Hari Terakhir di Makkah - Tawaf Wida' (Tawaf Perpisahan)
10:32 PGBismillahirrahmanirrahim.
Tibalah saat penuh sayu untuk meninggalkan Makkah. Sebagai tetamu Allah, kita perlu beradab, berpamit dengan tuan rumah sebelum melangkah pulang. Melaksanakan Tawaf Wida' merupakan terjemahan makna perpisahan dan penghormatan kepada Baitullah dan Masjidil Haram. Menurut Ustaz Ali Amin, jika kita datang ke rumah Allah dengan ikhlas, memohon keampunan dan bertaubat bersungguh-sungguh, in syaa Allah gugurlah dosa kita. Namun begitu, dosa sesama manusia kita perlu uruskan sendiri. Ini bermakna kita perlu memahami habluminallah dan habluminannas.
Hubungan baik dengan Allah (hablumminallah) adalah dengan beriman dan bertaqwa, melaksanakan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Namun begitu setakat mengerjakan segala suruhan-Nya sahaja tidak cukup, atau kurang sempurna kerana kita perlu berhubung baik sesama manusia (hablumminannas), bersama jiran tetangga, masyarakat dan yang segala yang berkaitan dengan kehidupan.
Ustaz mengetuai bacaan doa yang sangat meruntun hati sehingga para jemaah mengalirkan air mata. Antara inti doa termasuklah:
- Memohon agar ibadat umrah para jemaah diterima Allah, diampunkan segala dosa dan diterima taubatnya.
- Memohon agar tidak menjadikan umrah jemaah ini sebagai kali yang terakhir.
- Memohon agar sentiasa rasa rindu untuk datang kembali ke rumah Allah.
- Memohon kesejahteraan segala urusan para jemaah pulang ke tanah air.
Perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan menunaikan Tawaf Wida' :
- Mengambil gambar atau meminta orang lain mengambil gambar di dalam Masjidil Haram atau semasa dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan.
- Bersedekah semasa dalam Masjidil Haram atau dalam perjalanan balik ke tempat penginapan.
- Membayar hutang yang boleh ditangguhkan.
- Berehat dan tidur di dalam bilik.
- Membeli barangan yang tiada kaitan dengan keperluan seperti tasbih, minyak wangi, tudung dan sebagainya.
- Tunaikan solat-solat sunat seperti solat hajat, solat taubat dan sebagainya.
- Berlengah-lengah di dalam Masjidil Haram sehingga menyebabkan perjalanan jemaah lain terganggu kerana menunggu kepulangan jemaah tersebut.
Gambar-gambar dan video di bawah ini diambil sebelum kami melaksanakan Tawaf Wida'. Seawal pukul empat pagi, kami sudah meletakkan semua beg di luar pintu bilik untuk diangkat turun oleh pekerja hotel dan dibawa ke bas kami. Dan pada sebelah malamnya, kami membeli-belah untuk kali terakhir.
Encik Suami bersama rakan-rakannya di dataran Kaabah. |
Melangkah ke Masjidil Haram seawal pukul empat pagi. |
Menunggu waktu subuh di Masjidil Haram. |
Waktu begini, perkarangan Masjidil Haram nampak lengang. |
Menunggu waktu untuk Tawaf Wida'.
15 comments
Sy ikut sebak. Terima kasih Kak Amie atas perkongsian maksud Tawaf Wida ni.
BalasPadamSama-sama SK.
Padamhablumminallah memang harus selaras dengan hablumminannas ya Kak Amie, semoga umroh akak amie dan encik suami mabrur, amin ya Alloh...^^
BalasPadamYa Mbul sayang.
PadamHubungan kita dengan Allah lebih mudah untuk memohon keampunan, tetapi hubungan kita dengan manusia belum berakhir dan berat selagi kita tidak selesaikan sesama kita di dunia. In syaa Allah, mudah-mudahan kami dapat umrah yang mabrur. Terima kasih Mbul.
Aamiinn.. semoga setiap jemaah mendapat umrah yang mabrur.
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamAlhamdulillah... selesai sudah ibadah umrah. mudah mudahan kak amie sekeluarga serta kami semua dijemput sekali.lg utk ke sana kelak. aminnn
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamIn syaa Allah Anies. Allah mendengar isi hati setiap hamba-Nya. Mudah-mudahan ada rezeki lagi untuk menjadi tetamu-Nya. Amin.
mesti akak sedih betul kan.... moga diberi kesempatan untuk ke sana lagi ye kak
BalasPadamEncik Suami nampak sedih sangat, tersedu-sedu menangis ketika mutawif baca doa selepas tawaf wida'.
PadamDoa Sa semoga Kak AMie dan suami mendapat Umrah yang Mabrur...
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamRupanya tidak boleh sedekah dalam Masjidil Haram ketika tawaf widak.
BalasPadamAllahuakbar.....sayunya bila buat tawaf widak. Mudahan Allah rezekikan lagi kerumah NYA. Aamiin
BalasPadamPastinya rumah Allah ini menjadi kerinduan kita semua
BalasPadam