Nasi Bukhari Ayam Panggang
3:00 PTGAmie memang tak boleh nampak kebab! Jadi memang tunjuklah satu set kebab. Kali ini kebab jenis panjang, dan bukan bentuk patty seperti di Zaitoon Restaurant. Tak tahulah apa nama sebenar kebab di Al Farez Restaurant, sebab pelayan restoran terus ambil resit bayaran makanan yang kami pesan sewaktu menghantar makanan ke meja kami.
Konsep makan di sini pun sama saja seperti di tempat lain. Pesan makanan, ambil resit dan cari tempat duduk. Nanti akan datang pelayan restoran, minta resit kita dan hantar makanan ke meja kita. Sayangnya, kita tak dapat ambil gambar resit, dan terlupa nama makanan serta harganya. Apabila tulis entri, hanya berpandukan gambar sahaja.
Nasi Bukhari Ayam Panggang dan Set Kebab. |
Al Farez Restaurant. |
Nasi Bukhari. |
Ayam Panggang. |
Set Kebab |
Bismillah. |
Alhamdulillah. |
Sedih jew renungannya malam itu. Mudah-mudahan kita akan dapat kembali leagi ke Kota Bercahaya ini pada masa akan datang. |
Kaunter jualan tiket bas. |
Pemandangan sebahagian Taiba Mall berhadapan Royal Al-Andalus Hotel, tempat kami selalu singgah makan di Chicken Mexixan, Chicken Hat dan Zaitoon Restaurant. |
Pemandangan di perkarangan Masjid Nabawi melalui Pagar 335, sudah tentu sentiasa dalam ingatan. |
In syaa Allah, mudah-mudahan kita akan jejak lagi ke sini. |
Pintu masuk Royal Al-Andalus Hotel |
Menuju ke bilik 920.
Sebahagian jemaah umrah yang menyertai perjalanan dari Masjid Nabawi ke Masjid Quba'. |
In syaa Allah, ada peluang dan rezeki untuk kami merasai pengalaman ini. |
Mudah-mudahan, suatu waktu yang lain kami akan datang lagi dan dapat menurut jejak Rasulullah SAW berjalan kaki dari Masjid Nabawi ke Masjid Quba' untuk menunaikan solat. Amin.
19 comments
Pure sgt jus delimanya kak... rasa mcm nasi beriani jugak ke nasi bukhari ni?
BalasPadamYa, jus delima tanpa campuran air, gula dan ais. Diletak dalam peti sejuk saja.
PadamNasi bukhari tak sama rasa macam nasi beriani. Agaknya sudah biasa makan nasi beriani, jadi rasa nasi bukhari lebih sedap pulak... ahaks!
kecur mulut saya baca jus lemon tak boleh nak bayang masamnya...jusnya pula memang tak ada gula ye..biasa guna sehiris pun dah masam
BalasPadamMemang masam rasanya, tapi masih boleh diminum. Encik Suami tak dapat habiskan sebab katanya masam sangat.
PadamTeringin plak SA minum juice tu...nampak sedap betul..bagai terasa2 di tekak
BalasPadamAda beza jus buah di sini dengan jus buah di tempat kita SA. Di tempat kita mesti ada campura gula, air dan ais.
Padamamboiiii kuning betul nasi bukhari nya
BalasPadamYa, kuning warnanya nasi bukhari masakan pakistan.
Padamwaahhhh.... sexy dan menggoda ayamnya tu. saya memang suka ayam panggang berbanding ayam goreng ke..gulai ke...
BalasPadamAyam panggang di sini semuanya dibuang kulit!
PadamSeorang ambil satu dish jadi dua2 boleh merasa makanan berlainan.
BalasPadamSempat tak Cikgu Amie makan makanan di hotel yang selalu ramai tu?
Sempat juga makan sesekali di hotel kalau waktu tak ramai orang. Kalau nampak tak ada meja kosong memang kami cari tempat makan di luar.
Padamkebab tu tindan macam tu je ye..senang nak makan, cubit-cubit je..hihi..
BalasPadamMemang macam tu kebabnya, letak atas kepingan roti lepas tu tutup dengan roti lagi.
PadamBanyak juga nasi. Boleh habis ke?
BalasPadamHarap dapat singgah lagi Masjid Nabawi.
Makan nasi berdua. Nasi bukhari habis tapi roti tak habis.
PadamTerliur tengok kebab Kak Amie tu. Ayam panggangnya pun… 🤤
BalasPadamJemput Farrah.
PadamMemang sedap semuanya. Entah bila akan dapat makan di sini lagi.
ayam panggang dia tu menarik betu lah.... kebab tu sedapnya kak oi... air delima mesti sedap kan nampak pekat
BalasPadam