Resepi Amie's Little Kitchen di Majalah SAJI Edisi Mei 2016
7:15 PG
Terima kasih daun keladi gajah kepada wartawan Majalah SAJI kerana sudi memilih beberapa resepi ala-ala fusion kita untuk disiarkan dalam Majalah SAJI Edisi Mei 2016.
Jom kita bereksperimen dengan menggabungkan dua budaya dalam satu pinggan hidangan! Cuba-cubalah olah hidangan traduisional digabungkan dengan masakan moden atau gabungkan bahan misalnya bahan masakan timur dengan barat! Ini merupakan salah satu proses kreativiti dalam menghasilkan satu-satu resepi! Sesekali elok jugalah merasai keunikan menu ala fusion ini...
Sebanyak enam resepi menu ala fusion hasil kreativiti kita yang tersiar dalam majalah ini. Antaranya termasuklah resepi Kepala Ikan Salmon Masak Tom Yam, Burger Tempe,Spageti Goreng Basah, Spageti Rendang Bebola Daging, Begedil Daging Berkeju dan Pai Sambal Daging.
Spageti Rendang Bebola Daging
Pai Sambal Daging
Jangan lupa dapatkan Majalah SAJI Edisi Mei 2016 di pasaran. Bagi yang tak biasa dengan menu fusion, inilah masanya untuk anda berkenal-kenallah dengan menu gabungan yang diibaratkan seperti menyatukan masakan dua budaya yang berbeza dalam satu pinggan!
7 comments
Tahniah Amie..spagheti rendang tu menarik..nanti nak cari resepi Amie
BalasPadamTAHNIAH Amieee!!!....Seronoknya..tumpg bangga sbb kawan blogger asyik masuk Majalah yer.
BalasPadamNanti nak cari majalah Saji lar....
tahniah kak amie. sedapnye tgk resepi2 tu
BalasPadamTahniah kak amie..
BalasPadamLom sempat beli lagi SAJI Mei ni..
Waaa.... tahniah!!
BalasPadamTahniah kak amie.. Mudah mudahan resepi yang akan datang banyak lagi yang kreatif :)
BalasPadamAcik,
BalasPadamAtie,
Mama Dee,
Lina,
Gee,
Wani...
terima kasih semua.... :) jom meriah-meriahkan dunia masakan tanahair kita.