Jabal ar-Rahmah (Bukit Kasih Sayang) Tempat Pertemuan Kembali Nabi Adam AS dan Hawa
9:32 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Dalam keadaan basah kuyup, kami meneruskan perjalanan menuju ke Jabal ar-Rahmah, sebuah bukit berbatu granit yang juga dikenali sebagai Gunung Arafah atau Arafat. Ketinggiannya kira-kira 70 meter. Sekarang perjalanan sudah sampai ke batas tanah halal dan tinggallah batas tanah haram.
Sebelum turun dari bas, Ustaz Ali Amin mengingatkan kami supaya tidak melakukan amalan yang tidak diajar dalam Islam seperti berdoa di Bukit (Gunung) Arafah untuk ditemukan jodoh atau dikekalkan jodoh, dan sebagainya.
Bergambar kenangan berlatar belakang Jabal ar-Rahmah ( Bukit Kasih Sayang). |
Jalan raya kelihatan masih dibasahi air hujan. |
Di sini langit kelihatan muram, diselimuti awan kelabu yang menurunkan hujan. Alhamdulillah, setibanya di tempat letak kenderaan, hujan berhenti. Dapatlah kami meneruskan lawatan dengan berjalan kaki dalam jarak yang agak jauh. Bas yang membawa jemaah umrah bersusun rapat-rapat dan tidak terkira banyaknya.
Sebelum sampai di jalan raya yang agak lapang (gambar atas) kami berjalan di celah-celah bas yang bersusun kiri dan kanan, dan hanya boleh muat badan penumpang naik dan turun serta untuk menyelit teruskan perjalanan ke hadapan.
Ada pemandangan yang mencuit hati ketika melalui laluan sempit di celah-celah bas. Terlihat dua orang lelaki (mungkin pemandu bas dan kawannya) duduk di tempat letak barang di bahagian bawah bas. Di sebelahnya ada dapur kecil, dan tertenggek sebuah cerek kecil! Pada waktu itu, sempat kita melihat salah seorang menuang kopi dari cerek (nampak warna gelap) ke dalam cawan, dan di sisi mereka ada beberapa keping roti!
Sekarang kami sudah berada di persimpangan jalan menuju ke Jabal ar-Rahmah. Matahari bersinar terang! Alhamdulillah. Kami yang kesejukan kerana kehujanan dan cuaca sejuk, dapat menikmati pancaran matahari!
Tanpa kami sedari, tiupan angin di sekitar Jabal ar-Rahmah dan sinaran matahari telah mengeringkan pakaian kami!
Mari kita dengar penerangan tentang Jabal ar-Rahmah daripada Ustaz Ali Amin. Ada tiga peristiwa bersejarah yang berlaku di Jabal ar-Rahmah:
- Di Jabal ar-Rahmah (Bukit Kasih Sayang) inilah tempat pertemuan kembali Nabi Adam AS dan Hawa. Mereka berdua diturunkan dari syurga ke bumi kerana melanggar perintah Allah SWT dengan memakan buah khuldi. Ketika di bumi, mereka ditempatkan di kawasan yang berbeza dan tidak dapat bertemu di antara satu sama lain. Ada yang mengatakan mereka terpisah selama 40 tahun, 200 tahun bahkan sehingga 500 tahun. Wallahua'lam. Setelah sekian lama memohon keampunan dari Allah SWT, taubat mereka diterima dan Allah mempertemukan kembali Nabi Adam AS dengan Hawa di Jabl ar-Rahmah.
- Di sini jugalah Nabi Ibrahim AS bermimpi supaya menyembelih leher anaknya, Ismail atas perintah Allah SWT. Nabi Ibrahim berasa sangat sedih, dan berkata:
Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu?
Dia (Ismail) menjawab: Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu; insya Allah engkau akan mendapati aku termasuk orang yang sabar. (QS. Ash Shaffat ayat 102).
Nabi Ibrahim AS mendapat mimpi yang sama sebanyak tiga kali ketika berada di Jabal ar-Rahmah.
- Jabal ar-Rahmah menjadi tempat diturunkan wahyu dan khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum baginda wafat. Badinda memberitahu bahawa agama Islam sudah sempurna. Semua umat Islam yang mendengarnya bergembira melainkan sahabat baginda iaitu Saidina Umar Al-Khattab dan Saidina Abu Bakar As-Shiddiq. Kedua-dua orang sahabat Rasulullah SAW ini menangis kerana dapat membaca firasat bahawa mereka akan ditinggalkan Rasulullah SAW buat selama-selamanya.
Setelah turunnya Surah Al-Baqarah ayat 281, wahyu terus terputus dan menandakan telah selesai hubungan langit dengan bumi. Rasulullah wafat sembilan hari berikutnya, pada malam Isnin, Rabiul Awwal 11 Hijrah / 632 Masihi.
Rasulullah SAW wafat setelah menunaikan amanah dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Syariat Islam yang ditinggalkan sangat lengkap, dan dijadikan rujukan umat Islam seluruh dunia.
Rakaman video di sekitar Jabal ar-Rahmah.
Wanita penjual serbuk inai. |
Setelah melawat Jabal ar-Rahmah, mari kita jalan-jalan di sekitar sebelum masuk semula ke dalam bas. Ada beberapa orang wanita menjual serbuk inai di sini. Ramai juga yang membelinya.
Walaupun sejuk dan hujan, tetapi tetap juga ada peniaga ais krim!
Spurting jew apabila diambil gambar ketika sedang menikmati asikrim. |
Encik Suami belanja semangkuk aiskrim coklat, vanilla & strawberi. |
Pelbagai jenis kurma, kekacang dan kismis turut dijual di sini. |
Kami tidak lepaskan peluang membeli kurma segar. |
Sumber : Makkah Towers Group 271222 |
Selesailah ziarah ke Jabal ar-Rahmah. |
Kami makan kurma segar di dalam bas. Setelah makan beberapa biji, terus minum air mineral. Ya Allah! Nikmat manakah lagi yang hendak didustakan. Setelah minum air, terasalah sangat sedap makan kurma tadi!
Mendung menjelma kembali ketika bas bergerak meninggalkan batas Padang Arafah. Namun begitu Ustaz Ali Amin terus bercerita tentang suasana di sepanjang jalan, di kiri kanan jalan, bukit bukau dan tanam-tanaman.
Ustaz sempat tunjukkan tempat perististiwa Nabi Ismail AS hendak disembelih oleh Nabi Ibrahim AS. Sayangnya tidak dapat ambil gambar kerana kedudukannya yang agak jauh di atas bukit di sebelah kiri jalan, dan kebetulan pula bas terus meluncur laju!
Entri berkaitan Umrah 2023:
- KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
- DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
- SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
- JUS BUAH YANG DIRINDUI!
- MENUNGGU DAN DITUNGGU
- BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
- AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
- MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
- KEBUN KURMA ABU FAISAL
- JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
- MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
- LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
- ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
- DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
- MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
- HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
- MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
- MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
- BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
- MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
- KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
- MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
- MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
- GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
- TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
- TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
- TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
- BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
- CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
- RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
- BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
- BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
- WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
- CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
- NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
- MADINAH DIBASAHI HUJAN
- DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
- SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
- IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
- MIQAT IHRAM : BIR ALI
- MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
- MAKKAH HOTEL & TOWERS
- TAWAF & SA'I
- MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
- GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
- UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
- IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
- KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
- JABAL TSUR
- JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
- MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
- LAMB MADINI
- BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
- MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
- SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
- PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
- MENCARI MADU DI THAIF
- BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
- MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
- LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
- MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
- MASJID QARNUL MANAZIL
- SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
- HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
- NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
- MENDAKI KE GUA HIRA
- MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
- IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
- MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
- HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
- KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
- KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
- DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT
7 comments
Teringat makan aiskrim kat sana...
BalasPadamkalau musim haji di sinilah paling meriah
BalasPadamTeringin pula tengok kurma segar tu 🤤
BalasPadamSkrg pegi umrah dah mcm pegi negara bersalji..sejuk kemain eh heheh
BalasPadamMeriahnya kat sini..akak beli tak serbuk inai tu?
BalasPadambukit yang ada banyak peristiwa terjadi padanya, kalau dah nampak orang menjual tu mesti rasa nak beli kan
BalasPadamYa Alloh senangnya membaca umroh ini, inginku suatu saat nanti bisa jumpa tanah suci...kurmanya terlihat manis dan segar...aku suka pula dengan ais krim 3 rasa....nice kak amie ^^
BalasPadam