Pages

Rabu, 8 Februari 2023

Jabal ar-Rahmah (Bukit Kasih Sayang) Tempat Pertemuan Kembali Nabi Adam AS dan Hawa

Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam keadaan basah kuyup, kami meneruskan perjalanan menuju ke Jabal ar-Rahmah, sebuah bukit berbatu granit yang juga dikenali sebagai Gunung Arafah atau Arafat. Ketinggiannya kira-kira 70 meter. Sekarang perjalanan sudah sampai ke batas tanah halal dan tinggallah batas tanah haram.

Sebelum turun dari bas, Ustaz Ali Amin mengingatkan kami supaya tidak melakukan amalan yang tidak diajar dalam Islam seperti berdoa di Bukit (Gunung) Arafah untuk ditemukan jodoh atau dikekalkan jodoh, dan sebagainya.

Bergambar kenangan berlatar belakang Jabal ar-Rahmah ( Bukit Kasih Sayang).

Pemandangan di kiri jalan dari Jabal Tsur ke Jabal ar-Rahmah.

Jalan raya kelihatan masih dibasahi air hujan.



Di sini langit kelihatan muram, diselimuti awan kelabu yang menurunkan hujan. Alhamdulillah, setibanya di tempat letak kenderaan, hujan berhenti. Dapatlah kami meneruskan lawatan dengan berjalan kaki dalam jarak yang agak jauh. Bas yang membawa jemaah umrah bersusun rapat-rapat dan tidak terkira banyaknya.


Sebelum sampai di jalan raya yang agak lapang (gambar atas) kami berjalan di celah-celah bas yang bersusun kiri dan kanan, dan hanya boleh muat badan penumpang naik dan turun serta untuk menyelit teruskan perjalanan ke hadapan.
Ada pemandangan yang mencuit hati ketika melalui laluan sempit di celah-celah bas. Terlihat dua orang lelaki (mungkin pemandu bas dan kawannya) duduk di tempat letak barang di bahagian bawah bas. Di sebelahnya ada dapur kecil, dan tertenggek sebuah cerek kecil! Pada waktu itu, sempat kita melihat salah seorang menuang kopi dari cerek (nampak warna gelap) ke dalam cawan, dan di sisi mereka ada beberapa keping roti!


Sekarang kami sudah berada di persimpangan jalan menuju ke Jabal ar-Rahmah.  Matahari bersinar terang! Alhamdulillah. Kami yang kesejukan kerana kehujanan dan cuaca sejuk, dapat menikmati pancaran matahari!


Tanpa kami sedari, tiupan angin di sekitar Jabal ar-Rahmah dan sinaran matahari telah mengeringkan pakaian kami!



Mari kita dengar penerangan tentang Jabal ar-Rahmah daripada Ustaz Ali Amin. Ada tiga peristiwa bersejarah yang berlaku di Jabal ar-Rahmah:
  • Di Jabal ar-Rahmah (Bukit Kasih Sayang) inilah tempat pertemuan kembali Nabi Adam AS dan Hawa. Mereka berdua diturunkan dari syurga ke bumi kerana melanggar perintah Allah SWT dengan memakan buah khuldi. Ketika di bumi, mereka ditempatkan di kawasan yang berbeza dan tidak dapat bertemu di antara satu sama lain. Ada yang mengatakan mereka terpisah selama 40 tahun, 200 tahun bahkan sehingga 500 tahun. Wallahua'lam. Setelah sekian lama memohon keampunan dari Allah SWT, taubat mereka diterima dan Allah mempertemukan kembali Nabi Adam AS dengan Hawa di Jabl ar-Rahmah.

  • Di sini jugalah Nabi Ibrahim AS bermimpi supaya menyembelih leher anaknya, Ismail atas perintah Allah SWT. Nabi Ibrahim berasa sangat sedih, dan  berkata:
    Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu?

    Dia (Ismail) menjawab: Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu; insya Allah engkau akan mendapati aku termasuk orang yang sabar. (QS. Ash Shaffat ayat 102).

    Nabi Ibrahim AS mendapat mimpi yang sama sebanyak tiga kali ketika berada di Jabal ar-Rahmah.

  • Jabal ar-Rahmah menjadi tempat diturunkan wahyu dan khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum baginda wafat.  Badinda memberitahu bahawa agama Islam sudah sempurna. Semua umat Islam yang mendengarnya bergembira melainkan sahabat baginda iaitu Saidina Umar Al-Khattab dan Saidina Abu Bakar As-Shiddiq. Kedua-dua orang sahabat Rasulullah SAW ini menangis kerana dapat membaca firasat bahawa mereka akan ditinggalkan Rasulullah SAW buat selama-selamanya.

    Setelah turunnya Surah Al-Baqarah ayat 281, wahyu terus terputus dan menandakan telah selesai hubungan langit dengan bumi. Rasulullah wafat sembilan hari berikutnya, pada malam Isnin, Rabiul Awwal 11 Hijrah / 632 Masihi.

    Rasulullah SAW wafat setelah menunaikan amanah dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Syariat Islam yang ditinggalkan sangat lengkap, dan dijadikan rujukan umat Islam seluruh dunia.
                                              
Rakaman video di sekitar Jabal ar-Rahmah.


Wanita penjual serbuk inai.

Setelah melawat Jabal ar-Rahmah, mari kita jalan-jalan di sekitar sebelum masuk semula ke dalam bas. Ada beberapa orang wanita menjual serbuk inai di sini. Ramai juga yang membelinya.






Walaupun sejuk dan hujan, tetapi tetap juga ada peniaga ais krim!

Spurting jew apabila diambil gambar ketika sedang menikmati asikrim.

Encik Suami belanja semangkuk aiskrim coklat, vanilla & strawberi.

Pelbagai jenis kurma, kekacang dan kismis turut dijual di sini.

Kami tidak lepaskan peluang membeli kurma segar.

Sumber : Makkah Towers Group 271222

Selesailah ziarah ke Jabal ar-Rahmah.

Kami makan kurma segar di dalam bas. Setelah makan beberapa biji, terus minum air mineral. Ya Allah! Nikmat manakah lagi yang hendak didustakan. Setelah minum air, terasalah sangat sedap makan kurma tadi!

Mendung menjelma kembali ketika bas bergerak meninggalkan batas Padang Arafah. Namun begitu Ustaz Ali Amin terus bercerita tentang suasana di sepanjang jalan, di kiri kanan jalan, bukit bukau dan tanam-tanaman.

Ustaz sempat tunjukkan tempat perististiwa Nabi Ismail AS hendak disembelih oleh Nabi Ibrahim AS. Sayangnya tidak dapat ambil gambar kerana kedudukannya yang agak jauh di atas bukit di sebelah kiri jalan, dan kebetulan pula bas terus meluncur laju!

Entri berkaitan Umrah 2023:
  1. KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
  2. DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
  3. SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
  4. JUS BUAH YANG DIRINDUI!
  5. MENUNGGU DAN DITUNGGU
  6. BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
  7. AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
  8. MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
  9. KEBUN KURMA ABU FAISAL
  10. JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
  11. MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
  12. LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
  13. ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
  14. DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
  15. MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
  16. HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
  17. MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
  18. MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
  19. BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
  20. MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
  21. KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
  22. MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
  23. MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
  24. GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
  25. TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
  26. TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
  27. TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
  28. BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
  29. CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
  30. RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
  31. BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
  32. BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
  33. WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
  34. CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
  35. NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
  36. MADINAH DIBASAHI HUJAN
  37. DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
  38. SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
  39. IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
  40. MIQAT IHRAM : BIR ALI
  41. MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
  42. MAKKAH HOTEL & TOWERS
  43. TAWAF & SA'I
  44. MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
  45. GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
  46. UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
  47. IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
  48. KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
  49. JABAL TSUR
  50. JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
  51. MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
  52. LAMB MADINI
  53. BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
  54. MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
  55. SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
  56. PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
  57. MENCARI MADU DI THAIF
  58. BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
  59. MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
  60. LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
  61. MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
  62. MASJID QARNUL MANAZIL
  63. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
  64. HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
  65. NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
  66. MENDAKI KE GUA HIRA
  67. MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
  68. IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
  69. MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
  70. HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
  71. KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
  72. KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
  73. DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT

7 ulasan:

  1. kalau musim haji di sinilah paling meriah

    BalasPadam
  2. Teringin pula tengok kurma segar tu 🤤

    BalasPadam
  3. Skrg pegi umrah dah mcm pegi negara bersalji..sejuk kemain eh heheh

    BalasPadam
  4. Meriahnya kat sini..akak beli tak serbuk inai tu?

    BalasPadam
  5. bukit yang ada banyak peristiwa terjadi padanya, kalau dah nampak orang menjual tu mesti rasa nak beli kan

    BalasPadam
  6. Ya Alloh senangnya membaca umroh ini, inginku suatu saat nanti bisa jumpa tanah suci...kurmanya terlihat manis dan segar...aku suka pula dengan ais krim 3 rasa....nice kak amie ^^

    BalasPadam