Makan Falafel dan Nasi Arab (Beef) di Chicken Hat Taiba Mall

10:40 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selesai lawatan ziarah sekitar Masjid Nabawi, kami kembali ke hotel tetapi sebelum itu Amie bersama Encik Suami panjangkan kaki melintas laluan menuju ke Taiba Mall yang terletak berhadapan dengan Royal Al-Andalus Hotel. Kali ini, lebih kepada jalan-jalan cari makan kerana perut mula berkeroncong walaupun waktu itu jam menunjukkan angka 10:00 pagi!

Kami terjumpa dua buah tempat makan iaitu Chicken Hat dan Mexican Chicken, kedudukannya sebelah-menyebelah sahaja. Akhirnya kami singgah di Chicken Hat. Kami memesan:
  • Falafel
  • Nasi Arab (Beef)
  • Air Mineral

Falafel

Taiba Mall

Chicken Hat


Tempat makan, sebelah-menyebelah di antara Chicken Hat Mexican Chicken.

Falafel

Ada yang mengatakan falafel merupakan makanan asli dari Mesir. Secara umumnya falafel ini sejenis makanan di Timur Tengah yang diperbuat daripada  kacang kuda. yang direndam dan kemudian dikisar sebelum dibulat-bulatkan menjadi bebola.


Falafel ini tidak didatangkan bersendirian. Ada teman-teman yang mengiringinya seperti kentang goreng, roti pipih, sos dan juga sayuran seperti hirisan kobis dan tomato serta daun parsley.


Falafel memang sangat sesuai dijadikan sarapan atau kudap-kudapan. Walaupun hanya lapan biji, tetapi rasa tak habis makan seorang, kerana Encik Suami sudah kekenyangan makan Nasi Arab (Beef).

Falafel : SAR 10

Nasi Arab (Beef) : SAR 35


Encik Suami kata Nasi Arab (Beef) sangat sedap. Dagingnya lembut dan banyak. Encik Suami tercari-cari sup! Ini Madinah, bukannya Lahad Datu.... ahaks! Terima kasih Encik Suami belanja makan falafel dan nasi arab. Kita pun tolong Encik Suami makan nasi arab dia!

Nilai tukaran matawang waktu itu :
SAR (Riyal Saudi) 1 = MYR (Ringgit Malaysia) 1.27

13 comments

  1. Nampak sedap Falafel tu..rasa ada macam vadai tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Falafel sedap cecah sos tahini. Rasa falafel tak sama dengan vadai. Biasanya falafel gunakan kacang kuda, atau kacang hijau. Falafel berempah tapi tak kuat. Vadai gunakan kacang dhal rasa rempahnya.

      Padam
  2. Meriah nasi arab beef tu.. tengok harga pun boleh tahan juga 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puas hati makan nasi arab beef tu sebab, nasinya cukup makan berdua, dagingnya pula sangat lembut dan banyak. Makan panas, memang rasa nak ulang makan.

      Padam
  3. Balasan
    1. In syaa Allah. Sudah ada hasrat dan niat, pasti akan sampai jua.

      Padam
  4. Sy pernah makan falafel di restoran nasi arab di Johor.. sedap. Tentu yg Kak Amie makan ni berlebih lagi sedapnya. Nasi Arab tu pun nampak sedap luar biasa tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada beza rasa falafel di sini dengan yang saya pernah makan di Mashawi Grill di Kota Kinabalu. Apa pun, barangkali juga rasa di setiap restoran yang berbeza, sedikit sebanyak ada bezanya. Nasi Arab tu memang sedap, walaupun kering tanpa sup... kata Encik Suami. Heheheee... dicarinya juga sup!

      Padam
  5. Mesti sedap nasi arab beef tu kan kak..x kering tekstur dia...

    BalasPadam
  6. hahaha... sampai ke Madinah masih mencari sup ye bos

    BalasPadam
  7. falafel antara kegemaran dana, makan lak dengan sos dia tu aduhai

    BalasPadam
  8. Seronoknya..baca perjalanan..pengalaman. dan makanan

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe