- Sipitang
- Kuala Penyu
- Beaufort
- Papar
- Faizahanum Mohd Shohari dari wife to @ jalan rebung : Sipitang & Beaufort
- Azhafizah dari blog sihatimerahjambu : Kuala Penyu, Beaufort & Papar
- Syuhadah Salleh dari Travelog Syuhada Salleh : Kuala Penyu & Beaufort
- Puan Hazel dari Hari-hari yang kulalui : Papar
- Unknown (sila lapor diri melalui emel yang diberi) : Beaufort & Kuala Penyu (yang lain terlebih 3 jawapan)
Sebelum itu Amie mohon para pemenang hantar details masing-masing seperti nama penuh, alamat dan nombor telefon. Hantar maklumat anda ke e-mel salamiez@gmail.com
Sekembalinya dari jalan-jalan selama 10 hari, jiran sebelah rumah hulurkan bungkusan. Amie sudah pesan dengan penghantar bungkusan (runner) supaya serahkan kiriman kepada jiran sepanjang ketiadaan kami. Alhamdulillah. Kiriman dari BLOGGER PARIDAH ISHAK telah sampai dengan selamatnya. Rasa terharu sangat sebab ini merupakan kiriman kali kedua (kiriman pertama hilang tanpa berita). Terima kasih yang tidak terhingga atas usaha gigih dan keikhlasan Kak PI memastikan kiriman kali kedua ini sampai ke tangan Amie.
Kak PI kirimkan enam buah buku pelbagai kategori, tiga buah untuk Amie dan tiga buah lagi untuk Firdaus. Firdaus suka sangat dapat kiriman buku-buku tersebut dan sebaik bungkusan buku dibuka, Firdaus terus baca.
Merawat Gundah Bangsa : Warkah Buatmu Malaysiaku Editor Perunding : Mohamed Nasser Mohamed Penyelenggara: Lim Swee Tin, Ishak Hamzah & Rozan Azen Mat Rasip |
Kak PI turut menyelitkan sebuah antologi cerpen Topi Jelita hasil karya penulis wanita yang menyerlahkan sudut pandangan wanita terhadap dunia kehidupan. Amie sudah belek-belek dan sempat baca cerpen bertajuk Penjaram Pandan, tulisan Noor Aisyah Maidin dan karya Kak PI berjudul Nasi Pengantin di Pinggan Retak. Ada 23 judul cerpen dalam antologi ini, dan Amie harap dapat membaca kesemuanya dalam masa terdekat sebab nampak macam sangat menarik!
Legasi Abah : Lelaki Adiwira Pertama |
Sebuah lagi antologi Legasi Abah : Lelaki Adiwira Pertama. Ada 35 karya siswa siswi Universiti Inspirasi Kisah Hidup yang terbit di bawah editor pengurusan Sri Diah Shaharuddin dan Zakiah Abd. Ghafar. Ada karya Kak PI : Hijrah & Kasih Sejati. In syaa Allah Amie akan membaca penuh penghayatan keseluruhan kisah hidup ini kerana buku ini sangat istimewa bagi Amie.
Antologi Cerita Teladan, Puisi & Cerpen Kanak-Kanak : Objek Di Sungai Kijang Antologi Puisi Kanak-Kanak : Mari Berkasih Sayang Antologi Puisi Kanak-Kanak : Demi Cita-Cita Murni |
Antologi Puisi Kanak-Kanak : Demi Cita-Cita Murni |
Objek di Sungai Kijang |
Antologi Puisi Kanak-Kanak : Mari Berkasih Sayang |
Salah sebuah karya puisi Melayu tradisional : Pantun Pesanan Untuk Adik hasil tulisan Kak PI. |
Buat Kak PI nun di sana, sekali lagi Amie ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana mengirim buku-buku untuk kami. Bertambahlah bahan bacaan kami, dan dengan itu bertambah lipatganda hendaknya rezeki buat Kak PI terutamanya rezeki kesihatan, ilham yang sentiasa mengalir untuk berkarya dan rezeki kasih sayang yang berpanjangan dalam kehidupan Kak PI sekeluarga. Amie doakan semoga Kak PI terus konsisten menghasilkan karya kreatif yang berkualiti dan sentiasa berkongsi pengalaman serta perkembangan terkini di dalam blog beliau di sini : PARIDAH ISHAK
Sesungguhnya banyak daerah di negeri Sabah yang sudah kita jelajahi tetapi ada juga yang belum pernah dijejaki.
Minggu terakhir sesi persekolahan 2021, dapat khabar dua orang rakan kami dapat berpindah ke Malaya. Dalam kalut-kalut menyiapkan pelbagai tugasan, akhirnya pengerusi kelab guru putuskan untuk mengadakan annual dinner kecil-kecil ala-ala kampung pada hari Jumaat malam Sabtu untuk meraikan mereka. Kami dikehendaki membawa hadiah berupa barangan dapur dengan harga minima RM20. Untuk merealisasikan tema ala-ala kampung, kami juga dikehendaki memakai pakaian orang kampung.
Kita terjumpa baju opah pemberian arwah MIL. Walaupun besar gedoboh sekurang-kurangnya masih boleh disarungkan ke badan.
Perempuan Melayu Terakhir. Perempuan Jawa Terakhir. Perempuan Bugis Terakhir. |
Segama ATV Park mengadakan promosi 50% harga mulai 27 November sehingga 26 Disember 2021. Kawan-kawan baik kita ajak ikut serta sementara harga promosi masih dibuka. Kita kata, banyak kerja belum siap. Laporan itu dan laporan ini perlu dihantar. Kawan-kawan kita kata kalau difikirkan kerja sampai bersara pun tak akan siap!
Jadi kami pun sepakat untuk beraktiviti pada sebelah petang. Oleh kerana agak tergesa-gesa kita pun tak sempat hendak terangkan dengan Encik Suami. Kita kata ikut aktiviti bersama kawan-kawan di Segama, dan balik lewat petang. Kami bersiap dari sekolah. Selepas solat dan tukar pakaian kita pun bergerak menuju ke kereta. Terserempak dengan pengetua. Aloloooo.... pengetua tegur sebab kita pakai baju lain.
"Salami hendak ke mana?"
"Nak pergi tombak kelapa sawit....!" Kita jawab sambil ketawa. Maklumlah aktiviti itu nanti dalam ladang kelapa sawit. Nak sebut berATV macam lain pula rasanya, jadi tersasul jawab tombak kelapa sawit kihkihkihhhh!
Pusat ATV ini terletak di Jalan Patitung, Kampung Segama Batu 8 Lahad Datu. Dekat sangatlah dengan kampung Encik Suami. Dalam hati asyik berdoa, janganlah sesiapa di antara adik atau abang ipar nampak kita letak kereta di simpang masuk menuju ke Jalan Patitung! Sudah tentu mereka tertanya-tanya ke mana kita pergi, dan paling parah kalau ada yang telefon tanya Encik Suami!
Kenangan di Gulmarg. |
Beberapa hari lepas , sewaktu buka freezer untuk keluarkan daging ayam tiba-tiba terbau aroma pandan. Rupanya Encik Suami masukkan sebungkus besar kuih kocong frozen. Katanya, anak buah beli dari Kota Kinabalu. Kalau nak makan, hanya perlu kukus sahaja. Oleh kerana jumlahnya agak banyak untuk sekali makan, jadi Amie bahagi dua. Separuh Amie kukus untuk sarapan pagi dan separuh lagi keesokan harinya Amie kukus untuk minum petang.
Istimewanya kuih kocong ini dibungkus dengan daun pandan. Biasanya kalau kami beli, kuih kocong dibungkus dengan daun buluh dan saiznya agak besar. Kuih kocong daun pandan ini pula lebih kecil dan sangat comel pula ditambah dengan harum wangi daun pandan!
Kuih kocong daun pandan yang dikeluarkan dari freezer. Tak perlu nyahbeku sebelum dikukus. Terus sahaja masukkan dalam periuk pengukus. Amie kukus selama 20 minit.
Kuih kocong daun pandan selepas dikukus.
Cerita minggu lepas, hari Jumaat malam Sabtu bersamaan 3 Disember 2021.
Acara : Makan malam sempena persaraan kakak ipar.
Tempat : Lahad Datu Ocean Seafood Restaurat.
Masa: 7:00 - 8:30 malam.
Kakak ipar kita bersara wajib pada Oktober 2020. Hasrat hatinya ingin belanja adik-beradik dan ipar-ipar makan malam, tetapi tarikh dan tempat makan asyik tertangguh disebabkan PKP. Cadangan tempat luar dari Lahad Datu seperti Tawau, Sandakan atau Kota Kinabalu. Akhirnya setahun telah berlalu dan diputuskan makan malam di dalam daerah sahaja.
Kakak ipar pilih Lahad Datu Ocean Seafood Restaurat yang terletak di atas laut tetapi bersambung dengan tepi pantai. Walaupun hanya untuk adik-beradik dan pasangan masing-masing tetapi cucu-cucunya pun ada yang ikut juga.
Semua menu adalah pilihan kakak ipar dan ditempah lebih awal sebelum kami tiba. |
Kakak ipar pakai tudung kuning, diapit oleh Encik Suami dan abang ipar kita. |
Kerapu Kukus Nyonya Style |
Udang Kukus Halia |
Sayur Brokoli & Cendawan Sos Tiram |
Ikan Kerapu Kukus |
Kepah |
Sotong Salut Tepung |
Peria Goreng Telur Masin |