Bismillahirrahmanirrahim.
Walaupun tidur agak lewat tetapi apabila menjelang subuh, badan kembali bertenaga sampai solat subuh dua kali sebab tersilap melihat waktu! Entah mimpi apa pada malamnya... ahaks! Seperti biasa kami seret beg menuju ke lobi hotel dan kemudian ke dewan makan.
Sarapan di Park Hotel Moskva. |
Dan sebagaimana di hotel lain sepanjang kembara di Balkan, di sini pun sama. Tidak boleh masuk ke dewan makan sebelum pukul tujuh. Mesti tepat waktu!
Tengok tu. Pintu pun dikunci! Sekarang sudah pukul tujuh pagi. Jadi pekerja hotel pun buka kunci pintu! Maka menyerbu masuklah tetamu hotel ke dewan makan.
Beginilah suasana hotel tiga bintang ini. Kerusi meja tersusun kemas dengan kombinasi warna yang menyuntik rasa ceria dan semangat di pagi hari.
Entah kenapa tembikar di letak di tengah-tengah dewan makan. Mungkin ada sejarahnya atau sesuatu yang istimewa.
Biasanya kami akan tunggu TGB atau TLM untuk mengesahkan halal atau tidak hidangan berasaskan daging dan ayam. Oleh kerana kedua-duanya belum kelihatan, jadi kami tidak menyentuh sosej dan yang sewaktu dengannya.
Pagi itu Amie ambil air panas. Rindu sangat hendak minum air suam-suam panas. Amie tidak ambil minuman seperti kopi dan yang sewaktu dengannya. Setelah minum dua gelas kecil air suam, Amie ambil segelas jus epal.
Manalah tak turun berat badan sewaktu berada di Balkan. Banyak berjalan kaki dan sarapan pun tak jumpa nasi lemak atau mi goreng ... ahaks!
Pelbagai jenis jus buah. |
Sempat masuk tandas yang cantik. Tapi kena isi air dalam botol mineral bawa masuk dalam tandas.
Teringat betapa kecil dan sempitnya lift di Milan, Venice dan Bosnia and Herzegovina. Di sini saiz lift lebih besar dan luas.
Sofa pun banyak dan sangat selesa untuk duduk santai-santai di sini.
Sambil menikmati pemandangan di luar yang masih berkabus, kita pun bukalah buku catatan.
Hari kesepuluh: City tour di Sofia. Melawat Masjid Banya Bashi. Bertolak ke Istanbul. Bermalam di Istanbul. |
Nampaknya malam nanti kami akan tiba di Istanbul.
Bagaimana keadaan Istanbul sejak pertama kali kali jejak ke sana pada 2017?
Berdiri berhampiran pemanas udara. Ketika inilah baru teringat untuk melihat bacaan suhu. -2'C.
Pagi ini hujan masih turun rintik-rintik.
Sejuk!
Sejuk!
Selamat pagi Sofia!