Makan Nasi Magadir di Thaif
10:59 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Beberapa kali juga Amie tanya Ustaz Ali Amin untuk kepastian nama Nasi Magadir.
Apabila Amie rujuk Pak Google, ada nama yang hampir sama iaitu mejadra, mjeddrah, mujaddara, mujadara, mujaddarah tetapi bahan yang digunakan berbeza dengan Nasi Magadir.
Jadi, kita sebut Nasi Magadir sahajalah. Nampaknya, banyak jugalah jenis-jenis nasi Arab yang baru dikenali ketika berada di Makkah. Selama ini, kalau disebut nasi Arab hanya terfikir nasi mandhi, nasi magluba dan nasi kabsah sahaja. Bagaimanapun, setiap hidangan nasi Arab, sudah tentu ada cili hijau dan ketulan bawang merah besar!
Nasi Magadir |
Setalam Nasi Magadir makan bertiga. |
Ketika ini sudah pukul dua petang. Masing-masing berasa lapar. Ditambah pula dengan suhu yang sangat dingin. Kami berada pada ketinggian 1,700 meter dari aras laut. Sekejap-sekejap kabus menyelubungi kawasan, dan sekejap-sekejap suasana menjadi terang.
Ketika musim sejuk sudah tentulah banyak daun-daun pokok berguguran. Yang kelihatan hanyalah ranting pokok bunga ros dan pohon-pohon delima yang kering. Kelihatan beberapa biji buah delima yang kering dan layu tertinggal di ranting.
Pohon delima yang kering. |
Jom kita pilih tempat makan di taman.
Restoran dalam taman. |
Teh Arab |
Dalam suhu dingin, memang tak cukup minum segelas kecil Teh Arab. |
Setiap seorang dapat sebekas kunafa yang sedap! |
Kami dihidangkan setalam Nasi Magadir khas untuk bertiga. |
Jom intai Nasi Magadir. |
Inilah Nasi Magadir! Memang sedap, dan terbayang kalau ada ikan goreng.... ahaks! |
Ada sos sambal. |
Bismillahirrahmanirrahim. |
17 comments
Uncle paling suka mint tea!
BalasPadamPaling best minum di musim sejuk!
Padamsedappnya
BalasPadamtaman Yg cantik jga
dgn cuaca sejuk menikmati teh panas memang sy terbayang suasana nyaman tu
Sayang juga sebab datangnya waktu musim sejuk, daun-daun hilang dari ranting.
Padamnampak simple tapi mesti rasanya sedap kan, tapi kalau orang jenis suka kuah mesti `seret` makan gini kak hheheheh. Kunafa tu nampak simple tapi mesti sedap kan
BalasPadamYa Dana, boleh buat seret juga tu.
PadamKunafa tu, ya Allah...makan sedikit, ingatkan nak bawa balik naik bas, rupanya tertinggal! Encik Suami pun tertinggal kunafanya!
Adumakkkk.. Kak Amie tayang nasi arab lagi. Mungkin sebutannya g tapi ejaannya huruf lain, tak.
BalasPadamMemang puas hatilah makan dan jumpa banyak jenis nasi arab di Tanah Arab ni SK.
PadamCantik tamannya..akak...ayama tu nampak sedap sanagt..terliur SA..nampak juicynya...
BalasPadamAgaknya kalau datang musim bunga atau musim panas, lagi cantik kan SA sebab bunga-bunga sedang berkembang, dan buah-buahan masak di tangkai.
PadamLawo tempat makannya. Sedulang makan berempat kalau ada sambal belacan ikan kering pergh menambah-nambah ni. eh kita plak yg ober
BalasPadamBetul tu Notie. Nasi Arab ni memang sedap, makan dengan ikan goreng lagi sedap. Apa lagi ada sambal belacan hahahahaa...
Padamterliur pula tengok nasi magadir...nak kena masak nasi arab juga la gayanya,saya lepas demam ni btambah pula selera makan pantang nampak gambar makanan terliur sungguh2
BalasPadamNampak sedap kan Afzan. Pertama kali ni dengar dan makan nasi magadir.
PadamOrang yang biasa makan nasi arab pasti boleh bezakan jenis nasinya.. kalau saya semua nasi arab sama hehe..
BalasPadamPortion 3 orang makan tu macam boleh 4-5 orang makan.
Alahaiii.. teringinnya Kunafa.
Macam di tempat kitalah juga kan Faizah. Banyak jenis nasinya macam nasi lemak, nasi kerabu, nasi kuning, nasi urap, nasi dagang dsb.Asanya nasi tapi dipelbagaikan resipinya.
PadamKunafa tu, saya pun teringat-ingat kunafa kami yang tertinggal di Thaif!
Masyaa Allah...tempat menarik..makanan sedap..teruja tengok
BalasPadam