Dari Brunei Airport ke King Abdulaziz International Airport Jeddah
12:41 PGBismillahirrahmanirrahim.
Tarikh: 27 Disember 2022
Hari: Selasa
Penerbangan dari Airport Brunei menuju ke Jeddah dijadualkan mengambil masa selama 10 jam setengah. Pesawat Boeing 787 B11 Royal Brunei Airlines berlepas pada pukul 12:10 minit tengahari.
Sebelum menaiki kapal terbang, kami sudah mengambil wudhu' terlebih dahulu. Di dalam pesawat, kami tunaikan solat jamak (zohor dan asar) taqdim yang diqasarkan (dipendekkan).
Sumber : Google |
Inilah pakej umrah yang kami sertai, Nurmultazam Travel, penerbangan terus pergi dan balik dari Sabah. Bagaimana pun tarikh ditukar mengikut keadaan. Rombongan kami berjumlah lebih 100 peserta, dan terbahagi kepada tiga kumpulan mengikut pengiring dan mutawif masing-masing. Majoriti jemaah terdiri daripada warga Sabah.
Pada pukul 2:45 petang (waktu Malaysia), hidangan diedarkan kepada para penumpang.
Encik Suami: Nasi Saffron Daging Masak Merah |
Amie: Spaghetti dengan Ayam Black Pepper |
Kek dan Salad Ayam |
Oh! Jarak penerbangan yang masih jauh perlu ditempuhi.
Kami dibekalkan dengan sebuah bungkusan berisi penutup mata dan sepasang stoking.
Selepas makan, rasanya ramai yang tertidur! Namun ada juga yang menonton filem atau memilih rancangan yang disukai melalui skrin kecil di hadapan tempat duduk masing-masing. Kami dikejutkan semula pada pukul 8:00 malam (waktu Malaysia) bersamaan pukul 4:00 petang waktu Arab Saudi. Mungkin ketika itu rasa sejuk, sebab ada yang berselimut!
Jeddah International Airport Sumber : Google |
Boeing 787 Royal Brunei Airlines selamat mendarat di Lapangan Terbang Abdulaziz pada pukul 6:00 petang waktu Arab Saudi. Ketika ini waktu di Malaysia sudah menunjukkan angka 11:00 malam. Urusan imigresen berjalan lancar, cuma perlu menunggu agak lama sedikit kerana orang sangat ramai. Sewaktu sedang menunggu di ruang serahan bagasi, tiba-tiba Ibu Nada muncul. Kami sempat berbual-bual seketika dan bertukar nombor HP. Ibu Nada berpesan supaya mencarinya di Makkah Tower sekiranya kami sampai ke Mekah.
Ibu Nada: Toko suami saya di sana ya Ibu. Toko pakaian. Namanya as-Safwah. In syaa Allah ibu boleh cari saya di sana.
Amie: In syaa Allah.
Ibu Nada: Selamat menunaikan ibadah umrah ya Ibu. Moga mendapat umrah yang mabrur. Masya Allah. Tabarakallah.
Amie: Wa fiiki barakallah.
Ibu Nada hilang dari pandangan. Mungkin sudah menuju ke pintu keluar, dan suaminya sedang menunggu di situ.Tidak lama kemudian, pengiring rombongan kami memperkenalkan Ustaz Ali Amin, mutawif kami sepanjang berada di Madinah dan Mekah.
13 comments
Baru sampai Jeddah pun dah seronok baca catatan Cikgu Amie... sabar menanti entry2 akan datang 🥰
BalasPadamTerima kasih Faizah.
Padammaaf wak nk tnye, knp org sabah kene naik dari airport brunei ke mekah? bukan ke KK ada international airport? musykil gak nih ., huhu
BalasPadamSaya tak ada jawapan Wak.
PadamRezeki kak Amie berkenalan dengan ibu Nada. Sebelumnya dah dapat panduan masuk Raudah, sekarang diajak berjumpa pula jika tiba di Mekah.
BalasPadamNmpk sedap mknn yg terhidang dlm flight RB
BalasPadamSeronok baca pengalaman Kak Amie. Teringat orang dulu nak ke Mekah naik kapal laut.
BalasPadamAlhamdulillah mudah urusan perjalanan ke tanah suci
BalasPadamSeronoknya...10 jam memang lama la kan kak..dengan hati teringat Firdaus...syukur perjalanan akak dipermudahkan...baiknya Ibu Nada...x sabar nak baca kisah seterusnya
BalasPadamTak sabar nak baca catatan yang seterusnya. 😊
BalasPadamAlhamdulillah...
BalasPadamOrang baik sentiasa dipertemukan dengan orang baik..
Kelebihan IT sekarang dapat pantau pergerakan melalui Google..
Abang Farid masih di LD kah?
terasa seronok bila membaca :)
BalasPadamindahnya meresap ke dlm jiwa.
...next!
masa ammi ke sana dulu penerbangan selepas isyak...jadi masa dalam kapal banyak habis dengan tidur saja
BalasPadam