Jus Buah Yang Dirindui!
11:47 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Setibanya ke Royal Al-Andalus Hotel pada malam sebelumnya, Amie sempat melihat-lihat gerai jual jus buah di sebelah pintu masuk hotel. Memang sudah pasang hasrat untuk beli jus buah dan simpan di dalam peti sejuk mini di dalam bilik. Teringat sewaktu Umrah 2014, setiap hari beli bergelas-gelas jus buah untuk diminum bersama Bonda dan Abang Farid. Amie sangat yakin, jus buah yang diminum mampu membekalkan vitamin C yang mencukupi, dan dapat elakkan daripada selsema. Harap-harapnya kali ini, begitulah kerana pengalaman lalu memang benar-benar berkesan. Alhamdulillah, selesai umrah, kami tidak batuk, selsema atau demam sehinggalah sampai ke Lahad Datu. Mungkin petua ini boleh digunapakai oleh rakan-rakan lain ketika berada di Mekah atau Madinah.
Suasana pagi di hadapan Royal Al-Andalus Hotel. |
Mana-mana gerai makanan atau minuman di sini, memang tidak pernah putus dikunjungi pelanggan sepanjang waktu! |
Di gerai lain pun banyak dijual jus buah. Jus buah yang dijual tidak bercampur ais dan tidak ditambah gula. Rasanya lebih pekat (puri). Dahulu harganya hanya SAR 5 tetapi sekarang sudah mencecah SAR 10! Manakala buah-buahan campuran dengan krim pula berharga SAR 20.
Amie beli dua gelas jus buah dan dua gelas campuran cream dan buah-buahan. |
Jus Mangga : SAR 10 |
Campuran Jus Jambu Batu + Strawberi + Epal : SAR 10 |
Campuran pelbagai jenis buah dengan krim : SAR 20 |
Buah-buahan campur seperti delima, kiwi, mangga, kurma dan sebagainya. Juga SAR 20. |
Antara jus buah-buahan yang dijadikan stok dalam peti sejuk mini. Bolehlah minum setiap hari, dan ditambah dengan juas buah yang lain pula. |
Sempat menyelit gerai sebelah untuk beli shawarma.
Sekeping shawarma inti ayam ini berharga SAR 10.
Seterusnya kami naik ke bilik untuk membersihkan diri sebelum kembali ke Masjid Nabawi untuk solat zohor. Sayangnya, tuala yang ditunggu tak kunjung ke bilik. Beberapa kali jugalah kami dan juga jemaah umrah yang lain minta tuala dan salurkan melalui mesej kumpulan! Ada yang kata gunakan kain ihram sebagai tuala mandi...ahaks!
7 comments
alhamdulillah... kesihatan sepanjang mengerjakan umrah juga satu nikmat rezeki
BalasPadamSedap nampaknya shawarma tu.. jus buah pun pekat sungguh, terasa keasliannya. Tentu ada seratnya sekali.
BalasPadamAlhamdulillah kak amie dan suami sihat sepanjang berada di sana..
BalasPadamNampak sedap pula jus bersama kekacang tu..
Ya allah x dapat2 tualanya ye...sedapnya la nampak juice buah tu semua..terus tekak SA nak makan juice buah plak...
BalasPadamNampak jus tu pun pure, sedap sangat nengoknya!
BalasPadamJusnya nampak pekat. Kawan syorkan minum laban. Tu yang saya selalu beli dahulu.
BalasPadamTerima kasih atas tips yang dikongsi..semoga menjadi ilmu jariah untuk kami yang membaca
BalasPadam