Mencari Madu di Thaif
9:20 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Thaif terkenal dengan madu bunga. Khabarnya banyak jenis madu dijual di sini termasuk madu dari Yaman sehinggalah ke Kashmir. Sewaktu kami singgah di salah sebuah kedai madu, kedatangan kami disambut ramah oleh peniaga di sini dengan huluran sekeping roti yang dituang madu!
Ada teknik mengaut madu dari bekasnya untuk dituang ke atas roti. kalau Amie buat, sudah tentu habis celomot roti!
Kami sangka, hanya sekeping roti bermadu sahaja yang diberikan, tetapi banyak lagi kepingan roti yang dibubuh madu dan diberikan kepada kami.
Rotinya pula tidaklah liat seperti yang disangkakan. Rasanya sedap dan lembut!
Semua jemaah umrah dapat makan roti dengan madu!
Dan ramailah yang membeli madu di sini.
Salah sebuah kedai madu yang kami singgahi. |
Selain madu, banyak makanan lain dijual di sini. |
Di kedai sebelah. |
Pelbagai jenis madu disimpan dalam pelbagai bentuk bekas yang menarik. |
Selain madu, ada kekacang dan kudapan lain yang dijual. |
Sementara menunggu giliran untuk jalan-jalan di perkampungan Thaif dengan menaiki kereta, kami terus dijamu dengan roti bermadu!
Berapa banyak agaknya peniaga di sini menjamu pelanggan dengan roti dan madu?
Apa pun semuanya halal!
Sempat ambil gambar kedai-kedai di sekitar.
Banyak kedai madu di kawasan ini.
Istimewanya, bukan sahaja madu yang dijual tetapi banyak makanan lain juga. Bolehlah beli buat oleh-oleh dari Thaif.
Sebelum beli, kami dijemput makan terlebih dahulu.
Biskut ini intinya manis, mungkin berisi kurma.
Seronok dapat berjamu mata dan berjamu roti madu di sini. |
Di tepi kedai pun, peniaga akan mempromosikan madunya kepada orang yang lalu lalang dengan memberi 'rasa' madu menggunakan sudu plastik. |
18 comments
waduhh, tringt zaman wak sekolah dulu makan roti arab dgn madu., huhu nyamann
BalasPadamOooo Wak sekolah Arab ye Wak.
PadamKat Thaif saja berapa rial habis? :D
BalasPadamTak pasti berapa Uncle, semua benda yang saya ambil pakwe saya bayarkan.
Padammakan roti panas2 dengan madu memang mavellous....rasa madunya sama ke kak dengan madu di malaysia?
BalasPadamSama kot, tapi lebih sedaplah.
Padammasya Allah nikmat dunia..terasa-rasa kemanisannya sampai ke sini
BalasPadamAlhamdulillah.
Padamnampak likat betul madunya. sekali tengok macam gula tarik
BalasPadamSedap!
PadamTengok pada kelikatan madu tersebut nampak originality dia..kak amie beli tak...mesti sedap kan..
BalasPadamYa SA. Memang original.
Padammacam warna dan jenis madu ada kt sana ye kak
BalasPadamBetul Dana. Rambang mata.
PadamHarga madu di sana lebih murah dari Malaysia?
BalasPadamLebih mahal, bergantung jenis dan kualiti.
PadamMakan roti bermadu takpe jangan bermadu sudah opsss dijauhkan
BalasPadamMasyaa Allah..keikhlasan menjamu berbalas dengan rezeki pelanggan membeli..
BalasPadamCikgu..biskut tu ada iras macam biskut kana nostalgia la..