Alhamdulillah.
Di bulan yang mulia ini, kita kongsikan kejayaan KDMRS Muslim (Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia dalam usaha menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Dusun. Al-Quran terjemahan ini menjadi saksi kepada sampainya mesej Islam kepada masyarakat Dusun dalam bahasa mereka sendiri.
Di bulan yang mulia ini, kita kongsikan kejayaan KDMRS Muslim (Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia dalam usaha menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Dusun. Al-Quran terjemahan ini menjadi saksi kepada sampainya mesej Islam kepada masyarakat Dusun dalam bahasa mereka sendiri.
Semoga usaha murni ini akan terus membuahkan hasil untuk langkah yang seterusnya. Menurut peneraju utama, iaitu Pengerusi Hidayah Centre Foundation, Tuan Haji Nicholas Slyvester Muhammad Abdullah buat masa ini usaha terus dijalankan untuk menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Murut, Rungus dan Sungai.
Sumber : KDMRS Muslim |
Usaha tersebut tidak berakhir setakat terjemahan al-Quran, tetapi akan diteruskan membuat terjemahan tafsir al-Quran dalam bahasa Dusun.
Al-Quran Terjemahan Bahasa Dusun Pertama di Dunia.
NGO Islam yang berfokuskan dakwah, tarbiah & kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat momogun muslim sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. Untuk info lanjut bolehlah kunjungi pertubuhan ini di sini:KDMRS Muslim
Sedikit info tentang latar belakang KDMRS Muslim:
Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia atau lebih mesra dikenali sebagai Momogun Muslim telah ditubuhkan pada tahun 2018 sebagai satu institusi yang berkhidmat membina hubungan antara pelbagai etnik Momogun di Malaysia. Momogun Muslim memfokuskan aktiviti kemasyarakatan melalui kebajikan dan pendidikan kepada kumpulan masyarakat momogun, saudara baru daripada kalangan momogun yang memerlukan bimbingan dalam pelbagai aspek.
Pada 08 Januari 2018, Momogun Muslim telah didaftarkan secara rasmi di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) sebagai Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia.
VISI
Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia menjadi sebuah badan bukan kerajaan yang unggul dalam outreach etnik dan sokongan saudara baru.
MISI
Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia wujud untuk berkongsi mesej Islam yang sejagat kepada seluruh lapisan masyarakat, memperbetulkan salah faham terhadap Islam dan juga memberi sokongan kepada saudara baru sebagai tanggungjawab kemanusiaan.
Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia berjuang untuk mencapai misi ini degan menjalinkan hubungan baik, memimpin dan membantu individu momogun muslim dalam usaha memperkasakan usaha yang sama di Malaysia.
Sumber: KDMRS Muslim