Bukit Magnet di Lembah Jin

10:31 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin hari Sabtu, 31 Disember 2022. Hari ini Ahad, 01 Januari 2023. Bermakna sudah masuk  tahun kedua kami berada di bumi Madinah!
Aktiviti lawatan terakhir kami ialah ke Bukit Magnet di Lembah Jin, kira-kira 30 kilometer ke utara Kota Madinah. 

Perjalanan dengan menaiki bas memakan masa lebih kurang 40 minit. Sebaik sahaja bas meninggalkan kota Madinah, kami melihat pemandangan pokok-pokok kurma yang tumbuh subur , dan tidak lama kemudian bas memasuki kawasan padang pasir tandus yang dipagari bukit-bukau berbatu.

Apa keistimewaan Bukit Magnet @ Jabal Magnet?
Katanya, kenderaan boleh bergerak laju ke hadapan setelah dimatikan enjin!
Benarkah?
Nantikan jawapannya di hujung entri ini.

Mengabadikan kenangan bersama Jemaah Umrah Sabah di Bukit Magnet.


Sebelum menaiki bas menuju ke Bukit Magnet di Lembah Jin @ Wadi Al-Jinn, (ketika itu kita baru saja keluar dari Raudhah), kita sempat naik ke dewan makan untuk mengambil baki sarapan yang ada. Nampaknya hanya tinggal beberapa butir telur rebus. Saiznya kecil-kecil. Barangkali gred D atau E. Kita ambil empat butir. Ada buah kurma di dalam beg sandang, dan juga sebotol air zamzam. Cukuplah untuk sarapan pagi di dalam bas.

Telur Rebus.


Antara pemandangan kiri kanan jalan dalam perjalanan menuju ke Lembah Jin.




Dari dalam bas sudah terlihat pemandangan padang dengan unta!


Ada kuda.


Dan juga keldai?



Rakan-rakan jemaah teruja untuk naik unta!






Kita melihat sahaja unta mengikut arahan tuannya supaya merendahkan badannya untuk memudahkan penunggang naik ke belakangnya.


Agaknya sakit lutut unta sebab banyak kali kena lipat lutut ke tanah.



Ambil gambar kenangan bersama unta di Lembah Jin.


Buah delima dan strawberi.

Selain aktiviti menunggang unta, kuda dan keldai, para pengunjung boleh membeli-belah pelbagai makanan dan jualan lain di sini.

Coklat pelbagai jenis.

Jubah pun ada.

Di sini ada jubah lelaki.


Bagi peminat kacang-kacang dan kismis bolehlah beli di sini. Seperti biasa peniaga membenarkan pembeli makan dahulu jualan mereka. 

Halal! Halal!

Kita terpikat dengan dua jenis kismis ini terutamanya kismis hitam! Sedap!

Kacang tanah pun ada.

Eh, ada maruku juga!











Banyak yang menggoda kan?




Memang ramailah jemaah kami yang berkerumun di sini. Makan dan kemudian beli.

Encik Suami berminat dengan jubah lelaki.

Apa agaknya hasil beliannya itu?




Encik Suami tidak lupa tanggungjawabnya setiap kali ada kereta aiskrim... ahaks!



Dapatlah kita merasa satu cawan aiskrim vanilla strawberi. Ramailah yang tegur: Sejuk-sejuk makan ais krim kah? Oh, ya! Baru tersedar. Suhu sangat sejuk ketika ini!

Kita saksikan pemandangan lain pula.

Sibuklah peniaga di sini teriak-teriak panggil kami sambil sebut-sebut nama Ismail Sabri, Anwar Ibrahim.....!





Ada gerai makan kecil di sebelah tangga, dan kami singgah situ, kemudian naik ke atas duduk-duduk menikmati suhu dingin dan pemandangan sekitar sambil minum air teh dan makan keledek rebus.

Bersama Zila, Yujin dan suaminya.



Air teh ini cepat sangat sejuknya!

Keledek Rebus : 5SAR


Mana nak cari suasanan sebegini, minum teh dan makan keledek rebus di tengah kedinginan Lembah Jin. Keledek tu rasa sedaplah sangat! 

Jom beli buah delima dan strawberi.

Boleh makan ramai-ramai di dalam bas.


Sekarang, semua sudah berada di dalam bas. (Tak ada gambar bas maju ke hadapan sebab kami duduk dalam bas).Bas bergerak ke hadapan dan pemandu bas mematikan enjin. Gear free. Bas mula bergerak sendiri. Semakin lama semakin laju, dan akhirnya mencapai kelajuan 120 kilometer per jam!

Inilah pengalaman istimewa yang kami lalui ketika berada di Bukit Magnet yang terletak di Lembah Jin. Amie nak terangkan pun tidak cukup ilmu tentang kuasa magnet yang ada di sini.

Selain Bukit Magnet di Lembah Jin, ada kawasan lain di dunia yang memiliki keajaiban kuasa tarikan magnet seperti di sini. Misalnya Ladakh (India), Mount Halla (Korea), Franklin Lakes (Amerika Syarikat), Orroroo (Australia), Moncton serta New Brunswick (Kanada) dan Gansu (China).

Wallahua'lam.



11 comments

  1. wahh meriahnye gi umrah di lembah jinn., ;p

    BalasPadam
  2. moga 1saat nnt saya juga dpt merasa sendiri keajaiban bumi haramain hebatnya bumi Allah
    jualan mereka ala2 carboot sale ditempat kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah, apabila sudah ada hasrat suatu hari nanti pasti tercapai jua.

      Padam
  3. Saya tergoda dengan kudapan yang dijual.
    Baru saya tahu pasal magnet di Lembah Jin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tergoda sama, jadi beli itu sikit, beli ini sikit.
      Umrah pertama dahulu saya tidak sampai ke sini. Kali ini baru saya tahu juga adanya Bukit Magnet di Madinah.

      Padam
  4. ada juga terbaca psl bukit magnet ni... yg share kat YT pun banyak. lama jg mula2 sy nak faham...

    banyaknya kekacang....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum ke sini, saya memang tak tahu kewujudan Bukit Magnet.

      Padam
  5. Baru tahu wujud Bukit Magnet ni. Terima kasih berkongsi pengalaman ketika di sana. Doakan saya sekeluarga pula dapat jejak ke sana pula ye

    BalasPadam
  6. Menarik tentang Bukit Magnet ni.. pertama kali baca.

    BalasPadam
  7. Sedapnya tengok kekacang tu semua...strawberry tu...sedapnyaaa

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pahang Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Selangor Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe