09:58 malam.
Hanya kami berdua dan beberapa orang sahaja di dalam dewan makan.
Inilah masa yang sangat sesuai tinggalkan dewan makan, dan bergerak keluar untuk gunakan lift naik ke bilik. Tiada kesesakan, dan tidak perlu tunggu lama.
Nampaknya botol air mineral sudah ditambah. Tuala tetap sama, tidak ditukar.
Pukul 10:20 malam, kami terlena!
Ya Allah! Harapnya tidaklah termimpi kepala keldai!
8 comments
Kunafa yang saya pernah makan di Malaysia memang manis. Memang sedaplah kalau dapat yang tak manis.
BalasPadamSuka kunafa! Sedap 😋
BalasPadamsy suka yg ada taburan kacang pistacio tu😀
BalasPadamkunafa di malaysia ni melampau2 manisnya. mungkin sebab rakyat kita suka yg manis2.
BalasPadamada juga beli kunafa di sini...memula ingatkan manis rupanya manis yg boleh diterima tekak
BalasPadamgayanya kunafa dekat sana lain sangat dari yang kat malaysia...gayanya lagi sedap berbanding di sini,agaknya tak setanding rasa yg ada kt sini
BalasPadamSaya pecinta manis ..
BalasPadamSukaaa🤭
Teringin nak makan kunafa yang sebenar sebab sebelum ni makan kenapa rasa masin lebih huhu..
BalasPadam