Hari ini lauk antara pedas dan tak pedas weh! Ikan Bolu @ Milkfish Rebus Kunyit tapi bubuh juga cili padi. Boleh picit-picit untuk rasa kepedasannya, maklumlah kalau diketuk atau ditumbuk lebur dalam periuk, rasa pedaslah kuahnya. Nanti ada yang tak mahu makan pulak! Lepas tu tumis peria pulak. Tumbuk kasar beberapa biji cili padi dengan udang kering ... ada rasa pedas jugalah walaupun...
Hari ini, 30 September 2013, Abang Farid genap 18 tahun. Walaupun Abang Farid jauh di Labuan, tapi Mummy tetap buatkan sebiji Kek Coklat Keju kegemaran Abang. Hiasan kek ini ringkas, dan kurang kemas (maklumlah Mummy masih proses belajar mendeko), namun Mummy sangat berpuas hati kerana dapat menghasilkannya sempena hari ulang tahun abang pada tahun ini. Adik Fairuz yang cadangkan Mummy susun buah peach...
Hidangan Tengah Hari / Malam
Lauk-pauk kampung tetap menyelerakan! Ikan Mata Sebelah Goreng, Sayur Bening & Sambal Mangga.
Mudah, ringkas, cepat penyediaannya dan sudah semestinya enak serta berkhasiat. Siapa boleh nafikan keenakan dan kelazatan lauk-pauk kampung yang pernah kita nikmati hasil air tangan Bonda kita? Barangkali ada sedikit perubahan dari segi bahan dan penyediaannya, namun kenangan di kampung lama tetap datang menggamit selera! Bonda selalu pesan, makan sayur hijau, hirup kuah sayur yang hangat-hangat panas. Segar! Itu kata Bonda. Masa kecil...
Baru dua atau tiga hari lepas Amie paparkan resepi AYAM MADRAS, hari ini buat tayangan lagi! Tak payah panjang-panjang bebelannya di hujung minggu ini, terus saja kepada isi pokoknya... SEDAAAAPPP! Makanlah Ayam Madras dengan apa pun, dengan nasi pun sedap, apalagi kalau buat cicah roti! Kali ini Amie cuba gandingkan dengan nasi himpit pulak! Resepinya ada DI SINI, tapi kalau tak ada masa nak...
Seringkali juga Encik Suami pulang membawa mee goreng berlauk kaki ayam! Dan anak-anak pun, kalau boleh nak berebut makan kaki ayam sampai ke tulangnya sekali yang ternyata begitu lembut dan lerai dari tulangnya! Apa istimewanya kaki ayam itu sehingga Amie pernah terdengar ada yang mengatakan lebih sedap dari daging ayam! Pernah beberapa kali Encik Suami meminta Amie masak kaki ayam seperti yang biasa...
Dua hari lepas.... Biasanya Encik Suami akan membawa Fairuz untuk mengambil Firdaus di kampung, tapi hari itu disebabkan ada sedikit urusan yang hendak diselesaikan terpaksalah ambil Firdaus sebelah petang. Mungkin rasa agak sunyi, Fairuz meminta supaya segera ke kampung untuk membawa pulang Firdaus. Amie pujuk Fairuz dengan mengatakan, sebentar lagi kita sama-sama ambil adik bila Encik Suami sudah selesaikan urusannya. Tiba-tiba Fairuz datang...
Hidangan Tengah Hari / Malam
Lauk Pauk Kampung : Ikan Kaci Goreng, Sayur Lemak Labu Manis & Sambal Belacan
Bertemu lagi di pagi Jumaat nan bening... Jumaat bening pulak dah! Apa maksud bening tu... hening, jernih! He he hehe... tiba-tiba teringat pulak sayur bening... sayur masak bening, bertemankan ikan masin goreng & sambal belacan! Perrrrggghhhh.... lauk pauk kampung begini buatkan daku ingin terus melompat kayuh perahu layar menyeberang Laut China Selatan terus mendarat di Pelabuhan Kelang (entah berapa bulan baru nak sampai......
Ayam masak kari memang sentiasa membuka selera disebabkan aromanya yang menggoda! Kali ini Amie ingin kongsi resepi Ayam Madras yang Amie angkut dari rumah Puan Doktor INAHAR'S COOKING TIME yang dipanjangkan dari dapur DAYANG JACK. RESEPI : AYAM MADRAS SUMBER : DAYANG JACK & INAHAR'S COOKING TIME 8 ketul ayam 100 g ubi kentang (dipotong wedges) 10 g bawang putih (dihiris halus) 20 g bawang merah (dihiris halus) 15...
Alololoooo... sampai bengkak mata sayang! ...
Nak kongsi Easy Tiramisu Cake yang sedap tapi mudah cara penyediaannya! Apa pun terpulanglah pada anda untuk pilih resepi Kek Tiramisu yang disukai, dan yang Amie paparkan ini sebenarnya sesuai untuk yang baru berkenalan dengan dunia 'tiramisu' yang dikatakan berasal dari Treviso, Itali yang bermaksud 'pick me up' ha hahaha.. apa maksudnya tu? Lahaplah aku.....! Apa pun jika anda tidak mahu menggunakan bahan...
Ramai rakan FB terutamanya adik-adik (mungkin baru berjinak-jinak dengan tepung & the gang) bertanya kepada Amie : Macamana nak buat kek? Ajarlah saya buat kek. Saya nak belajar buat kek dengan Kak Amie. Oh! Amie rasa sampai pagi pun tak akan selesai kalau asyik berbalas mesej dengan mereka. Bila Amie tanya, nak buat kek apa? Mereka pun tak tahu apa jenis kek yang...