Buah Tin Segar : SAR 30 Sekilogram
1:56 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Ada pendapat mengatakan, berpenat dahulu dengan mengerjakan umrah di Mekah, dan kemudiah bersantai di Madinah. Rezeki kami, berziarah dahulu di Madinah selama enam hari, dan kemudian kembali semula ke Mekah untuk menyempurnakan umrah.
Sekarang, masih lagi cerita hari pertama di Madinah. Subuh hari, suhu sangat rendah antara 11' hingga 12' Celcius. Namun begitu, barangkali disebabkan sangat ramai jemaah umrah yang berada di Masjid Nabawi, jadi kesejukan itu tidaklah terasa sangat.
Apabila keluar dari masjid, angin yang meniup sangatlah menyamankan! Menoleh ke langit, warna biru seragam, tanpa secebis awan! Ketika matahari memancar, janganlah ditenung lama-lama! Eloklah pakai kaca mata hitam. Bayangkan panas dan sejuk bertembung, apa jadi kepada wajah kita. Sebelum berlepas dari tanah air, kami diingatkan untuk sentiasa memakai pelembab kulit dan bibir yang sesuai untuk elakkan berlakunya dehidrasi atau penyahhidratan.
Kalau kulit terutamanya kawasan jari-jemari sudah nampak kecut, dan bibir berasa kering, itu merupakan tanda-tanda awal berlakunya dehidrasi. Banyakkan minum air kosong, dan kalau di dalam dan kawasan perkarangan masjid memang boleh minum seberapa banyak air zamzam terutamanya sewaktu datang atau pulang selepas solat fardhu. Cuma, kalau sudah terlebih minum, memang kena bersedialah untuk mencari tandas! Tandas paling selesa sudah tentulah di dalam bilik hotel masing-masing.
Oleh kerana sebelum solat zohor, kami sudah makan di Chicken Hat, jadi perut masih kenyang. Kami pulang ke hotel dan apabila melihat begitu ramai jemaah umrah yang menunggu giliran hendak masuk lift, jadi kami duduk santai-santai sahaja di lobi. Sebuah tangga bentuk pusing menghala ke tingkat atas, merupakan laluan untuk jemaah umrah ke dewan makan. Kelihatan bersusun-susun jemaah wanita turun tangga pusing membawa pinggan berisi nasi dan lauk-pauk. Mereka menuju ke lift dan akan naik ke tingkat bilik masing-masing. Melihat keadaan tersebut, sangat fahamlah kami betapa sesaknya dewan makan!
Akhirnya Amie suarakan kepada Encik Suami untuk berjalan-jalan di luar hotel sementara kesesakan berkurangan di lobi. Kali ini kami berjalan perlahan-lahan menyeberang jalan meninggalkan kawasan Royal Al-Andalus Hotel. Tidak banyak pemandangan yang berbeza melainkan hanyalah bangunan hotel yang tinggi-tinggi, dan di aras bawah kelihatan berderetan pelbagai jenis kedai jualan. Dan buat pertama kali juga melihat orang ramai yang sanggup berbaris panjang untuk membeli makanan di beberapa buah gerai makan! Sabarnya mereka menunggu giliran!
Buah Tin Segar |
Kami tiba sebuah deretan gerai makanan di seberang jalan. Persekitaranhya kelihatan bersih dan kemas. Gerainya pun kelihatan tersusun dan seragam, cuma perlu melihat dengan lebih dekat apa bahan jualannya. Maklum sahajalah, tak faham maksud tulisan Arab yang tertera di setiap tingkap gerai. Ada dua deretan kedai yang panjang ini, satu di sebelah kiri dan satu di sebelah kanan. Bahagian tengahnya pula agak lapang sebagai tempat lalu lalang pembeli, dan ada sebaris kerusi meja berpayung untuk pelanggan duduk makan.
Para peniaga makanan kelihatannya tidak menang tangan melayan pelanggan yang datang bertali arus. Ketika ini tidak adalah tempat duduk kosong! Semuanya penuh. Satu meja tidak semestinya dikongsi satu keluarga, tetapi sesiapa sahaja boleh duduk di kerusi yang kosong. Yang penting, dapat tempat duduk untuk makan!
Di sana sini terbau aroma pelbagai jenis masakan termasuk aroma bakso! Kami terjumpa gerai bakso, dan ada bakwan juga. Apabila melihat harga semangkuk kecil bakso : SAR 20, kami hanya berpandangan sahaja. Semangkuk kecil! Harap aroma sup yang kami hidu itu halal! Halal!
Kami sangat kagum apabila melihat begitu ramai jemaah umrah dari Indonesia yang beratur panjang untuk mendapatkan semangkuk bakso. Barangkali mereka rindu untuk menikmati hidangan tradisi tanah air mereka.
Kami sempat menjenguk ke salah sebuah gerai buah-buahan. Di antara buah peach, delima, anggur, limau, laici dan sebagainya, mata terpandang pula buah tin. Peniaga buah sebutkan harga sekilogram buah tin SAR 30. Kami beli setengah kilogram sahaja.
Gerai apa pula yang Encik Suami intai ini?
Oooo... gerai buah kurma! Cukuplah beli buah tin saja (dalam palstik yang dipegang Encik Suami). Kami menapak semula menyeberang jalan, dan bergerak ke hadapan sambil menyaksikan burung merpati yang berterbangan. Tiba di hadapan Royal Al-Andalus Hotel, ada orang sedang berkerumun. Rupanya, penjual jubah sedang rancak berjual beli dengan orang ramai. Encik Suami tidak lepas peluang. Di kesempatan itulah Encik Suami sibuk memilih saiz jubah! Untuk dirinya, untuk anak-anak! Jubah lelaki sahaja yang ada di situ.
Jam menunjukkan hampir pukul dua petang. Kami terus menuju ke lift, dan suasana agak lengang kerana kurang pengguna lift ketika itu. Kami harap tuala sudah tersedia di dalam bilik. Hendak mandi, dan tukar pakaian sebelum turun semula ke Masjid Nabawi.
Tuala masih belum dihantar ke bilik!
Entah berapa kali, sejak tiba di hotel ini kami meminta tuala.
Nampaknya, banyak jemaah umrah yang masih belum terima tuala!
Entah berapa kali, sejak tiba di hotel ini kami meminta tuala.
Nampaknya, banyak jemaah umrah yang masih belum terima tuala!
Teringat Encik Suami tanya sewaktu kami bermalam di Gardens Condominium:
Encik Suami: Kita tak bawa tuala kah ke sana?
Amie : Eh, kenapa pula hendak bawa tuala? Bukankah hotel memang sediakan tuala?
Encik Suami: Ooooo... mana tahu tidak disediakan tuala.
Tapi kita diam-diam sahajalah, takut Encik Suami pulangkan paku buah keras pula.
Selepas cuci buah tin, kami makan sebiji dua dan selebihnya simpan dalam peti sejuk. Kemudian kami bersihkan diri. Pandai-pandailah gunakan kain masing-masing untuk keringkan badan. Waktu asar dijadualkan pada pukul 03:23 petang. Jadi, sebelum pukul 02:45 petang kami sudah bersedia untuk ke pintu lift, turun ke lobi.
Sampai di lobi, kami menuju ke kaunter dan memaklumkan kepada petugas di situ bahawa bilik kami belum menerima tuala. Petugas kaunter berjanji akan memberitahu pekerja hotel untuk hantar tuala ke bilik kami.
Jadual waktu solat di Madinah dan Mekah dibekalkan kepada setiap jemaah umrah. |
Jadual Waktu Solat yang disediakan untuk kami (diletakkan di bahagian belakang tanda nama), memudahkan jemaah umrah mengetahui waktu dan membuat persediaan awal. Kami diingatkan untuk masuk ke masjid satu jam lebih awal sebelum tiba waktu solat fardhu.
Petang itu, kami berpisah di pagar 335, dan bergerak menuju ke pintu masing-masing dan sudah tentunya ambil kesempatan minum segelas air zamzam.
Bismillahirrahmanirrahim:
اللهم إني أسألك علماً نافعاً، ورزقاً واسعاً، وشفاءً من كل داء
Ya Allah, aku memohon pada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas, dan kesembuhan dari segala macam penyakit.Entri berkaitan Umrah 2023:
- KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
- DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
- SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
- JUS BUAH YANG DIRINDUI!
- MENUNGGU DAN DITUNGGU
- BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
- AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
- MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
- KEBUN KURMA ABU FAISAL
- JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
- MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
- LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
- ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
- DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
- MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
- HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
- MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
- MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
- BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
- MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
- KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
- MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
- MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
- GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
- TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
- TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
- TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
- BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
- CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
- RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
- BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
- BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
- WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
- CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
- NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
- MADINAH DIBASAHI HUJAN
- DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
- SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
- IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
- MIQAT IHRAM : BIR ALI
- MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
- MAKKAH HOTEL & TOWERS
- TAWAF & SA'I
- MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
- GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
- UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
- IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
- KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
- JABAL TSUR
- JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
- MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
- LAMB MADINI
- BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
- MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
- SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
- PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
- MENCARI MADU DI THAIF
- BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
- MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
- LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
- MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
- MASJID QARNUL MANAZIL
- SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
- HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
- NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
- MENDAKI KE GUA HIRA
- MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
- IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
- MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
- HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
- KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
- KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
- DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT
9 comments
Apa rasanya buah tin segar Kak Amie? Mungkin sy terlepas pandang, tak jumpa pula buah tin fresh di tanah suci dulu :(
BalasPadamSeronok baca cerita Amie dan suami masa di sana. Harap saya akan sampai sana juga, satu hari nanti, Insya-Allah.
BalasPadamSA teruja betul tengok buah- buah segar tu kak Amie...bestnya...pernah makan buah tin..memang sedap, ada rasa manis2 lemak..
BalasPadamtak pernah makan buah segar dari sana, kak.
BalasPadamindahnya dpt merasa fresh kat sana.
Jauh daging Bakso sampai ke Madinah, tu yang sampai SAR20. Mungkin kalau teringin sangat pejam mata je lah dengan harga dan saiz yang sebegitu!
BalasPadamFreshnya buah tin tu.
biasa makan buah tin kering manis tu je dapat makan buah tin segar tengok depan mata saya pula yang rasa excited kak....
BalasPadammesti menyesal kan takk tak bawak tuala walau sehelai dari sini. Ingatkan buah-buah kat sana murah agak mahal jugak ye kak. Yelah kat sana kan mesti la sana sini penuh umat manusia
BalasPadamBila tenguk buah yang fresh dan besar tu rasa geramnya. Tapi memang sedap buah-buahan di sana.
BalasPadamSedapnya...walau Arab tanahnya banyak yang tandus tapi kuasa Allah melimpahkan aneka buahan termasuk buah tin..antara buah syurga ni...
BalasPadam