Makan Udang Goreng dan Minum Jus Buah Pukul Tiga Pagi

9:20 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Walaupun sudah pukul tiga pagi tetapi kedai-kedai di sekitar hotel masih beroperasi. Ramai jemaah umrah singgah di kedai makan. Mungkin lapar setelah dua jam mengunakan kudrat untuk melaksanakan Tawaf dan Sa'i. Kami singgah  salah sebuah restoran iaitu  Restoran Al-Khalwani yang letaknya di hadapan Makkah Towers Hotel.


Apabila terlihat menu udang goreng di dalam katalog, teringat Abang Farid selalu beli makanan ini tetapi bukan di restoran ini. Abang Farid sukakan sosnya. Amie beli satu set, dan kemudian memilih jus buah mangga dan buah jambu batu merah. 



Set Udang Goreng Salut Tepung.

Jus Buah Mangga & Jambu Batu Merah.

Set Udang Goreng Salut Tepung mengandungi kentang goreng dan roti.


Selain sos di dalam paket, disertakan juga sos dalam mangkuk kecil.

Jus Buah Mangga & Jambu Batu Merah

Oleh kerana sangat letih, hanya sempat jamah beberapa ketul udang goreng saja. Encik Suami terus tidur. Pakaian ihramnya basah kerana peluh. Oleh kerana bilik hotel agak luas, jadi Encik Suami bentangkan kain ihramnya untuk dianginkan oleh pendingin hawa. Kakinya masih sakit kesan terkena batu tajam sewaktu mendaki ke Gua Sajadah di Madinah. Ada seorang jemaah lelaki jatuh sakit. Semua orang penat. Jadi, perlu berehat untuk kembalikan tenaga. 

Lebihan makanan Amie simpan, dan jus buah Amie masukkan ke dalam peti sejuk mini.Esok bolehlah minum jus buah Makkah yang sangat dirindui ini!

Teringat pesan Ustaz Ali Amin, jika hendak solat subuh di Masjidil Haram, datanglah seawal pukul tiga pagi untuk mendapat tempat. Aduhai... sekarang sudah pukul 3:30 pagi! Terus rebah atas katil!

10 comments

  1. Dulu nak tunggu blog Amie nak loading... boleh cukur janggut! Sekarang laju je! I like!

    BalasPadam
  2. Kalau kat sana kedai² mcm mmg hidup 24 jam kan? xde masa pulak kedai² ni tutup sbb jemaah pun 24 jam xmo lepaskan peluang beribadat di sana

    BalasPadam
  3. Menarik menu udang goreng ni, nampak ada fries jugak tu.

    BalasPadam
  4. Rumah Allah tidak pernah sunyi dari lautan manusia...orang dijemput Allah ni orang yang betul2 kuat mentalnya

    BalasPadam
  5. sedap makan udang goreng n jus buah

    BalasPadam
  6. Teringat pesan mak, kalau di Tanah Suci kena berehat juga walau mengejar ibadat.

    BalasPadam
  7. punya penat sampai nak makan pun tak lalu ye kak

    BalasPadam
  8. Alahai penat betul tu kak...apapun kena rehat lebih jugak kan kak

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pahang Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Selangor Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe