MH3015 Lahad Datu - Kota Kinabalu

10:17 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Tarikh : 26 Disember 2022
Hari : Isnin
Penerbangan MH3015 dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu : 01:45 petang.

MASWings Lahad Datu.



Cuaca cerah.
Langit biru. Awan putih seperti kapas bergantungan. 


Pilih minuman jus epal.
Makan sekeping kek.
Entah.... tiba-tiba rasa hiba! Air mata berjuraian sambil memandang tingkap kapal terbang, mana tahu ternampak kereta yang dipandu Abang Farid keluar dari kawasan lapangan terbang. Barangkali Firdaus di dalam kereta sedang memerhatikan pesawat MASWings MH3015 meninggalkan landasan terbang!

Dengan yakin, kami pasrahkan anak-anak untuk mendapat perlindungan-Nya sepanjang pemergian kami untuk mengerjakan umrah : Abang Farid, Firdaus dan Aseeyah.


Setelah minuman habis dihirup dan kek hilang masuk ke perut, mulalah buka buku catatan kecil dan coret-coret sedikit. Tidak lama kemudian, terlelap! Dan apabila terjaga, terdengar pengumuman pesawat akan mendarat sebentar lagi.

Tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu : 02:40 petang.


Fairuz dan Haziq sudah menanti kami, dan kami bertolak ke Penampang tempat tinggal Fairuz di Gardens Condominium. Petang itu Fairuz dan Haziq uruskan bekalan ikan dari Kudat. Sempat pula Fairuz pesan: Nanti Mommy masak. Saya ambil ikan segar.

Ikan Belais & Ikan Putih

Inilah dua ekor ikan belais dan dua ekor ikan putih yang Fairuz pilih untuk dimasak! Memandangkan perut sudah terlalu lapar, kami berdua makan di Restoran Nasi Mandi, Penampang. Ikan-ikan itu akan dimasak untuk makan malam memandangkan Fairuz dan Haziq hanya akan pulang setelah selesai urusan menghantar ikan ke pasaraya di sekitar Kota Kinabalu.

25 comments

  1. Semoga perjalanan Kak Amie menunaikan umrah suami isteri lancar selancar-lancarnya.

    BalasPadam
  2. Bila citer tentang firdaus mesti dia sedih berjauhan dengan mommy dan baba dia tapi ada kakak aseeyah terubat hati kut. eh saya pula ikut sedih macam firdaus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, Abang Farid dan Aseeyah sudi jaga Firdaus sepanjang tempoh umrah kami. Firdaus memang seronok sangat ada Aseeyah.

      Padam
  3. Sayu hati meninggalkan anak-anak ye Kak Amie.. InsyaAllah mereka sentiasa dalam lindungan yang Esa.. Aamiin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sayu Sha, tapi kena kuat dan yakin Allah lindungi mereka sepanjang tempoh meninggalkannya.

      Padam
  4. teringat juga dekat firdaus terdetik dalam hati agaknya firdaus tinggal dengan abg farid dan aseeyah ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, lama juga Abang Farid ambil cuti jaga Firdaus, sampai kami balik.

      Padam
  5. Tak ada pulak gambar Daus babai mommy sambil peluk Kak Aseeyahnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waktu hantar di Airport Lahad Datu, Encik Suami tidak bagi anak-anak tunggu kami terbang. Encik Suami takut Firdaus menangis. Kami cepat-cepat masuk dewan menunggu, dan Abang Farid terus bawa semua naik kereta pergi makan. Tu yang tak sempat ambil gambar.

      Padam
  6. Tak sabar nak baca catatan cikgu ke tanah suci. Dan juga cerita firdaus yang ditinggalkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Jaja. Nanti Kak Amie tulis pelan-pelan ye. Banyak yang hendak diimbas kembali hihihiii.

      Padam
  7. Alaaaa...belated sayu dan hiba mengenang Daus walaupun dah lebih 2 minggu berlalu..
    Alhamdulillah ...semoga mendapat umrah yang maqbul🤲

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya Allah. Terima kasih doanya Mama Cella.

      Padam
  8. bila cerita pasal umrah nak bermula kak? mesti rindu betul kan kat si kecik tu ye kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah, kakak tulis ikut kronologi. Cuma buat masa ini, hati sangat sebak, setiap kali hendak tulis, airmata berjurai-jurai gugur.
      Barangkali sibuk dengan urusan umrah ketika itu, tidaklah begitu banyak masa melayan rasa dan kuranglah rindu kepada si kecik tu.

      Padam
  9. sedih rasa bila kena tinggalkan anak utk bermusafir kan Kak Amie. Masa bekerja dulu bila kena outstation je malam saya tak boleh tido terkenangkan anak2 yg saya tinggalkan dgn mak, padahal pergi 1-2 hari je pun. Apa lagi nak tinggalkan berminggu2 lamanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Carneyz. Itulah kami minta Abang Farid balik ke Lahad Datu untuk jaga Firdaus, dan kebetulannya waktu Firdaus sekolah, kami masih di sana. Lega rasanya apabila ada yang melihat Firdaus sepanjang masa.

      Padam
  10. Ok kak. Amie..Yaya follow cerita satu persatu..tak sabar nak tunggu kak berkongsi kisah semasa umrah.

    BalasPadam
  11. Fairuz tenth hendak makanan hasil air jangan Puan Amie. Bukan selalu dapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu NA. Waktu kami balik dari Mekah pun, dia minta buat mi goreng, tapi tak dapatlah nak masak sebab sangat letih.

      Padam
  12. WAH..MATA TERPANDANG IKAN TU..SEGARNYAAA....

    BalasPadam
    Balasan
    1. SA dengan ikan berpisah tiada, terutama ikan segar hihihiii.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe