Bustanul Mustazil (Kebun Mustazil)
11:39 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Pada tarikh 12 Rabiul Awal Tahun 1 Hijrah, bersamaan hari Isnin tibalah Rasulullah bersama para sahabatnya di Quba' dari perjalanan jauh Makkah ke Madinah. Baginda menerima pelawaan daripada Saidina Kultsum bin Hadm untuk menginap di rumahnya yang terletak di kebun kurma. Kebun kurma tersebut kini dikenali dengan nama Bustanul Mustazil (Kebun Mustazil). Di sinilah terdapatnya Telaga Iziq yang paa mulanya kotor dan payau tetapi setelah diludahi Rasulullah SAW, airnya menjadi bersih dan mengalirkan air jernih sehingga ke hari ini.
Mari kita bersiar-siar di Bustanul Mustazil yang terletak di seberang jalan dari Masjid Quba'.
Beginilah suasana Bustanil Mustazil, tempat beristirahat yang dibangunkan di ladang kurma. Memang rasa sangat nyaman berada di kawasan ini, dan jangan sampai tertidur pula.... ahaks! Nanti waktu kita sedang bermimpi, bas sudah jauh meninggalkan kita di bawah pokok kurma.
Peta kawasan Bustanul Mustazil.
Boleh berwudhu' di Telaga Iziq, dan solat sunat di atas permaidani yang terbentang di bawah pokok kurma. Dikatakan bahawa di sinilah Rasulullah SAW menunaikan solat.
Tempat solat berbumbungkan pelepah kurma.
Tapak asal Telaga Iziq dan rumah Saidina Kultsum bin Hadm. |
Mari kita bayangkan suasana kedatangan Rasulullah SAW di Quba' lebih 1400 tahun lalu. Baginda menginap selama empat malam di rumah Saidina Kultsum bin Hadm, dan tinggalan rumahnya masih wujud bersebelahan dengan Telaga Iziq. Di seberang jalan pula, Masjid Quba' iaitu masjid pertama dibina di Madinah menjadi mercu tanda perjuangan Rasulullah bersama para sahabat dalam menegakkan syiar Islam.
Air jernih dari Telaga Iziq mengalir ke dalam saliran yang dibina di kebun kurma.
Sebelum masuk ke Bustanul Mustazil memang tidak dapat bayangkan bagaimanakah keadaan tempat berehat di bawah pokok kurma! Rupanya tempatnya lapang tanpa rumput, dan bersih tanpa sebarang sampah seperti pelepah kurma.
Di hujung taman kelihatan sekumpulan pengunjung sedang menikmati makan tengah hari. Ada asap dari tempat pembakar, mungkin sedang berBBQ.
Banyak kerusi dan meja terletak di hadapan khemah.
Seandainya banyak masa, barangkali kami boleh duduk santai-santai di sini sambil makan kurma atau meratah kambing panggang!
Peralatan tradisional juga dipamerkan di kebun ini.
Memang selesa sungguh berada di sini, ditambah pula dengan suhu sejuk-sejuk manja!
Ada rumah haiwan di sini. Tidak tahu apa nama haiwan berbulu putih lebat ini. Kakinya dua, gaya jalannya seperti ayam! Tak faham baca maklumat dalam bahasa Arab!
Yang ini kita tahulah. Itik? Atau angsa?
Ini kucing liar atau kucing jalanan yang selalu kami jumpa di mana-mana. Gemuk kan? |
Ada unta di sini. Encik Suami suruh kita naik unta, tapi kita tak mahu!
Gambar kenangan latar belakang Telaga Iziq dan rumah sahabat Rasulullah SAW, Saidina Kultsum bin Hadm.
Di kebun kurma ini juga ada beberapa buah gerai, dan jualannya sudah tentu cendera kenangan, jubah, kacang-kacangan, coklat dan sebagainya.
Jom masuk gerai makanan ringan. Seperti biasa peniaga akan mempelawa pelanaggan yang datang untuk merasai makanan yang dijual. Semuanya halal. Halal!
Ini paling sedap tapi tak tahu apa namanya. Menyesal pula tak beli kerana selepas itu tidak jumpa di mana-mana gerai walaupun di Makkah!
Kacang Gajus. |
Kacang Pistachio. |
Sama seperti rumah-rumah di sini yang bentuk kotak tanpa bumbung, tandasnya pun demikian juga.
Encik Suami minta kita tulis sesuatu di kain rentang ini sebagai kenangan.
Mudah-mudahan Allah rezekikan kami untuk kembali jejak ke sini. Amin. |
Sumber : Kumpulan Makkah Tower Agaknya kalau di negara kita, buka tempat berehat bawah pokok kelapa sawit, ada sambutan tak? |
Selamat tinggal Bustanul Mustazil, dan jejak kenangan Rasulullah SAW.
Kenapa Encik Suami angkat tangan tunjuk arah Masjid Quba'?
Oh, rupanya kami diarahkan ke sana untuk solat zohor!
Oh, rupanya kami diarahkan ke sana untuk solat zohor!
8 comments
bestnya Tempat solat berbumbungkan pelepah kurma tu
BalasPadamGeram tengok kekacang tu k.amie..baru habis pulun baca cerita k.amie umrah..Alhamdulillah moga sy n family berkesempatan juga kesana nanti ameen..
BalasPadamSeronoknya, dapat beribadah sambil melawat tempat2 bersejarah yg pernah dijejaki RAsulullah SAW. Tentu lena terus kalau bersandar di sofa2 bawah pohon kurma tu, Kak Amie.
BalasPadamSeronok Puan Amie pergi tempat yang jarang diketengahkan. Rasa hendak pergi tempat-tempat yang Puan Amie pergi.
BalasPadamMasya Allah....
BalasPadammasih ada tinggalan rumah sahabat baginda tu hingga hari ini....
Aiissh nikmatnya bisa ke mesjid Quba kak Amie. Saat saya dulu umroh, tak ada list itin kemari. Tapi wisatanya ke Thaif. Memang teringin sangat balik lagi ke tanah suci. ❤️
BalasPadamAda tempat makan di kebun kurma. Syok jugak kalau dapat bersantai makan situ. Pengalaman yang berbeza.
BalasPadamBanyaknya sisa- sisa tinggalan zaman nabi..menarik dan bagus kalau kerajaan Arab nak perkenalkan tourism mereka...at least ramai bleh tau dengan berkunjung kan...
BalasPadam