Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini kali ketiga datang ke kedai mix soto tapi masih tutup seperti hari-hari sebelumnya. Kononnya hendak baca notis yang ditampal tetapi tidak ada pula. Mungkin sudah dicabut. Sudahnya kami singgah cari makan di kafe berhampiran iaitu di Twenty8. Di sini suasananya lebih santai dan berhawa dingin. Setiap makanan yang dipesan semuanya ada dan tidaklah menunggu lama untuk dihidangkan.
Encik Suami memesan Nasi Goreng Pucuk Ubi dengan Daging Salai. Amie hanya memesan makanan ringan sahaja iaitu nachos. Kali ini sama-sama memesan minuman sejuk. Mint Lemonade untuk Amie dan Peach Tea untuk Encik Suami.
| Encik Suami - Nasi Goreng Pucuk Ubi dengan Daging Salai. |
| Nasi Goreng Pucuk Ubi & Daging Salai - RM18.00 |
Nasinya dari beras kampung, dihidangkan bersama daging salai yang berasa asapnya dan dilengkapi dengan acar timun. Sos daging salai seakan-akan sos lada hitam.
Eh, sedaplah nasi goreng pucuk ubi!
Ada campuran telur dalam nasi goreng itu.
Ada campuran telur dalam nasi goreng itu.
Daging salainya banyak! Walaupun sudah habis Encik Suami makan nasi goreng, tetapi masih lagi berbaki daging salainya. Perlahan-lahanlah kita bantu Encik Suami makan, sambil Encik Suami sendiri berusaha menghabiskannya.
| Nasi Goreng Pucuk Ubi dengan Daging Salai. |
| Mint Lemonade & Peach Tea |
| Amie - Nachos RM20.00 |
| Bismillah |
Amie lebih berminat meratah makanan ringan, kepingan tortilla atau kerepek kentang yang dihidang bersama hirisan dadu tomato, bawang, timun serta keju cair.
| Nachos |
| Mangga Manila |
Sampai rumah, singgah ziarah bawah pokok mangga udang dulu sebelum buka pintu. Kutip dua biji mangga manila. Alhamdulillah.