King Abdul Aziz International Airport @ Jeddah International Airport
8:36 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tarikh : 07 Januari 2023
Hari : Sabtu
Tempat : King Abdul Aziz International Airpot , Jeddah
Kami berada di lapangan terbang sekitar pukul dua petang. Jadual penerbangan kami pada pukul 07:45 malam dengan menaiki pesawat B12 Royal Brunei Airlines. Daftar masuk pada pukul empat petang. Walau bagaimanapun, penerbangan ditunda ke pukul 09:00 malam!
Menu tengah hari : Nasi Ayam Masak Kicap. |
Habiskan masa yang ada dengan minum petang bersama Encik Suami di Esquires Coffee. |
Cantik hiasan di Esquires Coffee. |
Coffee & Tea : 32SAR |
Honey Cake : 26SAR |
Honey Cake, tidak terlalu manis dan ada rasa halia. Struktur kek agar kasar tapi tidak menjejaskan rasanya yang memang sedap! |
Selepas minum, kami bergerak mencari pintu masuk ke ruangan menunggu. |
Masih ada kesempatan untuk membeli oleh-oleh Makkah di sini. |
Disebabkan letih, terlelap jugalah di ruangan menunggu. Sesekali apabila terjaga, toleh arah kapal terbang mendarat, belum nampak pesawat Royal Brunei. Yang kelihatan hanya Qatar Airways dan Saudi Airlines silih berganti. Sambung tidur lagi!
Qatar Airways |
Pukul sembilan malam, pesawat B12 Royal Brunei Airlines meninggalkan Jeddah International Airport. Dan sebaik sahaja duduk di kerusi, mata terus terpejam rapat! Tidur!
19 comments
sekarang Brunei dah bukak sempadan ye Kak Amie? Senang macam tu, tak perlu lagi transit di KLIA kan.
BalasPadamTak pasti pula saya Brunei pernah tutup sempadan. Dari dulu memang ada penerbangan terus dari Brunei ke Jeddah. Cuma jemaah perlu terbang dari KK ke Brunei saja.
PadamAlhamdulillah... setelah menunggu beberapa jam boleh take off dah. Letih sungguh cikgu sampai terus terlelap.
BalasPadamYa Faizah. 2 minggu perah tenaga, mental dan fizikal. Letih yang terkumpul dilepaskan dalam penerbangan pulang.
Padamya Allah...seronoknya pergi Mekah...doakan mudah mudahan ada rezeki saya ke sana juga...Amin
BalasPadamIn syaa Allah. Apabila sudah pasang niat, Allah kurniakan rezeki buka jalan untuk ke sana. Amin.
PadaminsyaAllah...Amin
Padamwahh transit kat brunei tu., habistu dari brunei ada org amek ke cikkak pulang KK? hehe
BalasPadamDari Brunei sambung terbang ke KK Wak.
Padamrindu plak nak terbang- terbang...semoga ada rezeki untuk ke tanah suci akan datang...
BalasPadamAmin ya Allah. In syaa Allah SA akan sampai juga ke sana.
PadamNampak macam kapalterbang emas, Kak Amie.
BalasPadamBerkilauan ya SK.
Padamapesal nampak sedap sgt makanan airport tu kak
BalasPadamKalau tengah lapar, bertambahlah rasa sedapnya kan Mamapp.
Padam5 jam tertunda..lama sungguh!
BalasPadamMujur juga airport selesa.
Delay 1 jam 15 minit Ujie. 7:45 -9.00.
PadamAlhamdulillah ..walau ujian delay namun pasti ada hikmahnya..🤲
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamSelamat sampai.