Bismillahirrahmanirrahim.
Walaupun sudah pernah ke Turki selama sembilan hari tujuh malam pada Mac 2017, namun belum puas menjelajah secara keseluruhannya terutama Istanbul. Tahun 2020 sekali lagi daftar dengan travel agen khusus untuk ke Istanbul sahaja, namun sayangnya Covid-19 pula melanda. Kali ini, direzekikan pula untuk jejak Istanbul walau hanya seketika melalui jalan darat dari Bulgaria.
Kebetulan pula, di saat hati gundah di pagi Jumaat itu maka seakan-akan tawarlah segala yang dilihat di sekitar bandar Istanbul. Namun begitu, Amie sempat beli oleh-oleh istimewa dan berharga untuk diri sendiri iaitu 2 buah buku:
- Istanbul - The Cradle of Civilizations by Unknown (Author)
- All Istanbul - City of Civilizations by Gungor Ozsoy (Author)
First Edition ( January 1,1900 ) |
Ada masa lapang bolehlah dibaca untuk menambah ilmu pengetahuan. Mungkin ada rezeki kali seterusnya untuk jejak Istanbul atau Turkiye belahan lain. Siapa tahu kan.
Gerai Simit |
Ini salah satu pemandangan yang Amie suka lihat iaitu penjual simit bersama jualannya di tepi jalan. Simit ialah sejenis roti Turkiye. Simit adalah simbol penting bagi rakyat kelas bawahan dan pertengahan di Turki. Kadang-kadang simit dipanggil susam kebabı (sesame kebab). Di bahagian lain di Timur Tengah, simit dimakan bersama telur rebus dan / atau duggah, iaitu campuran herba yang digunakan sebagai perasa.
Shozy Spice Bazaar |
Kami dibawa ke Levinson Leather & Fur. Sama seperti pengalaman di kedai pakaian kulit yang sebelumnya, ada pertunjukan fesyen di sini. Kami juga dijamu dengan minuman teh dan juga kekacang.
Sempat juga adik-adik peserta beli baju panas di sini. |
Malas berlama-lama di kedai pakaian kulit dan bulu ini, Amie keluar bersama Lucy. Harga yang ditawarkan memanglah harga kayangan. Cukuplah sekadar melihat-lihat untuk cuci mata sahaja.
Sementara ahli rombongan lain membeli (mungkin), kami mengambil angin segar di luar bangunan Levinson Leather & Fur. Kamsiah dan Nancy masih di dalam bangunan.
Terpandang seorang lelaki Turkiye memikul simit dan meletakkannya di atas bangku berhampiran kami. Katanya dua keping simit berharga 1 EURO.
Amie beli dua keping. Sekeping untuk Lucy dan sekeping untuk Amie.
Kemudian kami menaiki bas menuju ke Sultanahmet Camii.
Bagaimanapun Amie tidak terus meneruskan perjalanan ke Sultanahmet Camii kerana pelawat tidak dibenarkan masuk. Kami patah balik ke belakang, menujuk ke Arasta Bazaar pula.
Di sinilah lami berkumpul setelah patah balik dari perkarangan Sultanahmet Camii untuk mendengar penerangan yang disampaikan oleh tour guide tempatan (lelaki Turkiye) yang berkata mata dan berambut putih yang sedang menutup mulutnya dengan tangan.
Jom ke Arasta Bazaar. Lokasinya bersebelahan dengan Masjid Biru. Boleh jalan santai-santai sahaja di sini. Macam-macam ada. Hendak singgah makan atau minum pun boleh.
Arasta Bazaar |
Arasta Bazaar kelihatan lebih tenang berbanding Grand Bazaar! Sempatkah kami ke Grand Bazaar petang nanti?
Suasana di sekitar Arasta Bazaar.
Sampai di sini dahulu jalan-jalan di Arasta Bazaar. Perut sudah mula lapar. Nancy pun sudah melangkah masuk ke sebuah restoran di situ.
Jumpa lagi!