Enam Jam Perjalanan Darat dari Jeddah ke Madinah

7:26 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Pukul 08:00 malam waktu di Jeddah (01.00 pagi waktu Malaysia), bas meninggalkan Makkah menuju ke Madinah. Menurut Ustaz Ali Amin, kami akan sampai di Madinah lebih kurang pada pukul 02.00 pagi waktu Arab Saudi. Sebaik sahaja bas mula bergerak, Ustaz Ali Amin membimbing kami dengan bacaan doa perjalanan. 

Peta Makkah ke Madinah
Sumber : Google


Kami dihidangkan Nasi Ayam Penyet dan sebotol kecil air mineral. Makanlah kami di dalam bas yang sedang bergerak.
Memandangkan semua penumpang bas keletihan dan mengantuk, jadi Ustaz Ali Amin hanya memberikan tazkirah ringkas sahaja.
Kemudian kami sambung tidur!
Lampu dipadam.
Sunyi!
Sepi!
Hanya bunyi enjin bas mengaum di tengah malam gulita!
Semuanya tidur pulas, barangkali hanya Ustaz Ali Amin dan pemandu bas sahaja yang jaga!

Kira-kira pukul 10:30 waktu Arab Saudi, kami berhenti untuk menunaikan solat maghrib dan isya', jamak takhir di sebuah hentian RNR Muhammadiah.


Mata pun pejam celik-pejam pelik dan kelopak mata pun rasa melekat!  Ustaz Ali Amin kata, tempat ini namanya KM240. Kami ikut sahaja arahan mutawif, supaya bergerak menuju ke surau. Paip air tempat ambil wudhu' hanya satu sahaja yang berfungsi. Yang lain semuanya rosak. Ada yang belum batal air wudhu' terus tunaikan solat. Ada yang sudah sedia bawa spray air, jadi  wudhu'  sahaja di dalam surau.


Jemaah wanita solat di dalam surau bahagian dalam tempat makan, manakala jemaah lelaki solat nun jauh di bahagian luar hala pintu masuk.


Selesai solat, kami tinggalkan tempat ini dan bas membelah malam menuju ke Madinah. Tidaklah dapat menyaksikan suasana kiri dan kanan jalan melainkan kegelapan belaka! Suara Ustaz Ali Amin pun tenggelam timbul sayup-sayup dibawa malam yang semakin gelap pekat!


Kami selamat sampai di Madinah al-Munawarah pada pukul dua pagi di bawah suhu 11'Celcius. Lebih kurang enam jam lamanya kami duduk di dalam bas, tersengguk-sengguk tidur, dengan kaki dan lutut lenguh akibat terlalu lama duduk. lBerbelas jam lamanya dari Brunei ke Jeddah, dan dari Jeddah ke Madinah sejauh 450 KM dengan menaiki bas pula!

Di tengah kedinginan dinihari itulah kami daftar masuk ke Classy Al Andalus Suites @ Andalus Classy Hotel. Amie dan Encik Suami ditempatkan di tingkat sembilan. Semua beg jemaah umrah  akan diletakkan di tingkat empat, dan kami akan mengambilnya di situ.

Classy Al-Andalus Suites

Selamat datang ke Madinah Al-Munawarah, Kota yang Bercahaya yang sedang diselubungi musim sejuk!

12 comments

  1. Jauh jugak yer...lebih kurang KL- Kedah tu.
    Khabarnya cuaca sejuk kat sana kali ni..
    Apapun Alhamdulillah,dah selesai ibadah umrah cikgu kali ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya ambil enam jam perjalanan naik bas.
      Memang suhu rendah, terutama di awal pagi tetapi apabila matahari bersinar, tetap panaslah juga.
      Alhamdulillah, selamat sampai ke tanah air.

      Padam
  2. Naik bas waktu malam, tak la begitu terasa kan cikgu. Boleh tido sebab kepenatan. Kalau waktu siang mungkin susah sikit nak lelap. Sibuk tengok pemandangan pula 🤭.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Boleh tidur dalam perjalanan, tapi sekadar lelapkan mata sahaja, tersengguh-sengguk sepanjang jalan hihihiii.
      Kalau waktu siang, tidur pula rugi rasanya tak tengok pemandangan kan.

      Padam
  3. Balasan
    1. Ya, sangat luas sebab kalau singgah sini memang banyak, basnya dan juga jemaah umrahnya.

      Padam
  4. lumayan perjuangan juga dengan persediaan air ya....dining roomnya sunyi sepi kak amy hihi

    BalasPadam
  5. Sedap tu dapat makan nasi ayam penyet.
    Typo error tu cikgu Jeddah ke Madinah 450 km rasanya 😊
    Berbelas-belas jam pasti kaki lenguh dan dah tak terasa huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waktu makan nasi ayam penyet itu di tempat kita pukul satu pagi! Macam sahur sahaja rasanya hihihiii.
      Terima kasih Faizah, sudah dibetulkan 450 meter kepada 450 kilometer.

      Padam
  6. permulaan perjalanan yang terindah dalam hidup ye kak

    BalasPadam
  7. Penat tapi pastinya setiap kepenatan itu Allah catatkan pahalanya🤲

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe