Christian Quarter Baitulmaqdis: Di Sebalik Dinding Batu Holy Sepulchre
Gambar dari entri Lorong-Lorong Muslim Quarter Yang Membuka Pintu Syukur. Di belakang ialah kubah Church of the Holy Sepulchre.
| Google : Church of the Holy Sepulchre |
| Para pelancong dari negara lain sedang memasuki lorong memnuju ke Church of the Holy Sepulchre. |
| Sebahagian daripada bahagian luar Church of the Sepulchre. |
| Bahagian luar bangunan yang sedang dipulihara. |
Ini juga sebahagian daripada Church of the Holy Sepulchre. Kelihatan jelas kerja pemuliharaan pada bahagian atas bangunan.
Batu-batu besar berwarna keemasan dan gerbang yang penuh ukiran menjadikan tempat ini sangat istimewa. Puan mungkin perasan bahawa bangunannya kelihatan seperti berlapis-lapis dan tidak seragam. Itu kerana kompleks ini melalui pelbagai zaman pembinaan dan pembaikan.
| Pintu dan Gerbang Batu Lama. |
| Peserta rombongan memberi sepenuh perhatian penerangan yang disampaikan oleh Mr. Hassan. |
| Mosaik tentang pengebumian Jesus. |
Sekarang kami melepasi gerbang pintu gereja. Mata tertumpu kepada lukisan mosaik. Mosaik ini menggambarkan peristiwa selepas penyaliban, termasuk persiapan jasad Jesus untuk dikebumikan. Ia berkait rapat dengan kisah dalam Yohanes 19:38–42, yang menceritakan bagaimana Joseph dari Arimathea meminta jasad Jesus daripada Pilate. Joseph bersama Nicodemus kemudian mengambil jasad itu, membalutnya dengan kain linen bersama rempah-rempah dan meletakkannya di dalam sebuah makam.
| Stone of Anointing |
Batu panjang berwarna kemerahan ini ialah Stone of Anointing, atau Stone of Unction - Batu Pengurapan. Ia terletak tidak jauh dari pintu masuk gereja. Dalam tradisi Kristian, di sinilah jasad Jesus diletakkan dan disiapkan untuk pengebumian selepas diturunkan dari salib. Di belakang batu inilah terdapatnya mosaik yang menggambarkan peristiwa tersebut.
| Tulisan Yohanes 19:38-42 |
Yohanes 19:38–42 pada bahagian bawah tulisan. Petikan itu merujuk kepada pengambilan jasad Jesus, pengurapan dan pengebumiannya. Ayat terakhirnya menceritakan bahawa di tempat Jesus disalibkan terdapat sebuah taman dan di dalam taman itu ada sebuah makam baharu yang belum pernah digunakan.
| Lorong dan tangga dalam gereja. |
| Ikon Keagamaan |
Ini ialah salah satu daripada banyak ikon yang menghiasi ruang dalaman gereja. Kehadiran ikon, lampu minyak dan lilin sangat ketara dalam bahagian gereja yang berada di bawah pengaruh tradisi Kristian Timur.
| Ruang Chapel of St. Helena. |
Sekarang kami berada di ruang Chapel of St, Helena. Kelihatan tiang batu besar, lengkungan rendah, lampu gantung dan ikonografi Kristian Timur.Chapel of St. Helena, yang terletak di bahagian bawah Church of the Holy Sepulchre. Chapel ini mempunyai kaitan dengan tradisi bahawa Helena, ibu Maharaja Constantine, datang ke Baitulmaqdis untuk mencari peninggalan yang berkaitan dengan penyaliban Jesus. lampu-lampu kecil yang menyala memberikan suasana yang sangat hening dan penuh penghormatan dalam tradisi Kristian.
| Pintu Kayu Lama |
Pintu ini juga berada dalam kompleks gereja. Yang menarik ialah bagaimana pintu kayu itu kelihatan sangat sederhana berbanding kemegahan bahagian-bahagian lain. Dinding batu di sekelilingnya pula memperlihatkan lapisan usia bangunan.
| Altar - tempat penghormatan dengan lilin. |
| Rotunda dan Aedicule |
| Ruang Ibadat dengan Ikon dan Lilin. |
Gambar ini pula memperlihatkan dengan jelas kekayaan seni bina dan tradisi Kristian Timur dalam gereja, menggambarkan suasana ibadat.
Kelihatan ikon, lampu minyak, lilin dan hiasan yang sangat terperinci. Church of the Holy Sepulchre dikongsi dan diurus oleh beberapa tradisi Kristian, termasuk Greek Orthodox, Armenian Apostolic dan Roman Catholic, dengan bahagian serta hak penggunaan yang tersusun melalui aturan Status Quo.
| Ruang tinggi dengan gerbang dan tiang. |
| Pintu Keluar |
Dari ruang yang redup dan hening, kami melangkah keluar. Cahaya siang menyambut kami semula, seolah-olah mengingatkan bahawa perjalanan di Kota Lama Baitulmaqdis masih belum selesai.
| Menara Gereja |
Sebaik melangkah keluar dari gereja, sempat merakam gambar di atas Gambar tersebut ialah bell tower Church of the Holy Sepulchre, iatau menara loceng gereja.
Menara ini berada pada bahagian selatan kompleks dan merupakan salah satu ciri yang boleh membantu mengenal pasti gereja tersebut dari luar. Sumber rujukan mengenai gereja turut menyenaraikan bell tower abad ke-12 sebagai sebahagian daripada struktur utama kompleks.
Jadi gambar ini rasanya sangat sesuai dijadikan gambar penutup lawatan kami di Church of the Holy Sepulchre.
| Kembali ke lorong pasar. |
Nah, di sinilah perjalanan kami berubah suasana!
Selepas keluar dari gereja, kami kembali ke lorong-lorong Kota Lama yang dipenuhi kedai. Barang-barang yang digantung di atas kepala dan lorong batu yang sempit itu sangat tipikal suasana pasar di Christian Quarter.