Assalamualaikum.
Nasi Dagang? Amie telah beberapa kali memasaknya dan kongsi DI SINI, dan DI SINI. Namun sehingga paparan Nasi Dagang Kelantan kali ini, Amie masih keliru tentang resepi sebenar Nasi Dagang Kelantan. Bagaimana pun Amie sedikit-sebanyak telah memahami perbezaan di antara nasi dagang versi Terengganu dengan versi Kelantan. Setelah merujuk beberapa buah resepi, majalah dan Encik Google, pastilah sudah bahawa nasi dagang versi Terengganu menggunakan beras pulut dan beras biasa, dan ada yang menggunakan berasa wangi sahaja tanpa campuran beras pulut. Manakala nasi dagang versi Kelantan pula menggunakan beras perang dan di sinilah mula timbul kekeliruan yang Amie maksudkan iaitu ada sesetengah resepi menyatakan penggunaan beras perang sepenuhnya, ada pula yang mencampurkan 1 bahagian peras perang dengan 4 bahagian beras biasa atau beras wangi. Wallahua'lam... hanya jauhari yang mengenal manikam! Amie rasa mungkin boleh dapat jawapan daripada rakan-rakan dari negeri Kelantan atau yang memang pakar mewarisi respei nasi dagang secara turun-temurun.
Alhamdulillah... siaplah satu set Nasi Dagang Kelantan untuk Malaysian Food Festival (Kelantan Month) sebagai kiriman terakhir pada kali ini. Amie sangat mengalu-alukan sebarang komen mengenai resepi ini kerana Amie gabungkan beberapa resepi yang Amie bandingkan di antara satu sama lain. Selain keliru tentang penggunaan beras perang, sekali lagi Amie kurang pasti mengenai 'telur' yang adakalanya dihidangkan bersama nasi ini. Melalui pembacaan sebuah buku masakan Kelantan, Amie dapati telur direbus terlebih dahulu dan dimasak bersama gulai ikan. Namun begitu ketika Amie membelek majalah SAJI keluaran November 2011, Dapur Istana - Memartabatkan Warisan dan Seni Budaya Kelantan : Tengku Datin Noorahaniah, hidangan nasi dagang Kelantan yang tersaji di kafe Chomey beliau ada sepotong telur rebus di celah lauk-pauk yang lain. Mungkin telur dijadikan sebagai hiasan atau bahan sampingan dalam hidangan ini. Wallahua'lam...
Amie sangat berterima kasih kepada MADIHA A.K.A RATNA kerana sudi berkongsi panjang lebar tentang beberapa perkara mengenai resepi Nasi Dagang Kelantan. Madiha mendapat sumber daripada KAK JIE JIE. Madiha membantu Amie menyelesaikan sedikit masalah tentang resepi gulai nasi dagang. Amie sudah memahami bahawa gulai nasi dagang Kelantan memang berbeza dengan gulai untuk nasi dagang Terengganu kerana versi Terengganu menggunakan rempah-rempahan manakala versi Kelantan hanya menggunakan herba termasuk lengkuas dan kelapa parut seperti dalam paparan Madiha dan Kak Jie Jie. Amie temui versi yang berbeza di dalam beberapa resepi gulai nasi dagang versi Kelantan ini. Ada yang menggunakan kurma dan kari ikan, ada juga yang hanya menggunakan bahan asas seperti santan, serbuk kunyit, bawang putih, bawang merah, santan dan asam keping sahaja.
Olahan nasi dagang di bawah ini Amie gunakan cara DI SINI.
Bahan-bahan untuk nasi dagang:
3 cawan beras merah
2 cawan beras wangi
500ml santan pekat
5 biji bawang merah - hiris nipis
5cm halia - hiris halus
1 sudu makan halba
1/2 sudu makan garam
Cara:
1. Rendam beras wangi dan beras perang selama 8 jam.
2. Toskan kedua-dua beras dan campurkan.
3. Kukus selama 20 minit.
4. Masukkan halba, bawang merah dan halia. Gaul rata. Tutup kembali periuk pengukus.
5. Campurkan gula melaka dan garam ke dalam santan.
6. Buka kembali tutup pengukus dan renjiskan santan pekat ke atas nasi. Gaul hingga sebati.
7. Kukus semula selama 10 minit.
Terima kasih buat Madiha dan Kak Jie Jie. Minta halal dan minta izin Amie panjangkan resepinya di bawah ini untuk tatapan bersama.
GULAI IKAN NASI DAGANG (versi Kelantan)Resepi : Kak Jie Jie
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan-bahan:
9 ekor ikan kembung/tongkol yang telah direbus semalaman (MaDiHaA guna ikan tongkol anggaran 1.3 kg seekor.. rebus dengan 2 sudu kecil garam & 6 keping asam gelugur & 1 cawan air)
santan pekat RM 1 + 3 cawan air (anggaran aje) (MaDiHaA guna anggaran 5 cawan santan)
2 biji cili merah dibelah dua (MaDiHaA ganti dengan 10 biji cili padi hijau)
2 biji tomato dipotong 4
2 biji timun dipotong ikut suka
1 keping asam keping
garam secukup rasa ( sesuaikan dengan ikan rebus~dah sedia masin)
santan pekat RM 1 + 3 cawan air (anggaran aje) (MaDiHaA guna anggaran 5 cawan santan)
2 biji cili merah dibelah dua (MaDiHaA ganti dengan 10 biji cili padi hijau)
2 biji tomato dipotong 4
2 biji timun dipotong ikut suka
1 keping asam keping
garam secukup rasa ( sesuaikan dengan ikan rebus~dah sedia masin)
MaDiHAa tambah 1 cawan air rebus ikan rebus (jadi garam perlu dikurangkan)
MaDiHAa tambah 1 sudu besar gula merah
Bahan kisar:
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
1 1/2 inci lengkuas
15 biji cili kering
2 sudu serbuk kunyit
segenggam kelapa parut dikisar berasingan dengan sedikit air - Amie hanya letak satu sudu makan (sebab tersilap baca perkataan segenggam.... dalam kepala terbayang satu sudu makan!)
Cara:
1. Masukkan santan bersama bahan kisar, asam keping dan garam ke dalam periuk. Panaskan dan dikacau selalu
2. Bila kuah sudah cukup mendidih, masukkan ikan rebus dan biarkan reneh seketika.
3. Masukkan hirisan timun, cili merah dan kelapa parut. Kecilkan api.
Renehkan selama 20 minit/ sehingga kuah pekat dan naik minyak
4. Masukkan tomato, usik2 kejap kuah dan angkat.
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
1 1/2 inci lengkuas
15 biji cili kering
2 sudu serbuk kunyit
segenggam kelapa parut dikisar berasingan dengan sedikit air - Amie hanya letak satu sudu makan (sebab tersilap baca perkataan segenggam.... dalam kepala terbayang satu sudu makan!)
Cara:
1. Masukkan santan bersama bahan kisar, asam keping dan garam ke dalam periuk. Panaskan dan dikacau selalu
2. Bila kuah sudah cukup mendidih, masukkan ikan rebus dan biarkan reneh seketika.
3. Masukkan hirisan timun, cili merah dan kelapa parut. Kecilkan api.
Renehkan selama 20 minit/ sehingga kuah pekat dan naik minyak
4. Masukkan tomato, usik2 kejap kuah dan angkat.
Untuk acarnya pula, seperti biasa Amie campurkan hirisan timun, lobak merah, nenas, hirisan bawang besar, lada merah, garam, gula dan cuka. Siap.
Dan, tidak ketinggalan Sambal Kelapa yang Amie ambil dari buku resepi Aneka Masakan Kelantan.
Resepi : Sambal Kelapa
Sumber : Aneka Masakan Kelantan oleh Nik Malawati Nik Othman
Bahan-bahan:
300 gm kelapa parut - digoreng dan ditumbuk sedikit
3 ekor ikan kembung - dibakar dan diambil isinya
1/2 inci halia
4 biji bawang merah
3 batang serai
sedikit garam dan gula pasir
1/2 sudu makan lada hitam
Cara:
1. Tumbuk bawang merah, halia, serai, lada hitam, gula pasir dan garam hingga lumat.
2. Masukkan ikan dan ditumbuk kasar.
3. Masukkan kelapa dan digaul rata.
Buat Kak Nor @ Secubit Garam dan penganjur MFF (Kelantan Month) Gertrude Wan Patane, Amie ucapkan jutaan terima kasih sekali lagi di atas kesudian menjemput Amie menyertai MFF walaupun hanya sempat menghantar beberap hidangan. Apa yang Amie ingin kongsikan di sini ialah, Amie mendapat banyak info tentang resepi-resepi tertentu. Misalnya melalui paparan hidangan Kelantan, Amie turut menelurusi sejarah dan asal-usul serta berminat untuk mencari resepinya yang benar-benar asli walaupun sebenarnya agak mustahil untuk Amie perolehi. Amie rasa sangat seronok dan merasakan setiap paparan resepi yang Amie kongsikan lebih bermakna dengan penemuan dan pelbagai ilmu baru dalam dunia masakan yang tiada sempadannya ini.
"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by