Chapli Kebab & Biryani Chicken
9:02 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu melintasi Zaitoon Restaurant, kami dapati suasana agak lengang. Jadi kami cepat-cepat masuk. Encik Suami mencari meja kosong dan Amie beratur memesan makanan di kaunter. Lega rasanya apabila Encik Suami angkat tangan dari tempat duduknya. Bermakna tidak perlulah kami menunggu pelanggan lain meninggalkan tempat duduknya sebagaimana yang berlaku pada malam sebelumnya di sini: CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT.
Bismillah. |
Kali ini Amie memesan:
- Biryani Chicken - 25SAR
- Chapli Kebab - 35SAR
- Watermelon Juice - 15SAR
- Orange Juice - 15SAR
Kesemuanya berjumlah 78.26SAR tetapi setelah ditambah cukai sebanyak 15%, jumlah keseluruhan menjadi 90SAR.
Biryani Chicken : 25SAR |
Apabila disebut biryani, ia bukanlah hidangan tempatan atau masakan Arab. Melihat kepada menu Biryani Laham dan Seekh Kabab yang kami makan semalam, jelas menu tersebut dari India atau Pakistan!
Sos dan acar untuk dimakan bersama Biryani Chicken. |
Mari cari ayam yang bersembunyi di banyak longgokan nasi!
Chapli Kebab : 35SAR |
Inilah rupa Chapli Kebab. Kami biasa makan kebab begini di kedai Pakistan di Lahad Datu, tetapi warna dan rasanya berbeza sedikit dengan Chapli Kebab di Zaitoon Restaurant. Ada Chapli Kebab gaya Pastun yang diperbuat daripada daging lembu, ayam atau kambing, dikisar dengan pelbagai rempah dalam bentuk patty. Chapli Kebab ini asalnya dari Afghanistan. Biasanya Chapli Kebab dimakan bersama roti naan yang masih panas.
Tak sampai berapa minit duduk, tiba-tiba ramai pelanggan memenuhi meja makan!
Sebelum ini kita hanya meratah kebab, tak pandai makan dengan roti nan. Kalau makan pun, cuit kebab sikit dan cuit roti sikit baru masuk ke mulut. Sekarang sudah pandai... ahaks! Bubuh kebab atas roti, bubuh salad dan tuang sos. Gulung roti dan sua ke mulut!
Puas hati minum jus tembikai, sebab tidak ditambah gula dan ais. Harganya agak mahal sedikit berbanding beli di luar. Kalau di luar, jus buah berharga 10SAR tetapi di sini 15SAR.
Setelah menyedari pelanggan semakin ramai, dan sebahagiannya menunggu meja kosong, Amie sarankan kepada Encik Suami supaya tidak melambat-lambatkan waktu , kerana kami boleh berikan tempat duduk kepada pelanggan yang sedang menunggu.
Ada seorang wanita bersama anaknya sedang memandang ke arah kami. Amie tanya, adakah dia memerlukan tempat duduk? Jawabnya: Ya. Dan Amie segera bangun lalu wanita tadi mengucapkan terima kasih dan duduk di tempat kami.
Ada seorang wanita bersama anaknya sedang memandang ke arah kami. Amie tanya, adakah dia memerlukan tempat duduk? Jawabnya: Ya. Dan Amie segera bangun lalu wanita tadi mengucapkan terima kasih dan duduk di tempat kami.
Ketika hendak keluar dari restoran, sempat melihat bahagian kaunter pesanan makanan. Pelanggan mula memenuhi ruang. Rasa seram juga apabila mengenangkan begitu lama menunggu meja kosong semalam!
Alhamdulillah. Kami sudah kenyang dan kepada pelanggan yang baru sampai : Selamat menjamu selera!
Kalau di Chicken Hat kami dua kali menikmati nasi arab, di Zaitoon Restaurant kami dua kali juga menikmati nasi biryani tetapi makan kebab Pakistan dan Afghanistan. Lebih kurang pukul 1:50 petang kami meninggalkan Zaitoon Restaurant. Ketika kaki melangkah keluar dari Taiba Mall, teringat lelaki kulit hitam dengan beg-begnya di Pagar 335.
Lelaki kulit hitam di Pagar 335. |
Seterusnya, kami berjalan-jalan di sekitar untuk membeli apa yang patut sementara menunggu waktu asar.
18 comments
Nasi beriani penuh satu pinggan...puas mkn tu
BalasPadamPuas makan. Sedap pula tu.
PadamDah pandai makan kebab dah ye.. hehehe..
BalasPadamPandai dah hahahaa.
PadamSama la kak amie, saya pun dulu tak reti makan kebab camtu..then kawan yg study kat jordan dulu ajar cara makan dia..haha
BalasPadamSelalunya ratah saja kebab. Dah tahu makan, tidaklah membazir roti dan salad serta sosnya.
Padamsaya suka tengok video street food,pernah juga tengok pakistani chapli kebab nampak spicy dengan pelbagai rempah
BalasPadamDulu saya saya kebab hanya ada satu bentuk saja, rupanya macam-macam bentuk kebab.
Padammesti makanan di restoran zaitoon tu sedap sebab tu ramai yang singgah ke sana.
BalasPadamMemang sedap.
PadamPenyediaannya pun cepat.
Cuma masalah tempat duduk saja.
Ayam pun pandai bersembunyi..? heheheheh
BalasPadamAyam pun takut kena ratah Uncle.
PadamYeay,kak amie dah pandai makan kebab...
BalasPadamKebab tu sedap SA, cuma nak sesuaikan dengan roti yang agak liat tu yang pelan-pelan kena belajar hehehee.
Padamsaiz jus sama jg ke kak dgn kat luar?
BalasPadamnasi tuuu...byk betul. boleh tapau mkn kat hotel😀
Sama saja saiz jus di mana-mana. Cuma di sini 15SAR, di luar 10SAR. Mungkin di sini kos operasi tinggi.
Padamwahhh... meriah dengan pembagai jenis makanan di sana
BalasPadamMeriah MY, tapi tak sempatlah nak merasa yang lain.
Padam