Seperti biasa kami bersihkan diri. Sementara menanti waktu solat subuh pada pukul 5:17 minit pagi, kami mengemas pakaian dan susun dalam beg. Biasanya sebelum ke dewan makan pada pukul 6:45 pagi Amie akan buka buku nota dan menulis catatan segala aktiviti dan peristiwa yang dilalui pada hari kelmarin supaya tidak lupa apabila menulis entri. Ada sekali dua menulis sebelum tidur tapi biasanya layan mata sahaja dahulu, keesokan pagi baru pegang pen. Ada ketikanya Amie tulis nota dalam HP, tapi nampaknya segala tulisan itu tidak meresap ke hati! Hendak pegang pen juga supaya apa yang ditulis tulus dari hati turun ke hujung jari... ahaks!
Jom kita seret beg, kita turun untuk sarapan.
Oh, hampir terlupa.
Semalam TGB maklumkan kepada kami makanan yang disediakan semuanya halal. Alhamdulillah. TGB kami ini sedang mengambil Ph.D. Namanya Amna, tapi kami suka memanggilnya Aminah.
Sarapan di Hotel Emporium |
Sweet Corner |
Buah peach. |
Buah : Limau + Pear + Apple |
Telur Hancur + Telur Mata |
Grilled Veggies |
Beef Sausages + Roti |
Juices |
Wokey! Pilihan sarapan Amie yang terletak di hadapan Amie. Yang lain itu pilihan Kamsiah. Luucy dan Nancy belum sampai lagi. Jadi kami makan dulu. Bismillah. |
Ini minuman panas Kamsiah. Amie ambil gambar jew... |
Yang tiga piring ini Amie punya. Hehehee... tak mahu guna 'pinggan' sebab pinggan saiznya besar, dan piring kecil sikit kononnya.... ahaks! |
Beef sausages bahagian luarnya agak liat sedikit. Grilled veggies sedap sangat, padahal sayur-sayuran saja. |
Kita nak cuba rasa daging kering yang diasap dengan kayu oak. Ada rasa masin garam dan liat sedikit. |
Ambil jugalah salad dan ikan serta chicken slice. |
Ambil juga buah peach dalam tin. |
Alhamdulillah. Kenyang makan sayur! |