Telaga Gharas (Ghras) : Mata Air Syurga yang Digunakan Untuk Memandikan Jenazah Rasulullah SAW
3:08 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tarikh: 31 Disember 2022
Hari: Sabtu
Hari: Sabtu
Kami masih lagi mengikuti aktiviti ziarah di sekitar Madinah. Lawatan diteruskan ke selatan Madinah, tempat terletaknya Telaga Gharas atau Ghars Well. Dalam satu hadis yang diriwayatkan olej Ibnu Majah, disebutkan bahawa baginda Rasulullah SAW berpesan kepada sahabat yang merupakan menantu baginda iaitu Alin Bin Abu Thalib supaya memandikan jenazah baginda dengan menggunakan air dari Telaga Gharas.
Disebutkan oleh Ibn Katsir di dalam kitab al-Sirah an-Nabawiyyah, satu riwayat dari al-Waqidi yang bersumber dari Amr b. Abd al-Hakm, bahwa Rasulullah Saw pernah bersabda: Sebaik-baiknya telaga ialah Telaga Gharas. Ia merupakan salah satu mata air surga dan airnya tergolong paling baik. Semasa hidupnya Rasulullah sering menggunakan air telaga ini untuk keperluan menyucikan diri dan untuk diminum. Beliau juga berdoa untuk keberkahan air Telaga Gharas ini.
Sumber: Sumur Ghras
Maklumat mengenai Telaga Gharas (Ghras Well) |
Sumber sejarah meriwayatkan bahawa Malik bin Al-Nahhat menggali Ghras Wel, iaitu datuk kepada Sa'ad bin Khaythamah bin Al-Harith, yang kemudiannya memiliki perigi ketika dia menjadi tuan rumah kepada Nabi Muhammad semasa hijrah baginda dari Mekah ke Madinah.
Nabi Muhammas SAW dikatakan telah minum air dan berwuduk dari perigi tersebut. Baginda bermimpi bahawa mata air di Periigi Gharas merupakan mata air dari syurga. Baginda berpesan kepada Ali bin Abi Talib untuk memandikan tubuhnya selepas wafat, dengan tujuh gayung air dari Perigi Gharas. Baginda mengaitkan perigi tersebut kepada dirinya sendiri, merujuknya sebagai 'telaga saya'.
Perigi Gharas dipagar kukuh dan pengunjung hanya dapat melihatnya dari celah-celah pagar.
Sempat jugalah tangkap gambar keadaan Telaga Gharas.
Telaganya sangat dalam, dikelilingi batu-batu keras dan pejal.
Kenalah bersabar dan beratur ntuk mendapatkan air mata syurga ini.
Akhirnya, Encik Suami dapat mengambil sebotol kecil. Dan kemudian beratur lagi untuk mengambil sebotol kecil lagi, untuk kami minum.
Menurut mutawif, jika mahu bolehlah bawa sebotol bawa pulang ke tanah air. Katanya, boleh dicampur dengan air biasa untuk memandikan jenazah.
Tiga kali Rasulullah SAW dimandikan dengan menggunakan daun bidara yang mana airnya berasal dari telaga yang disebut al-Gharas milik Sa'ad bin Khaitsamah di Quba'. Semasa hidupnya Rasulullah SAW minum air dari telaga ini. (Thabaqat Ibnu Sa'ad)
6 comments
jernih betul airnya kak... rasanya pula mcm mn?
BalasPadambestnya dpt pergi tempat bersejarah mcm ni
BalasPadamNampak jernih airnya, dah ditapis agaknya ya untuk minum.
BalasPadamBaru hendak tanya dapat minum ke tidak.
BalasPadamMasyaa Allah....
BalasPadamsumber air dari syurga..
Semoga Allah menyampaikan sya juga ke sana
Rasanya macam mana kak?
BalasPadam