Dewan Makan di Royal Al-Andalus Hotel @ Classy Al-Andalus Suites

3:43 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Teringat pesanan mutawif sewaktu dalam perjalananan menaiki bas dari Jeddah ke Madinah tempoh hari. Menurut beliau, jemaah umrah perlu bersedia dari segi mental dan fizikal serta banyakkan bersabar dalam permusafiran. Salah satu perkara yang disentuh ialah tentang waktu makan. Katanya, dalam keadaan sesak tentulah banyak perkara yang kurang disenangi akan berlaku. Misalnya, tidak cukup pinggan dan terpaksa menunggu giliran. Jika datang lewat, mungkin ada lauk yang sudah habis. Kita tidak dapat bayangkan bagaimana jemaah umrah sampai tidak dapat lauk!

Setelah menghadapi situasi kelewatan menerima tuala, dan kami gunakan selama menginap enam hari di hotel tanpa ganti, kami juga dapat melihat kekurangan lain seperti kehabisan pinggan di dewan makan sewaktu jemaah hendak menjamu selera. Selain itu, ada juga perkara-perkara  seperti ketiadaan cerek serta ketiadaan air di bilik hotel.

Akhirnya semua perkara itu dapat difahami kerana jumlah jemaah umrah yang terlalu ramai. Sedikit-sebanyak kami dapat menerima alasan mengapa tarikh umrah kami ditunda dari 13 Disember ke 27 Disember. Alasan kesesakan hotel dan penerbangan dapat diterima dengan rasional.

Pada pagi Jumaat, sebaik sahaja kami selesai sarapan pagi di Mexican Chicken dan makan ais krim di gerai, kami terus balik ke hotel untuk bersiap ke Masjid Nabawi. Ketika sampai di lobi hotel, suasana sangat lengang, dan pada masa ini kita pun terfikir untuk mengambil gambar!

Dewan Makan di Royal Al-Andalus Hotel

Kaunter pendaftaran di lobi hotel.

Lobi hotel dari pintu belakang.

Di hujung sana, ada dua buah pintu lift yang digunakan oleh jemaah umrah turun naik ke bilik. Ketika jemaah umrah sampai setiap hari, lift ini jugalah yang digunakan oleh para pekerja untuk membawa naik semua beg para jemaah dan dihantar ke tingkat bilik mereka.


Di belakang Encik Suami, sebuah tangga pusing untuk jemaah umrah naik ke dewan makan.


Pada waktu-waktu tertentu seperti sebelum dan selepas solat fardhu serta ketibaan jemaah umrah yang baru sampai, kawasan ini akan penuh sesak.


Ruangan-ruangan di dewan makan.

Di ruangan inilah kami bersarapan di hari pertama berada di sini kerana ruang makan yang ada meja sudah penuh. Ketika itu lampu tidak berfungsi. Kami bawa piring berisi makanan dan duduk dalam samar-samar cahaya lampu dari luar.



Dewan makan kelihatan luas dan lapang.



Jemaah umrah boleh memilih untuk duduk di mana sahaja ruangan.


Ketika kita sedang ambil gambar, kita dihampiri oleh seorang lelaki berkulit putih, dan mungkin beliau pengurus bahagian makanan di sini. Dari gaya percakapannya, ada slang Indonesia dan sesekali seperti gaya percakapan Thailand pula. Antara yang diperkatakannya:
  • Beritahulah pengurus kamu supaya jangan campur semua jemaah umrah dari Malaysia, Indonesia, dan Brunei makan di sini.
  • Buatlah permohonan untuk pembahagian tempat seperti jemaah dari Thailand. Mereka tidak mahu bercampur dengan jemaah dari negara lain. Jadi nampak lebih tersusun, dan tidak berebut-rebut.
  • Jemaah dari Indonesia sanggup berhimpit-himpit untuk makan di sini. Jumlah mereka terlalu ramai.
  • Kalau ada 20 orang jemaah dari Malaysia dan Brunei, hanya lima orang sahaja yang datang makan di sini.
  • Hanya 800 orang boleh makan di sini, tetapi sekarang sudah lebih 1000 orang!
Kita hanya mendengar sahaja, dan dapat membayangkan betapa sibuknya pengurus dewan ini bersama-sama para pekerja menyempurnakan tugas mereka. Terbayang pula setiap kali waktu makan, ramai jemaah wanita membawa makanan ke dalam bilik, dan tidak memulangkan pinggan!

Rupa-rupanya ramai yang tidak sanggup bersesak dan berebut mengambil makanan dan juga tempat duduk! Bermakna, bukan kami sahajalah yang selalu memutuskan untuk mencari makanan di luar!

Sekali-sekala, ada juga kami makan tengah hari atau makan malam di sini. Itu pun sekiranya tidak perlu mencari tempat duduk ke sana dan ke mari. Waktu itu terpandang pula keluarga jemaah membuka tin sardin untuk dijadikan lauk. Tidak kurang juga yang membawa serunding dan juga sambal. Barangkali, untuk memenuhi selera masing-masing.

Ada sekali, sewaktu kami sedang makan, Encik Suami terpandang seorang lelaki datang membawa pinggan nasinya, dan duduk di hadapan kami. Ada kepinga  telur dadar di atas nasinya. Encik Suami bisik pada kita: Ada telur dadar rupanya. Kita pun bangun, dan bergegas ke tempat nasi dan lauk-pauk bertujuan mencari telur dadar. Berkeliling meja hidangan kita cari, seolah-olah tawaf pula! Tidak nampak saki-baki telur dadar! Kita kembali ke tempat makan, dan terpandang dalam pinggan jemaah lain ada telur dadar!

Sekali lagi kita ke tempat meja lauk-pauk, dan tawaf lagi! Eh, tak ada pun telur dadar!


Hidangan yang disajikan merupakan menu dari Indonesia. Sarapan pagi yang disajikan termasuklah:
  • Roti
  • Telur Rebus
  • Mi Goreng
  • Nasi Putih
  • Keropok
  • Sosej
  • Sambal Tomato
  • Minuman Panas : Teh / Kopi
Hidangan tengah hari dan malam terdiri daripada:
  • Nasi Putih
  • Ikan 
  • Ayam 
  • Daging
  • Sayur
  • Sup
  • Sambal Tomato
  • Buah Limau / Epal
  • Minuman



Jadual Waktu Makan:
  • Sarapan Pagi  : 05:00 - 08.00
  • Makan Siang   : 11:00 - 14.00
  • Makan Malam : 18:00- 21:30

Walaupun penuh sesak dengan jemaah di waktu makan, tetapi para pekerja di sini sangat cekap dan pantai melaksanakan tugas. Dewan makan sentiasa bersih dan kemas, terutama di antara waktu makan.

Dua hari kemudian, Encik Suami mendapat jawapan kenapa Amie tidak jumpa telur dadar! Rupanya, ada jemaah yang goreng telur di dapur mereka dan di bawa ke dewan makan, kemudian dibahagi-bahagikan dengan ahli jemaah mereka!

Aduhai! Sedapnyalah telur dadar!

Entri berkaitan Umrah 2023:

  1. KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
  2. DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
  3. SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
  4. JUS BUAH YANG DIRINDUI!
  5. MENUNGGU DAN DITUNGGU
  6. BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
  7. AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
  8. MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
  9. KEBUN KURMA ABU FAISAL
  10. JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
  11. MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
  12. LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
  13. ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
  14. DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
  15. MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
  16. HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
  17. MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
  18. MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
  19. BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
  20. MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
  21. KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
  22. MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
  23. MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
  24. GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
  25. TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
  26. TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
  27. TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
  28. BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
  29. CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
  30. RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
  31. BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
  32. BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
  33. WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
  34. CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
  35. NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
  36. MADINAH DIBASAHI HUJAN
  37. DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
  38. SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
  39. IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
  40. MIQAT IHRAM : BIR ALI
  41. MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
  42. MAKKAH HOTEL & TOWERS
  43. TAWAF & SA'I
  44. MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
  45. GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
  46. UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
  47. IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
  48. KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
  49. JABAL TSUR
  50. JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
  51. MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
  52. LAMB MADINI
  53. BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
  54. MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
  55. SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
  56. PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
  57. MENCARI MADU DI THAIF
  58. BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
  59. MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
  60. LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
  61. MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
  62. MASJID QARNUL MANAZIL
  63. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
  64. HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
  65. NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
  66. MENDAKI KE GUA HIRA
  67. MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
  68. IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
  69. MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
  70. HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
  71. KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
  72. KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
  73. DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT


9 comments

  1. Patutlah kak Amie tak jumpa telur dadar tu 🤦‍♀️😅

    Luas dan selesa dewan makannya.

    BalasPadam
  2. ooo that's why kak amie selalu makan di luar...ok juga tu dapat bersiar-siar sambil cari makan

    BalasPadam
  3. Setahu sy jemaah Thailand dan Indonesia mmg biasa memasak jika di tanah suci. Pernah bersembang dgn mereka ketika di masjidil haram dulu. Katanya utk jimat belanja.

    BalasPadam
  4. Dalam berita yang saya ada tengok tak lama dulu, pun ada cakap, jemaah umrah ramai.
    Luasnya dewan makan dia. Itu pun masih tak cukup menampung jumlah jemaah ye.

    BalasPadam
  5. Mereka bawa kuali ajaib kot ke sana.

    BalasPadam
  6. Ni mesti bawa dapur dan beli telur di madinah. Masak banyak dan bagi kawan-kawan. em baguslah

    BalasPadam
  7. Cantik ID hotel tu... x dpt bayangkan semua jemaah queue nk ambik mknn masa bekfes.. dpd bersesak mmg bijaklah cr mkn kat luar... masa macam ni telur dadar pun jadi sedap kan??

    BalasPadam
  8. cantik betul dewan makannya kak, nampak mewah betul tu ya. Tak dapat dibayangkan bagai mana sesaknya bila semua berkumpul di situ. Aduhai rindu nya dengan telur dadar ya,sampai 2 kali bertawaf mencari rupanya memang tiada. Memang boleh masak sendiri di dapur tu ke kak?

    BalasPadam
  9. Senyum sendiri kita baca telur dadar tu..🤭
    Bukan sahaja menunya lebih keIndinesiaan...jadual nya juga dalam bahasa Indonesia ya cikgu..kita biasa sebut makan tengahari...saudara kita diseberang menyebut sebagai makan siang.😄

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe