Madinah Dibasahi Hujan

8:12 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selama ini tidak pernah membayangkan dan tidak dapat membayangkan sekiranya bumi Madinah ditimpa hujan! Namun begitu, segalanya adalah dengan kehendak dan izin-Nya juga. Begitulah yang terjadi, sehari sebelum kami berangkat ke Makkah tiba-tiba hujan turun dari tengah hari membawa ke malam, dan keesokan paginya hujan makin lebat.

Tidak seperti selalunya, kami akan berada di masjid dari waktu asar membawa ke maghrib dan sambung ke isya'. Kali ini, selepas solat asar kami balik ke hotel. Rasa sangat sejuk! Jadi, Amie masak air dan kemudian bancuh minuman Susu Jahe Merah pemberian Winda. Oh, ya! Tengah hari sekembalinya dari Lembah Jin, sempat bersalaman untuk kali terakhir dengan Winda yang berikan Susu Jahe Merah. Teringat pesan Winda supaya minum Susu Jahe Merah untuk panas-panaskan badan. Winda akan berangkat pulang ke Jakarta pada hari tersebut.

Seperti biasa, Amie memilih tempat di luar untuk solat maghrib. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya dan titisannya menimpa kami yang sedang duduk di bahagian luar. Amie cepat-cepat bergerak keluar kerana sudah terasa telekung dibasahi air hujan. Terlupa pula untuk pakai kasut, dan terus meluru menaiki anak tangga ke Pintu 25. Stoking habis basah!

Ruangan berkarpet sudah penuh. Orang ramai terus berpusu-pusu masuk. Amie dapat bayangkan betapa sesaknya ruangan dalam masjid ini nanti.  Memandangkan waktu maghrib sudah hampir tiba, jadi Amie ambil keputusan untuk duduk sahaja di mana ada ruangan kosong.


Gambar ini Amie ambil keesokan harinya, sebagai kenang-kenangan peristiwa ditimpa hujan. Di ruang inilah Amie solat maghrib, di sebelah tiang yang menempatkan tong-tong berisi air zamzam. Ruangan pejalan kaki (lantai marmar) memang sentiasa penuh dengan jemaah wanita. Jadi Amie menyelit sedikit supaya apabila sujud, kepala tidak dilanggar orang!

Di sinilah Amie selitkan diri.




Biasanya jemaah yang solat di bahagian ini akan diteriak oleh pengawal masjid selepas solat supaya segera bergerak keluar atau beredar ke kawasan lain. Ruangan ini akan digunakan oleh jemaah untuk keluar dari masjid. Jadi, selepas solat maghrib dan menunggu waktu isya' Amie bergerak ke bahagian hadapan, mencari tempat kosong di tempat yang berkarpet. Setelah dapat tempat, Amie terus duduk dan baru perasan stoking tidak basah. Stoking sudah kering walaupun Amie pakai jenis yang tebal. Barangkali agak jauh berjalan, jadi kesan air di stoking secara tidak langsung diperah! Alhamdulillah, telekung pun kering sama. Ketika duduk, badan berasa hangat. Barangkali berkat minum Susu Jahe Merah pemberian Winda. Terima kasih Winda. Memang Susu Jahe Merah mampu menghangatkan badan!

Rakam kenangan malam terakhir di Pintu 25.


Oleh kerana Amie berada di saf hadapan, jadi memakan masa yang agak lama untuk keluar dari Pintu 25. Lama jugalah Encik Suami menunggu di lobi hotel. Semoga hujan yang turun sepanjang hari di Madinah adalah hujan rahmat.

Entri berkaitan Umrah 2023:
  1. KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
  2. DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
  3. SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
  4. JUS BUAH YANG DIRINDUI!
  5. MENUNGGU DAN DITUNGGU
  6. BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
  7. AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
  8. MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
  9. KEBUN KURMA ABU FAISAL
  10. JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
  11. MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
  12. LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
  13. ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
  14. DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
  15. MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
  16. HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
  17. MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
  18. MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
  19. BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
  20. MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
  21. KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
  22. MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
  23. MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
  24. GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
  25. TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
  26. TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
  27. TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
  28. BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
  29. CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
  30. RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
  31. BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
  32. BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
  33. WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
  34. CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
  35. NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
  36. MADINAH DIBASAHI HUJAN
  37. DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
  38. SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
  39. IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
  40. MIQAT IHRAM : BIR ALI
  41. MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
  42. MAKKAH HOTEL & TOWERS
  43. TAWAF & SA'I
  44. MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
  45. GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
  46. UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
  47. IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
  48. KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
  49. JABAL TSUR
  50. JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
  51. MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
  52. LAMB MADINI
  53. BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
  54. MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
  55. SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
  56. PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
  57. MENCARI MADU DI THAIF
  58. BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
  59. MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
  60. LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
  61. MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
  62. MASJID QARNUL MANAZIL
  63. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
  64. HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
  65. NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
  66. MENDAKI KE GUA HIRA
  67. MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
  68. IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
  69. MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
  70. HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
  71. KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
  72. KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
  73. DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT

28 comments

  1. wah banyak betul tong tong air zam zam ye... kak amie masih di sana lagi kah? atau sudah pulang ke msia?

    BalasPadam
  2. merasa k Amie hujan di bumi Madinah.
    hujan rahmat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang Madinah suka sangat hujan turun. Anak-anak kecil main di air yang bergenang.

      Padam
  3. bestnya baca kisah kak Amie mengerjakan umrah

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah cikgu Amie dapat merasa hujan di Madinah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya dapat merasa titisan air hujan ketika menuju ke masjid, waktu subuh, zohor, asar, maghrib dan isya'.

      Padam
  5. masyaAllah bumi yang penuh barokah hujan rahmat semoga Allah mengangkat doa2 hambanya

    BalasPadam
  6. InsyaAllah hujan rahmat. Susu jahe tu susu halia kan?

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah berpeluang merasai nikmat hujan di di bumi yang penuh berkat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah, semoga yang turun itu hujan rahmat.

      Padam
  8. kalau kat malaysia kita tak heran ditimpa hujan tapi di sana yang selalu kering bila hujan terasa lain nikmatnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Dana. Seronok sangat anak-anak kecil bermain air!

      Padam
  9. Semoga saya dapat segera ke sana suatu hari nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah. Hasrat hati itu sudah dikira niat, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar. Mudah-mudahan Dia akan menjemput menjadi tetamu-Nya suatu hari nanti.

      Padam
  10. Kering terus stokin. Nasib baik dapat solat di dalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul NA.
      Peringatan untuk diri juga, lain kali bawa stoking extra dalam beg sandang.

      Padam
  11. Alhamdulillah, rezeki Kak Amie dapat rasa pengalaman hujan di Madinah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Kedinginan yang berganda, musim sejuk ditambah hujan.... hujan rahmat, in syaa Allah.

      Padam
  12. Hujan rahmat kan Kak Amie...dah la masa tu musim sejuk kan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Memang rahmat kepada penduduk Madinah dan semua jemaah umrah.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe