Bismillahirrahmanirrahim.
Selesai lawatan ziarah sekitar Masjid Nabawi, kami kembali ke hotel tetapi sebelum itu Amie bersama Encik Suami panjangkan kaki melintas laluan menuju ke Taiba Mall yang terletak berhadapan dengan Royal Al-Andalus Hotel. Kali ini, lebih kepada jalan-jalan cari makan kerana perut mula berkeroncong walaupun waktu itu jam menunjukkan angka 10:00 pagi!
Kami terjumpa dua buah tempat makan iaitu Chicken Hat dan Mexican Chicken, kedudukannya sebelah-menyebelah sahaja. Akhirnya kami singgah di Chicken Hat. Kami memesan:
- Falafel
- Nasi Arab (Beef)
- Air Mineral
Chicken Hat |
Tempat makan, sebelah-menyebelah di antara Chicken Hat Mexican Chicken.
Falafel |
Ada yang mengatakan falafel merupakan makanan asli dari Mesir. Secara umumnya falafel ini sejenis makanan di Timur Tengah yang diperbuat daripada kacang kuda. yang direndam dan kemudian dikisar sebelum dibulat-bulatkan menjadi bebola.
Falafel ini tidak didatangkan bersendirian. Ada teman-teman yang mengiringinya seperti kentang goreng, roti pipih, sos dan juga sayuran seperti hirisan kobis dan tomato serta daun parsley.
Falafel memang sangat sesuai dijadikan sarapan atau kudap-kudapan. Walaupun hanya lapan biji, tetapi rasa tak habis makan seorang, kerana Encik Suami sudah kekenyangan makan Nasi Arab (Beef).
Falafel : SAR 10 |
Nasi Arab (Beef) : SAR 35 |
Encik Suami kata Nasi Arab (Beef) sangat sedap. Dagingnya lembut dan banyak. Encik Suami tercari-cari sup! Ini Madinah, bukannya Lahad Datu.... ahaks! Terima kasih Encik Suami belanja makan falafel dan nasi arab. Kita pun tolong Encik Suami makan nasi arab dia!
Nilai tukaran matawang waktu itu :
SAR (Riyal Saudi) 1 = MYR (Ringgit Malaysia) 1.27
Nampak sedap Falafel tu..rasa ada macam vadai tak?
BalasPadamFalafel sedap cecah sos tahini. Rasa falafel tak sama dengan vadai. Biasanya falafel gunakan kacang kuda, atau kacang hijau. Falafel berempah tapi tak kuat. Vadai gunakan kacang dhal rasa rempahnya.
PadamMeriah nasi arab beef tu.. tengok harga pun boleh tahan juga 😊
BalasPadamPuas hati makan nasi arab beef tu sebab, nasinya cukup makan berdua, dagingnya pula sangat lembut dan banyak. Makan panas, memang rasa nak ulang makan.
Padamteringinnya nak ke sana
BalasPadamIn syaa Allah. Sudah ada hasrat dan niat, pasti akan sampai jua.
PadamSy pernah makan falafel di restoran nasi arab di Johor.. sedap. Tentu yg Kak Amie makan ni berlebih lagi sedapnya. Nasi Arab tu pun nampak sedap luar biasa tu.
BalasPadamAda beza rasa falafel di sini dengan yang saya pernah makan di Mashawi Grill di Kota Kinabalu. Apa pun, barangkali juga rasa di setiap restoran yang berbeza, sedikit sebanyak ada bezanya. Nasi Arab tu memang sedap, walaupun kering tanpa sup... kata Encik Suami. Heheheee... dicarinya juga sup!
PadamMesti sedap nasi arab beef tu kan kak..x kering tekstur dia...
BalasPadamMemang ada teknik memasaknya tu kan SA.
Padamhahaha... sampai ke Madinah masih mencari sup ye bos
BalasPadamfalafel antara kegemaran dana, makan lak dengan sos dia tu aduhai
BalasPadamSeronoknya..baca perjalanan..pengalaman. dan makanan
BalasPadam