Bismillahirrahmanirrahim.
Tarikh : 07 Januari 2023
Hari : Sabtu
Tempat : King Abdul Aziz International Airpot , Jeddah
Kami berada di lapangan terbang sekitar pukul dua petang. Jadual penerbangan kami pada pukul 07:45 malam dengan menaiki pesawat B12 Royal Brunei Airlines. Daftar masuk pada pukul empat petang. Walau bagaimanapun, penerbangan ditunda ke pukul 09:00 malam!
Menu tengah hari : Nasi Ayam Masak Kicap. |
Habiskan masa yang ada dengan minum petang bersama Encik Suami di Esquires Coffee. |
Cantik hiasan di Esquires Coffee. |
Coffee & Tea : 32SAR |
Honey Cake : 26SAR |
Honey Cake, tidak terlalu manis dan ada rasa halia. Struktur kek agar kasar tapi tidak menjejaskan rasanya yang memang sedap! |
Selepas minum, kami bergerak mencari pintu masuk ke ruangan menunggu. |
Masih ada kesempatan untuk membeli oleh-oleh Makkah di sini. |
Disebabkan letih, terlelap jugalah di ruangan menunggu. Sesekali apabila terjaga, toleh arah kapal terbang mendarat, belum nampak pesawat Royal Brunei. Yang kelihatan hanya Qatar Airways dan Saudi Airlines silih berganti. Sambung tidur lagi!
Qatar Airways |
Pukul sembilan malam, pesawat B12 Royal Brunei Airlines meninggalkan Jeddah International Airport. Dan sebaik sahaja duduk di kerusi, mata terus terpejam rapat! Tidur!