Bismillahirrahmanirrahim.
Kami hanya sempat jalan-jalan di mall pada petang terakhir, sebelum esoknya meninggalkan Makkah. Amie ingin membeli nougat honey rose yang belum ditemui sepanjang lawatan di sekitar Makkah selama lima hari. Ada seseorang pesan kalau jumpa, belikan sedikit untuknya. Berpusing-pusing kami mencari, dan setelah kami keluar mall, seorang rakan jemaah memberitahu nougat candy ada dijual ditempat kami cari tadi. Tentu ada nougat honey rose juga. Katanya di sebelah pintu masuk bersebelahan dengan kaunter. Cepat-cepatlah Amie dengan Encik Suami berlari semula ke tempat tersebut dan ketika sampai, kami tunjuk nougat candy, tetapi pekerja di situ memberitahu : Solat! Solat! Rupanya sudah hampir waktu asar. Kedai mesti ditutup dan dibuka semula selepas solat. Kami pun akur, dan terus menuju ke masjid.
Sekembalinya kami dari masjid tidak dapatlah kami ke kedai itu semula kerana kami mengikuti aktiviti ke Gua Hira. Kami harap, setelah selesai aktiviti ke Gua Hira dan makan nasi unta, sempatlah masuk semula ke mall, dan beli nougat candy. Alhamdulillah. Mall tutup pukul 12 malam.
Arabic Nougat Honey Rose tidaklah dijual sejenis, tetapi dicampur dengan pelbagai jenis manisan yang lain. Oleh kerana Amie minta lebihkan jumlahnya, jadi banyaklah dapat Arabic Nougat Honey Rose berbanding manisan yang lain. Di dalamnya ada kepingan kacang pistachio dan bahagian luarnya dibalut dengan kelopak bunga ros.
Arabic Nougat Honey Rose |
Arabic Nougat Honey Rose bercampur dengan pelbagai jenis manisan lain. |
Arabic NOUGAT Candu : 89.95SAR sekilogram |
Harga kekacang di sini lebih mahal berbanding kekacang yang dibeli di luar, seperti gerai-gerai yang ditemui semasa lawatan.
Kacang Brazil : 110SAR sekilogram. |
Kami sempat meronda kawasan teh. Ada macam-macam jenis sampai tak tahu nak pilih mana satu. Tapi belilah juga sekotak.
Ketika ini sudah hampir pukul 11 malam. Kami segera keluar dari mall dan pulang ke hotel. Ketika hendak masuk ke lobi hotel, terpandang pula McDonald! Nak juga rasa McDonald di Tanah Arab!
Inilah rupa Big Mac di Makkah dengan harga 29SAR termasuk cukai dan bersamaan RM37.41 sen. |
Apa pun, puas hati dan gembira dapat bawa pulang Arabic Nougat Honey Rose! |
Entri berkaitan Umrah 2023:
- KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
- DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
- SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
- JUS BUAH YANG DIRINDUI!
- MENUNGGU DAN DITUNGGU
- BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
- AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
- MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
- KEBUN KURMA ABU FAISAL
- JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
- MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
- LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
- ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
- DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
- MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
- HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
- MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
- MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
- BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
- MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
- KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
- MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
- MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
- GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
- TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
- TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
- TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
- BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
- CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
- RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
- BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
- BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
- WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
- CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
- NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
- MADINAH DIBASAHI HUJAN
- DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
- SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
- IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
- MIQAT IHRAM : BIR ALI
- MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
- MAKKAH HOTEL & TOWERS
- TAWAF & SA'I
- MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
- GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
- UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
- IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
- KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
- JABAL TSUR
- JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
- MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
- LAMB MADINI
- BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
- MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
- SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
- PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
- MENCARI MADU DI THAIF
- BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
- MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
- LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
- MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
- MASJID QARNUL MANAZIL
- SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
- HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
- NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
- MENDAKI KE GUA HIRA
- MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
- IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
- MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
- HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
- KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
- KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
- DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT
Nanti nak tengok la kat kedai arab sini, ada tak jual Nougat Honey Rose tu, cantik dan tentu sedap.
BalasPadamSedap tu tak tahulah juga, sebab rasanya manis dan makan sekali kelopak bunga ros. Saya makan sikit jew, potong kecik tapi yang suka makan manis memang habislah makan sebungkus.
PadamNampak sedap ice cream
BalasPadamYa, memang sedap.
PadamCantik pulak tengok nougat honey rose tu, kalerful.
BalasPadamCantik kan. Unik betul dibalut kelopak bunga ros. Wangi.
PadamMenarik nougat honey rose. Macam-macam jenis manisan ada di sana rupanya ya.
BalasPadamTak jumpa yang jual satu-satu jenis. Semuanya bercampur.
Padammbul suka betul dengan nougat, biar agak lengket tapi manis nya enak. apalagi kalau banyak varian rasa begini. Ais krim tampak menyegarkan yummy!! ^^
BalasPadamPeminat nougat tentu akan teruja melihat keunikannya.
Padamrs mcm lg mahal big mac kat sana. sini dlm rm20++ kan? haha sy agak je. sbb lama dah x mkn mekdi ni...
BalasPadamooo k amie suka yg nougat yg ni ya? mmg sedap. dah mkn boleh jd ralit😀
Memang lebih mahal Anies. Harga 29SAR, tapi bila kita hulur 30SAR dia tak pulangkan bakinya pula. Katanya: Khalas!
Padamrambang mata nengok segala kacangan dan nougat tu kak, mesti sedap kan rasanya...
BalasPadamMemang rambang mata dibuatnya. Hari-hari tengok kacang di sana-sini sampai tak tahu nak beli mana satu, akhirnya di saat akhir baru kelam kabut nak beli! Baru teringat esoknya selepas tawaf wida dah tak boleh beli lagi!
Padamtak pernah nampak plak nougat honey rose tu kat area KL ni...kena tanya la kot kan...nampak menarik dah tu
BalasPadamcantik nouget mcm2 color ada.. RM37.41 utk mc d boleh tahan mahal juga tu
BalasPadamRajin Puan Amie teroka tempat makan.
BalasPadamHehe kalau saya harap makanan yang tempat penginapan sediakan.
Kalau saya pasti tak sudah audah mengunyah kekacang kerana saya sangat suka kekacang.Nougat rose ni macam teringin nak cuba cantik sangat.selalu makan nougat pistacio saja.
BalasPadamGegula warna-warni tu nostalgianya😍