Bismillahirrahmanirrahim.
Kalau jalan-jalan sudah tentu hendak beri makan HP selalu. Ada sahaja benda yang hendak dirakam. Kali ini Amie paparkan hasil tangkapan sewaktu kunjung ziarah di rumah adik ipar di kampung. Sempat petik rambutan di halaman rumah walaupun belum berapa ranum.
| Buah Rambutan |
| Buah rambutan atas pokok, belum masak. |
| Buah Kedondong |
Sedap sangat kalau buah kedondong dibuat jus. Bubuh asam boi dan kiub ais. Slurrrppp.... slurrrpppp! Bergelas-gelas melintasi tekak.
| Buah Jambu Batu |
Teringat zaman kanak-kanak dahulu, tak bolehlah nampak buah jambu atas pokok. Mesti hendak petik walaupun masih muda. Kalau ada jambu batu yang masak atas pokok, itu dikira satu keajaiban!
| Buah Mahkota Dewa |
| Putik Mahkota Dewa |
| Bunga Mahkota Dewa |
| Pokok Misai Kucing |
| Pokok Bunga Raya |
Setelah ambil gambar buah dan pokok bunga di kampung, teringat pula di halaman rumah sendiri pun ada juga pokok bunga, terutamanya pokok bunga telang di sudut Taman Firdaus.
| Pokok bunga telang yang melilit di batang pokok epal bidara. |
| Pokok Ketumbar Jawa |
Jom tengok pokok ketumbar jawa yang Encik Suami tanam dalam pasu. Nampaknya pokok ketumbar jawa sedang mengeluarkan bunga! Biji benih dari bunga ketumbar jawa ini apabila sudah tua bolehlah disemai.
| Bunga ketumbar jawa. |