| Biskut Sampan |
| Biskut Sampan ini sangat sedap. Kak Yong gunakan bahan premium. |
| Roti Kering Cheese pun sudah habis, Encik Suami makan setiap hari. |
- Original
- Grains
- Saltine
- Sesame
- Tomato
- Seaweed
| SANWA Malt Soda Cracker Original & Grains Flavor |
Setiap gigitan membawa rasa yang sungguh enak, dan pastinya tidak cukup makan sekeping. Habis satu sachet buka lagi sachet yang baharu!
Cikgu, saya masih ingat cikgu selalu bawa makanan untuk kami. Bla...bla... bla...bla!
Setelah Damian Lim berlalu, tiba-tiba kita rasa sebak. Menitik jugalah setitis dua air mata. Pada masa yang sama, terbayang satu persatu wajah-wajah bekas anak didik yang kini berada entah di mana-mana. Rasa rindu suasana ketika bersama mereka. Gurau senda. Marah-marah sayang. Semuanya datang silih berganti.
Amie selalu pesan supaya bawa bekal air kosong. Dan Amie juga selalu ingatkan supaya minum air kalau rasa mengantuk. Air kosong dapat melancarkan pengaliran oksigen dalam darah. Air kosong turut membantu membersihkan buah pinggang. Amie benarkan murid minum air kosong pada bila-bila masa di dalam kelas.
Kalau kelas bermula pada pukul 6:45 pagi, Amie akan masuk kelas pada pukul 6:30 pagi. Kalau kelas selepas rehat bermula pada pukul 9:45 pagi, Amie sudah berada di kelas pada pukul 9:30 pagi. Amie sengaja bawa makanan seperti biskut, kuih, coklat dan sebagainya. Sebelum kelas bermula, sesiapa yang hendak makan boleh ambil. Kadang-kadang kalau ada rezeki lebih, Amie tempahkan anak-anak murid Amie nasi lemak atau nasi kuning.
Tahun lepas, Amie perasan ada seorang murid yang sentiasa menanti Amie keluarkan makanan dari bakul yang selalu Amie bawa dalam kelas. Murid ini tidak pernah lulus dalam setiap peperiksaan walaupun peperiksaan percubaan SPM. Apa sahaja Amie bawa, dia mesti ambil dan makan termasuk pisang dan buah-buahan lain. Dia cukup berselera sewaktu makan. Melihat pakaian dan kasutnya yang lusuh, Amie tahu keluarganya bukan orang senang. Dan memang dia jarang ke kantin membeli makanan.
| Butter Cookies & Teh |
| Secawan Teh Strawberi & Sepiring Biskut Kacang Tumbuk |
- Minum pagi : Sarapan
- Minum rehat pagi : Kudapan
- Makan tengah hari : Merarau
- Minum petang : Cicipan
- Makan malam : Makan malam
- Minum malam : Gabi
Zaman dulu sedap betul kalau dapat makan biskut ada lekat gula di atasnya. Biasanya hanya dapat makan biskut tawar sahaja. Bila dicelup dalam air kopi berganda rasa enaknya! Sekarang apabila sesekali menikmatinya pasti terkenang keenakannya sama seperti zaman yang ditinggalkan dulu.
Bezanya dahulu hanya ada serbuk kopi hitam dan serbuk teh sahaja. Sesekali dapat minum MILO, dah rasa macam duduk dalam syurga. Sedap betul rasa MILO, dengan lemak manis dan aromanya yang sungguh semerbak! Kalau ada MILO, Ayahanda suka celupkan roti Benggali atau roti bantal.
Petang tadi terdengar alunan lagu yang mendayu-dayu dari corong radio yang terletak di sudut dapur. Bila diamat-amati, rupanya lagu nyanyian D'llyod. Rasa macam sedang kembali ke zaman purba kala, di kala petang ketika duduk di kampung. Ketika itu musim daun getah berguguran ke bumi, dan seolah-olah terpandang diri sendiri dengan rambut tocang dua, sedang menyapu daun-daun getah yang berserakan di halaman rumah!
Jom nyanyi lagu D'llyod sikit:
Jumpa lagi! Kali ini cerita tentang biskut. Rasa macam dah dekat nak raya pula. Memang tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan kemudian Syawal pun bakal menjelma. Harapnya dapatlah kita sambut raya bersama keluarga pada tahun ini. In shaa Allah.
Kelmarin, sehari suntuk dari pagi hingga ke petang, Amie ikut belajar buat biskut di Studio Kak Yong. Sudah setahun lebih tidak bersua muka dengan kawan-kawan sekelas dan juga sifu kesayangan kami, Kak Yong. Kami patuhi SOP, dan Kak Yong hanya ambil 5 orang pelajar sahaja untuk satu sesi.
Antara biskut yang kami pelajari dalam Kelas Biskut Premium termasuklah:
- Tart Nona
- White Rochelle
- Cornflakes Cranberry Crunchy
- Biskut Mangkuk Buah
- Biskut Lemon Coklat
- Biskut Kelapa Legend
- Biskut Kacang Shantung
- Almond London Chruncy
- Almond Ghee Cerelac
- Semperit
![]() |
| Biskut Lemon Coklat. |
Almond London Crunchy sudah disalut coklat dan dihias dengan taburan badam nib. |
| Almond London Chrunchy |






