Bismillahirrahmanirrahim.
Rasa bosanlah pula menyiapkan kerja menoreh apabila sudah larut malam. Eloklah berehat seketika dan dan tulis entri. Kali ini Amie hendak cerita tentang ikan pula, tetapi bukan ikan segar dari laut. Mari kita berkenalan dengan tiga jenis ikan yang Amie temui di Tamu Kota Belud yang tidak biasa kita lihat atau makan. Ketiga-tiganya ialah:
Rasa bosanlah pula menyiapkan kerja menoreh apabila sudah larut malam. Eloklah berehat seketika dan dan tulis entri. Kali ini Amie hendak cerita tentang ikan pula, tetapi bukan ikan segar dari laut. Mari kita berkenalan dengan tiga jenis ikan yang Amie temui di Tamu Kota Belud yang tidak biasa kita lihat atau makan. Ketiga-tiganya ialah:
- Ikan Pangi
- Ikan Liking
- Ikan Salai
Pelbagai jenis ikan kering @ masin yang cantik-cantik! |
Ikan Pangi |
Mula-mula kita singgah di gerai ikan pangi. Ada di antara rakan-rakan yang belum kenal ikan pangi. Untuk lebih lanjut boleh masuk dapur kerana ceritanya ada di sini:IKAN PANGI & SAYUR LAMPAGAK
Ikan Pangi. |
Pangi ialah buah keluak. Mama Cella panggil buah kepayang. Memang benar, pangi ialah buah kepayang. Orang Borneo panggil buah keluak atau buah kepayang ini dengan panggilan pangi. Kalau dalam masakan peranakan atau nyonya dan baba, biasa kita dengar ayam masak keluak. Di Sabah, buah pangi @ keluak @ kepayang digunakan untuk mengawet ikan dan kalau ke Tamu Kota Belud, memang kita akan jumpa ikan pangi! Amie melihat ada pelbagai jenis ikan yang digunakan tetapi kebanyakannya ikan air tawar seperti ikan talapia, ikan karok (puyu) dan lain-lain. Amie beli dua jenis ikan iaitu ikan air tawar, talapia dan ikan air masin iaitu ikan belanak. Di sini, ikan belanak disebut ikan kembura.
Ikan Pangi Kembura (Belanak) dan di sebelahnya Ikan Pangi Talapia. Di bawah ini Ikan Pangi Kembura (Belanak) yang sudah siap digoreng. |
Kemudian dia lihat pula ikan liking. Rugi kalau sudah sampai Tamu Kota Belud tapi tak beli ikan liking!
Ceritanya di sini: IKAN LIKING GORENG YANG SANGAT SEDAP! dan di sini: NASI GORENG BERAS BARIO PERENCAH IKAN LIKING
Ikan liking yang berkualiti dihasilkan dari ikan talang yang segar yang belum terkena ais. Ikan liking ini lebih kurang seperti ikan masin juga. Proses pembuatan ikan liking bermula dengan membersihkan ikan talang, dan diperam atau dijeruk dengan garam. Kemudian dijemur hingga kering di bawah cahaya matahari yang terik. Ada dua jenis ikan liking iaitu ikan liking biasa (garam) dan ikan liking pedas (lada / cili).
Ketika Amie beli ikan liking di Tamu Kota Belud, peniaga ikan tersebut meminta Amie membuat pilihan samada hendak beli ikan liking biasa atau ikan liking pedas.
Ketika Amie beli ikan liking di Tamu Kota Belud, peniaga ikan tersebut meminta Amie membuat pilihan samada hendak beli ikan liking biasa atau ikan liking pedas.
Memang mengancam selera betul ikan liking ini. Goreng saja pun sedap. Aromanya memang menggamit keinginan untuk segera menyantapnya! Selain digoreng, boleh dipelbagaikan cara masakannya.
Yang terakhir ialah ikan salai. Walaupun kami beli ikan salai, tetapi belum berkesempatan untuk mengolahnya. Jadi, tak dapatlah hendak ceritakan macamana rasa ikan salai ini.
Ikan Salai |
Untuk lanjut boleh masuk dapur di sini: IKAN SALAI DI PASAR MALAM KOTA BELUD
Ikan Salai |
Ikan salai dalam gambar atas dan bawah ini Amie jumpa di Pasar Malam Kota Belud. Pada mulanya teruja ingin tahu kenapa ikan dipanggang tegak-tegak. Rupanya bukan ikan panggang atau ikan bakar. Ikan dicucuk dengan buluh, digaram kunyitkan. Kena pusing-pusingkan ikan untuk masak sekata. Itulah dia ikan salai.
Assalamualaikum!