Makkah Hotel & Towers
12:47 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Setelah membaca Surah Yasin dan doa tahlil beramai-ramai, suasana di dalam bas kembali sepi. Hanya suara Ustaz Ali Amin tenggelam timbul di cuping telinga. Perjalanan dari RNR Al-Masamaah memakan masa selama dua jam setengah untuk sampai ke Makkah.
Rasanya hanya terlelap beberapa ketika, apabila Ustaz Ali Amin mengejutkan jemaah dari tidur. Tidak sempat melihat waktu, kami bergegas bangun dan turun dari bas menuju ke Makkah Hotel & Towers untuk daftar masuk.
Selama berada di Makkah, memang tidak sempat untuk meninjau sudut yang sesuai untuk ambil gambar Makkah Hotel & Towers. Jadi, Amie kongsikan sahajalah gambar dari website hotel tersebut.
Sumber: Makkah Hotel & Towers
Makkah Hotel & Towers tidak jauh kedudukannya dari Masjidil Haram. |
Kami ditempatkan di tingkat 9. |
Kami menempah pakej sebilik berdua. |
Ada extra katil. |
Extra katil (1). |
Extra katil (2). |
Antara kemudahan yang disediakan termasuklah sterika. |
Bilik air. |
Kitchenette. |
Mini peti sejuk untuk isi jus buah! |
Yang penting kami tahu dewan makan terletak di aras 6. |
Inilah pemandangan sebahagian kecil bangunan Makkah Hotel Towers. |
Bergambar di pintu belakang hotel. Sumber : Makkah Towers Group 271222. |
Kami diberi sedikit masa untuk membersihkan diri dan qada' hajat di bilik masing-masing. Sebaik-baiknya, perut rasa selesa dan tidak meragam sewaktu melakukan tawaf dan sa'i. Kemudian kami sama-sama bergerak menuju ke Masjidil Haram sambil bertalbiah. Menjelang pukul 1 tengah malam, setelah berada di dataran Kaabah, jemaah lelaki mula beridtibaa' iaitu menampakkan bahu sebelah kanan.
Ya Rabb kami,
berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat,
dan peliharalah kami dari seksa neraka.
7 comments
Alhamdulillah hotel berdekatan masjidil haram senang nak bertawah n semua ibadah umrah
BalasPadamhebat hotelnya kak👍👍👍👍👍
BalasPadamhotel nampak selesa, siap boleh masak2 lagi ye kak amie. selamat menunaikan ibadah umrah, moga2 diberikan kesihatan yang baik sepanjang tempoh melaksanakan umrah.
BalasPadamCantik view hotelnya berhampiran lg dgn masjidil haram... pakej mahal kot ni kak
BalasPadamHotel selesa ni siap ada dapur lagi cuma tak perlu memasak lah ya. Makanan pun dah disediakan. Dining room 3 tingkat ke bawah je kalau nak turun guna tangga.
BalasPadamAlhamdulillah kak, dapat menunaikan ibadah umrah lagi, semoga Allah jemput saya dan suami juga tahun ini...Amin ya Mujib.
BalasPadamCantiknya hotel ni...nampak selesa dn besar betul biliknya...siap ada extra bed lagi...
BalasPadam