Resepi Amie's Little Kitchen di majalah SAJI Edisi Januari 2017

by - 10:31 PTG

Esok 31 Disember 2016. 365 telah berlalu. Moga tahun baharu 2017 lebih bererti berbanding tahun 2016. Sudah semestinya semua kembali sibuk dengan urusan masing-masing! Di kesempatan keemasan ini Amie ingin kongsikan paparan resepi kuih tradisional yang tersiar dalam Majalah SAJI Edisi Januari 2017.



 Dapatkan senaskah sebelum kehabisan di pasaran ye!
Ini antara kuih tradisional yang hampir dilupakan, dan jarang dijumpai!
Semuanya disertai dengan gambar langkah demi langkah!

 Kuih Lemper... kuih tradisi masyarakat Jawa yang kian pupus!

 Kuih Keria resepi dulu-dulu. Sekarang sudah fenomena keria gula Melaka atau keria antarabangsa!

Ini Kuih Pasung. Di tempat lain ada yang panggil Kuih Tepung Pasung. Kuih Pasung ini versi Melayu Cocos. Ada sagu biji di dalam adunannya. Ia merupakan sejenis kuih yang sangat popular dan wajib ada pada malam 27 Ramadhan atau malam tujuh likur. Setiap rumah akan menyediakannya dan akan bertukar-tukar kuih tersebut di masjid selepas solat terawih. Simboliknya menunjukkanya bulan yang besar mengambang menjadi semakin kecil.

Ini Cucur Badak. Kuih yang penuh kontroversi kerana tak ada rupa badaknya! Ada yang letak seekor udang bertenggek di luar cucur. Ada yang gunakan pisang masak sebagai pembalut inti. Pendek kata macam-macam versi ada.

 Ini Bingka Keladi. Biasa tengok dan biasa makan kan?

Ini Brengkes Labu atau Pais Labu. Juga kuih tradisi masyarakat Melayu Cocos. Wajib ada semasa kenduri-kendara terutama semasa musim arwahan.

You May Also Like

17 ulasan

  1. Salam Amie...Tahniah. Resepi menarik tu

    BalasPadam
  2. Wah Mie nk kena dapatkan jugak ni
    Banyak yg menarik tu
    Tahniah dari kaknoor

    BalasPadam
  3. Selamat tahun baru amie,terima kasih atas perkongsian resepi2 yg menarik.blog ini byk membantu saya.

    BalasPadam
  4. Happy New Year, Amie! Congrats, resipi Amie jadi pilihan majalah Saji :)

    BalasPadam
  5. Faudziyah,
    Terima kasih... ini jew yang mampu dikongsi.

    Kak Noor,
    terima kasih kak. Resepilelama kak.

    BalasPadam
  6. Iiv,
    selamat tahun baru juga. Terima kasih kembali sudi datang sini.

    Lina,
    Tq Lina.

    BalasPadam
  7. Cikkyra,
    terima kasih :)

    PH,
    Tq darling :)

    BalasPadam
  8. Tahniah Amie... makin glamour lah dia... hehe

    BalasPadam
  9. Gee ang Hazila,
    terima kasih banyak!

    BalasPadam
  10. Kenapa tiga lagi blog amie tu dibiarkan terbengkalai.

    Thank you for sharing this masakan.

    BalasPadam
  11. Adam,
    memang selalu teringat nak update blog yang lain tu, tapi entah kenapa asyik nak masuk dapur jew... Kena buat jadual ni supaya semuanya sentiasa kemaskini.

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum kak.saya student uitm sedang buat kajian tentang kuih sopang.Nak mintak izin dekat akak boleh tak saya ambil gambar majalah saji yang akak post dlam ni.��

    BalasPadam
  13. Aireen,
    waalaikumussalam, boleh, silakan.

    BalasPadam