Petang ini cuaca redup, nyaman, serta aman dan tenteram bagi sesiapa yang sedang enak tidur. Memang kalau keadaan sejuk begini mata pun ikut layu, mahu saja rebahkan kepala sebentar di atas bantal. Hmmm... kalau dilayan kehendak mata memang tak masaklah jawabnya. Bagi keluarga kecil Amie yang biasanya makan malam sebelum menjelang Mahgrib atau sebelum pukul 6 petang, memanglah sekurang-kurangnya kena berada di dapur selewat-lewatnya pukul 5 petang. Kononnya petang ini nak cuba resepi Limpa Jintan Limau Purut olahan Mieza@WAWMC. Bila buka bungkusan limpa, rupanya ada jantung lembu bersama. Amie rendam sekali dan masak sekali harung kedua-duanya. Oleh kerana terlupa untuk membeli daun bay (kelmarin keluar ke pasaraya), tak jadilah nak buat Nasi Jintan Daun Bay yang Mieza buat tu. Terpaksalah cari alternatif lain menggunakan bahan yang ada untuk ditemankan bersama Limpa Jintan Limau Purut.
Akhirnya dapur Amie dipenuhi harum semerbak Nasi Beringin@Nasi Serai dengan Jantung dan Limpa Jintan Daun Limau Purut. Bayangkanlah........di luar sedang hujan dengan lebatnya, kedinginan terasa sampai meremang bulu roma (sebab pakai baju lengan pendek), dan di atas kuali sedang merenih Jantung dan Limpa Jintan Daun Limau Purut, manakala di periuk pula sedang mendidih Nasi Beringin@Nasi Serai. Beberapa kali si bongsu menerpa ke dapur membuka tutup kuali........mencicipi kuah Jantung dan Limpa Jintan Daun Limau Purut. Sedap! Itu katanya.... memang sedap! Terima kasih ye Mieza di atas perkongsian resepi yang sangat enak ini. Bagi sesiapa yang ingin mencuba resepi ini bolehlah klik ke resepi Limpa Jintan Limau Purut di SINI. Untuk resepi nasinya pula bolehlah klik ke resepi Nasi Beringin@Nasi Serai di SINI.
LIMPA JINTAN LIMAU PURUT
Bahan-bahan:
300 gm limpa - cuci dan potong kecil - Amie tambah jantung
1 sk garam - atau secukup rasa
1 biji bawang besar - potong bulat
3 biji cili merah - hiris panjang 1 inci
5-6 helai daun limau purut
3-4 sb tomato sup - mieza pakai brand kimball
Minyak untuk menumis
Bahan A: Kisar halus
1 inci halia
4-5 biji bawang putih
5-6 biji bawang merah
Bahan B: Bahan Kisar halus, kisar kering
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
1 sk ketumbar
1 sk lada hitam - atau mengikut kesukaan masing, kalau suka pedas panas lada hitam boleh la letak lebih
Cara-cara:
1. Gaulkan limpa dengan garam kunyit dan diperap lebih kuorang 15 minit.
3. Masukkan limpa yang sudah digaul garam kunyit. Tambahkan sedikit air dan masak hingga limpa masak. Masak limpa ialah seperti memasak hati lembu. Untuk mempercepatkan limpa masak, tutup kuali dan biarkan ia mereneh hingga kuah agak pekat. Mieza suka masakan kering jadi mieza reneh hingga kering.
5. Masukkan tomato sup dan kacau rata. Renehkan 1 minit.
6. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, daun limau purut dan cili merah dan gaul rata. Tak perlu lagi letak garam sebab limpa sudah pun diperap dengan garam.
7. Angkat dan hidangkan.
Untuk resepi Nasi Beringin@Nasi Serai yang tidak kurang sedapnya dan semerbak harum baunya, Amie copy paste dari MYResepi.Com milik asal SyidaMustafa. Terima kasih banyak-banyak ye Syidah, walaupun belum kenal tapi minta halalkan perkongsian resepi yang enak ini. Di sini Amie panjangkan resepi Syidah untuk teman-teman yang lain walaupun sebenarnya sudah ramai yang mencuba resepi ini.
Resepi Asal: Nasi Beringin@Nasi Serai
Sumber: SyidahMustafa@MYResepi.Com
Bahan-bahan ( 4 orang )
- 2 cawan beras biasa
- 1 sudu kecil jintan kasar
- ½ biji bawang besar (yang kuning)
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 5~6 Batang Serai
- 1 sudu Besar marjerin
- Air untuk menanak nasi
- sedikit garam
Cara-cara
- Tumbuk bawang putih, bawang besar, halia
- Titikkan serai
- Panaskan periuk dan cairkan marjerin
- Tumis dahulu jintan kasar
- Kemudian tumis bahan2 yang ditumbuk bersama-sama serai yang dititik
- Masukkan air dan garam dan masak nasi seperti biasa
- Tunggu lah nasi ni.. dan tahanlah perut bila hidu bau wangi nasi ni...ok...selamat mencuba!
Wokey.... inilah kombinasi saling lengkap melengkapi dengan pelbagai aroma herba dan rempah ratus yang sudah semestinya sangat lazat. Amie lengkapkan dengan acar mentah. Anak-anak kata Nasi Beringin@Nasi serai sangat sedap, dengan gandingan kuah Jantung & Limpa Jintan Daun Limau Purut! Alhamdulillah..... sesungguhnya resepi Amie petang ini agak mudah dan sudah tentu serba ringkas!