Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan 05 Januari 2026 - Isnin.
Badan terasa segar dan bertenaga. Namun begitu, Encik Suami kelihatan agak letih dan batuk-batuk. Sebelum sampai ke kampung, kami singgah beli Nasi Arab di Safaa Restaurant Puncak Alam. Oleh kerana Abang Farid tidak makan kambing, jadi kami beli dua jenis lauk, lamb shank dan ayam. Kedua-duanya kami pilih family set.
| Amie - Honey Lemon |
Sempat belek-belek katalog menu untuk kali kedua selepas membuat tempahan. Kami pernah beli Nasi Arab di sini pada tahun lepas. Bonda suka makan, jadi kami singgah lagi di sini kali ini untuk dibawa pulang ke kampung.
| Lamb Shank Family Set |
Ketika menulis entri ini baru perasan Nasi Arab Family Set ini mengandungi dua cara masakan lamb shank yang berbeza iaitu mandi dan kabsa. Bonda suka sangat makan lamb shank. Katanya dagingnya sangat lembut! Sama jugalah dengan Chicken Family Set. Ada tiga jenis masakan iaitu kabsa, mandi dan haneeth.
| Chicken Family Set |
| Chicken Samosa, Chicken Shami Kebab & Lamb Samosa |
Menu lain:
- Chicken Samosa
- Lamb Samosa
- Chicken Shami Kebab
- Lamb Shami Kebab
| Lamb Shami Kebab |
| Chicken Haneeth |
| Chicken Kabsa |
| Chicken Mandi |
| Lamb Shank Mandi |
| Lamb Shank Kabsa |
Selama ini yang kita faham bahawa nasi arab itu seperti nasi mandi lauknya pun masak mandi. Di sini kami jumpa Nasi Arab yang berlauk ayam / kambing mandi dan ayam / kambing kabsa serta ayam haneeth!
Patutlah beli Nasi Arab tapi lauknya lain warna dan lain rasa. Alahai.....baru tahu! Ada orang yang macam Amie ke.... kah kah kah!
Di Tanah Arab, rasa hairan tengok Nasi Arab lauk ikan goreng! Padahal Nasi Arab boleh jew makan dengan udang, sotong dan seumpamanya.
Nasi Arab yang kami beli memang banyak! Abang Farid bawa balik sebungkus. Petang itu juga Abang Farid bertolak ke Tronoh sebab esok paginya ada janji temu Hamzah di klinik kesihatan.