Masjid Quba' : Masjid Pertama Dalam Sejarah Islam

10:55 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Tarikh : 29 Disember 2022
Hari : Khamis
Cadangan Aktiviti Lawatan ke: 

  •  Masjid Quba'
  • Jabal Uhud
  • Kebun Kurma
  • Lalu di Masjid Qiblatain & Masjid Tujuh
Jemaah diingatkan supaya sedia mengambil wudhu' kerana akan solat di Masjid Quba' untuk mendapat pahala umrah.

Masjid Quba'
Sumber : Google

Berdasarkan rujukan Sirah Teragung Muhammad, pada hari Isnin,  8 Rabiul Awal tahun ke-14 dari kenabian Rasulullah, tahun pertama Hijriah bersamaan 23 September 622 Masihi, baginda singgah di Quba'.Kehadiran baginda dan kaum muslimin telah dinanti oleh penduduk Yatsrib setelah mengetahui bahawa Rasulullah SAW telah meninggalkan Makkah.

Rasulullah tinggal di Quba' selama empat hari, Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis(Ibnu Hisyam). Selama baginda di Quba', baginda mendirikan Masjid Quba' dan bersolat di dalamnya. Inilah masjid pertama yang didirikan atas dasar takwa setelah kenabian baginda. Pada hari kelima bersamaan pada hari Jumaat, Rasulullah meneruskan perjalanan ke Yatsrib atas perintah Allah.

Masjid Quba' disiapkan oleh sahabat Rasulullah SAW.

Masjid Quba dianggap antara masjid paling suci dalam pegangan penganut agama Islam, mengikut turutannya ialah Masjidil Haram (Makkah), Masjid an-Nabawi (Madinah), Masjidil Aqsa (Baitulmuqaddis), Masjid Quba (Madinah). Masjid Quba disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa.

Surah At-Taubah Ayat 108-109

Maksudnya:
Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).[al-Quran 9:108 (Basmeih)]

Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar takwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan orang yang membangunkannya ke dalam api Neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang zalim.[al-Quran 9:109 (Basmeih)]



Pada hari tersebut, suhu serendah 11' Celcius. 
Oleh kerana rakan-rakan yang lain masih lagi berhadapan dengan lift yang macet, serta kesesakan di ruang makan, jadi Ustaz Ali Amin menunda waktu lawatan dari pukul 7:30 ke pukul 8:30 pagi.

Kami pun ambil kesempatan bersiar-siar di halaman hotel sambil menyaksikan burung merpati mematuk makanan dan terbang-terbang menjadi penghias alam.

Suhu sejuk tapi nyaman apabila matahari mula munculkan diri.

Amie tak pakai baju sejuk kerana baju yang dipakai sudah cukup menghangatkan badan.


Walaupun masih awal pagi, namun langit biru terlihat cemerlang tanpa cela memayungi alam.


Warna cerah di bahagian bawah langit biru itu ialah warna sinaran matahari pagi.


Merakam suasana pagi di hadapan Royal Al-Andalus Hotel



Bas 199 yang akan membawa rombongan kami dalam aktiviti lawatan pada pagi tersebut.


Setibanya kami di Masjid Quba, orang ramai dari pelbagai negara sudah berada di perkarangannya. Ketika ini, walaupun rasa sejuk apabila ditiup angin, pada masa yang sama terasa kehangatan cahaya matahari. Ketika ini sesuai sangat memakai kaca mata hitam.


Jemaah lelaki ke ruang solat lelaki, dan jemaah perempuan menuju ke ruang solat perempuan.

Suasana di perkarangan Masjid Quba'.

  • Doa Masuk Masjid : 
    Ya Allah, bukalah pintu-pintu rahmat-Mu untukku. (HR. Muslim)

  • Solat Sunat Tahiyatul Masjid
  • Solat Dhuha
Doa Keluar Dari Masjid:
 -Ya Allah, aku memohon kurnia-Mu. (HR. Muslim)



Bertemu semula di hadapan masjid.



Penjual kurma, kismis, kacang pistachio, kacang gajus dan sebagainya berniaga kecil-kecilan di sekitar masjid. Rakan-rakan yang membeli di sini kata, harganya agak murah juga.


Matahari mula memancar garang dan panasnya terasa menyengat wajah. Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi, namun bayang-bayang masih jelas kelihatan. Barangkali inilah yang dikatakan alam dua suhu, di bawah suhu sejuk, di atas suhu panas!

Sempat bergambar dengan seorang rakan jemaah umrah.

Info tambahan:

Masjid Quba telah siap dibina semula dalam tahun 1986 Masihi. Kerajaan Arab Saudi telah meminta Abdel-Wahed El-Wakil, seorang arkitek Mesir untuk membina semula Masjid Quba. Abdel Wahid asalnya hendak mengekalkan struktur masjid yang lama dan digabungkan dengan bangunan baru. Tetapi Kerajaan Arab Saudi berkeras untuk meruntuhkan bangunan Masjid yang lama.

Masjid Quba mempunyai dewan solat berbentuk segi empat, dengan sebahagian dewan solat ditempat di tingkat dua. Dewan solat disertakan dengan kawasan kediaman petugas masjid, pejabat masjid, bilik wuduk, kedai-kedai dan juga sebuah perpustakaan.

Terdapat 6 buah pintu masuk sebagai tambahan kepada pintu masuk utama di bahagian utara, selatan dan timur masjid ini. Masjid ini mempunyai empat menara, dengan satu menara disetiap penjuru dewan solat. Masjid ini mempunyai kawasan lapang yang boleh dilindungkan dengan bumbung yang boleh dibuka dan ditutup.

Sumber: WIKIPEDIA

7 comments

  1. Tengok langitnya membiru tanpa awan, memang nampak panas. Tapi rupanya di bawah sejuk.

    BalasPadam
  2. masyaAllah cantiknya view kak...

    BalasPadam
  3. subhanallah cantiknya kak, sejuk ye kak tak panas terik macam biasa ya

    BalasPadam
  4. Tidak ingat sangat rupa masjid tapi ingat solat di tingkat atas.

    BalasPadam
  5. Cantiknyaaa....subhanallah...suka SA tengok gambar2 entry ni

    BalasPadam
  6. Membaca catatan cikgu banyak mengimbau cerita ustaz-ustaz zaman sekolah rendah..Ustaz selalu cerita kisah-kisah nabi dan rasul..
    Memang seronok dan semuanya adalah kisah benar..bukan fiksyen

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe