Jabal Uhud : Tempat Berlakunya Perang Uhud
8:48 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Kami meneruskan lawatan ke Jabal Uhud yang merupakan tempat bersejarah kerana di sinilah berlakunya Perang Uhud pada bulan Syawal 3 Hijriah bersamaan dengan bulan Mac 625 Tahun Masihi.
Tentera Muslim yang awalnya menguasai pertempuran, meninggalkan kedudukan strategik mereka di atas bukit. Ini membolehkan angkatan berkuda Quraisy Makkah di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid mengelilingi bukit dan menyerang dari belakang, 'menewaskan' orang Islam Madinah. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri cedera agak teruk.
Masih terngiang-ngiang suara Ustazah Rodziah bercerita tentang Perang Uhud di dalam kelas Pendidikan Islam sewaktu bersekolah menengah rendah! Sudah tentu tidak terlupakan kisah bagaimana Hindun binti 'Utbah membalas dendam terhadap tentera Islam dengan memakan hati Saidina Hamzah yang gugur syahid dalam Perang Uhud. Dengan limpah rahmat-Nya, akhirnya Hindun yang bersuamikan Abu Suffian telah memeluk Islam, dan beliau merupakan ibu kepada pengasas Dinasti Umayyah iaitu Muawiyah bin Abu Suffian.
Rupanya apabila Amie baca Sirah Teragung Muhammad, sesungguhnya sepanjang usia baginda sejak menjadi utusan Allah, terlalu besar pengorbanan dan tanggungjawab yang dipikul!
Encik Suami, walaupun hanya memakai selipar, tetap hendak naik juga ke puncak Jabal Uhud (Bukit Uhud). |
Persekitaran Jabal Uhud.
Walaupun panas matahari semakin terik, namun kedatangan kami disambut meriah dengan ratusan burung merpati yang berterbangan di persekitaran masjid dan kawasan berhampiran Jabal Uhud. Langit tetap membiru, dan angin yang bertiup kencang sentiasa membekalkan rasa dingin ketika menampar wajah kami!
Masjid Sayyidul Syuhada di kaki Jabal Uhud. |
Masjid Sayyidul Syuhada |
Tidak dapat dibayangkan bagaimana tentera Islam berperang dengan tentera musyrik dalam keadaan padang gersang, dan di antara bukit batu berwarna merah yang keras tanpa sebatang pohon tempat berlindung! Perang Uhud meninggalkan dukacita yang sangat mendalam kerana gugurnya 70 tentera Islam sebagai syuhada, termasuk bapa saudara Rasulullah iaitu Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib.
Kami turut menziarahi makam 70 para syuhada Perang Uhud. Kawasan perkuburan ini dikepung oleh pagar yang tinggi. Para pengunjung hanya dapat melihat dari jauh sahaja. Mutawif membimbing kami mengucapkan salam kepada para syuhada yang telah rela mengorbankan nyawa demi mempertahankan agama Islam yang suci.
Tiada sebagai tanda kubur seperti batu nesa, hanya hamparan tanah rata sebagai kenang-kenangan para pejuang Islam yang telah pergi!
Comelnya jew jemaah kecil dalam rombongan kami bertenggek atas leher ayahnya!
Teringat Firdaus! Tak dapat bayangkan bagaimana keadaan Firdaus seandainya ada bersama kami ketika ini!
Di sana sini kelihatan peniaga lambak dengan barangan jualan masing-masing.
Seperti biasa banyak gerai jualan boleh disinggahi seperti gerai kurma, kekacang, pakaian, tasbih, inai dan sebagainya
Kereta ais krim berderet-deret menunggu pelanggan.
Jom, singgah beli.
Tengah hari yang mencerlang dengan cahaya matahari, memang nikmat sungguh dapat secawan ais krim! Nyaman jew sejuk-sejuk singgah tekak!
Terima kasih Encik Suami belanja ais krim strawberi vanilla. Tak cukuplah makan secawan.... tamaknya!
Kenangan di Jabal Uhud
Kami meninggalkan Jabal Uhud, dan kembali semula ke hotel. Di sepanjang perjalanan pulang, mutawif terus membawa kami menziarahi masjid-masjid dari dalam bas. Ini disebabkan kesukaran mencari tempat letak bas atau tiada tempat letak bas di kawasan masjid tersebut. Antara masjid yang kami ziarahi melalui tingkap bas termasuklah Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh.
Apabila bas kami tiba di hotel, kelihatan jemaah umrah sedang berjalan keluar dari menunaikan solat zohor di Masjid Nabawi.
Oleh kerana orang ramai sedang menunggu di pintu lift untuk ke bilik masing-masing, jadi kami terus menaiki tangga ke dewan makan. Kami makan tengah hari seadanya, dan kemudian menaiki lift. Selepas solat zohor, Encik Suami sudah bersedia untuk ke Masjid Nabawi kerana selepas solat asar, Encik Suami bersama jemaah lelaki akan memasuki Raudhah menggunakan permit NUSUK pada pukul lima petang.
Sewaktu kami hendak masuk ke bilik, jiran sebelah bilik tegur kami dan perkenalkan dirinya sebagai Winda dari Jakarta.
Winda: Ibu biasa minum jahe?
Amie : Ya, memang saya suka minum jahe.
Winda kembali masuk ke bilik dan membawa dua uncang Susu Jahe Merah.
Winda: Bisa diminum ya susu jahe ini Ibu, panas-panaskan badan.
Amie: Iya Ibu. Alhamdulillah. Terima kasih banyak ya.
Jahe bermaksud halia. Setiap uncang Susu Jahe Merah mengandungi enam paket serbuk halia bersama serbuk susu.
Entri berkaitan Umrah 2023:
- KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
- DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
- SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
- JUS BUAH YANG DIRINDUI!
- MENUNGGU DAN DITUNGGU
- BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
- AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
- MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
- KEBUN KURMA ABU FAISAL
- JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
- MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
- LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
- ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
- DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
- MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
- HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
- MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
- MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
- BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
- MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
- KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
- MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
- MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
- GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
- TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
- TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
- TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
- BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
- CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
- RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
- BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
- BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
- WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
- CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
- NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
- MADINAH DIBASAHI HUJAN
- DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
- SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
- IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
- MIQAT IHRAM : BIR ALI
- MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
- MAKKAH HOTEL & TOWERS
- TAWAF & SA'I
- MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
- GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
- UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
- IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
- KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
- JABAL TSUR
- JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
- MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
- LAMB MADINI
- BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
- MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
- SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
- PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
- MENCARI MADU DI THAIF
- BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
- MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
- LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
- MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
- MASJID QARNUL MANAZIL
- SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
- HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
- NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
- MENDAKI KE GUA HIRA
- MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
- IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
- MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
- HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
- KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
- KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
- DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT
13 comments
Allahu, rindunya tempat ni. Oh kak Amie dah balik ye. Ok nak sambung baca
BalasPadamSemoga semakin menginsafkan diri apabila melawat Jabal Uhud.
BalasPadamBila mutafif bercerita peristiwa perang Uhud sedihnya mendengar pahlawan yang syahid. Bila doa dibaca berlinang air mata teringat pengorbanan Rasulullah dan para syuhada. wah rezeki tu dapat susu jahe. Eh bagus ke minum susu jahe
BalasPadamComel sungguh van aiskrim tu.
BalasPadamPertama kali dengar susu jahe ni.
alhamdulillah .. dapat menjejaki sirah Rasulullah... dapat makan aiskrim waktu panas panas..dapat pula minum susu jahe...
BalasPadamSyukur.. semuanya dipermudahkan dan Kak Amie suami isteri sihat2 saja di sana. Aiskrim nampak sedap, tapi susu jahe sy belum pernah cuba.
BalasPadamalhamdulillah murah rezeki dapat susu jahe..aiskrim tu nampak sedap sangat, lagi syok bila makan pada cuaca panas...
BalasPadamdoakan saya dapat ke sana juga kak, tak penah dgr nama susu jahe tu
BalasPadamCantiknya cuaca. Aiskrim nampak sedap. Camana lah rasa susu halia ye.
BalasPadamsedihnya sejarah perjuangan Rasullullah dlm perang di jabal uhud
BalasPadamSelalu baca sejarah perjuangan Rasullullah, cumanya Kak Amie beruntung dapat jejakkan kaki ke sana ...
BalasPadamindahnya dapat sampai kat tempat yang dulu-dulu masa sekolah kita selalu baca dalam kitab tentang perjuangan rasul dan sahabat demi untuk Islam. dah panas terik dapat aiskrim sedapnya kak
BalasPadamMasyaa Allah...
BalasPadamBerkat kebaikan cikgu...sentiasa ditemukan dengan orang-orang yang baik juga...